Siapa Mereka??

Alhamdulillah.

Terkejut atau mungkin tidak disangka ada antara kita yang masih belum mengenal beberapa tokoh dakwah yang terkemuka. Mungkin kita yang menyempitkan pemikiran untuk menuruti fikrah golongan tersendiri(berlaku juga kepada saya) atau ruang lingkup pendedahan yang dihadkan atas sebab-sebab tertentu (proxy server yang block ke laman-laman video spt; youtube).

Mungkin ramai antara kita yang mengenali tokoh-tokoh dakwah yang sealiran dengan fikrah kita sahaja, kerana sejak diperkenalkan dengan dakwah maka itu sahajalah yang kita akan rujuk terutama bab-bab yang berkaitan denagn dakwah yang kita jalankan.

Sekadar mengambil contoh, Ikhwan yang bermula di Mesir; ada antara golongan yang menyertai haraki islam ini mengenali dan menyanjung tokoh-tokoh besar seperti As-Syahid Imam Hasan Albanna, As-Syahid Sayyid Qutb, dan tokoh-tokoh Islam Kontemporari seperti Syeikh Yusuf Qardhawi. Tidak lupa tokoh-tokoh tempatan seperti TG Nik Aziz dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Lebih mengejutkan sebuah buku terbitan PTS; 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia nukilan penulis tempatan, menyenaraikan yang kebanyakannya dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin termasuk TG Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim. Komen saya mengenai tajuk dan sebahagian isinya, ibarat meminggirkan perjuangan dakwah beberapa tokoh lain yang juga lebih masyhur dari sebahagian nama-nama yang disebut dalam buku tersebut.

Tidak dinafikan sebahagian pendokong kerja-kerja tabligh tempatan khususnya yang hanya mengambil perkataan dari tokoh-tokoh besar dari Nizamuddin seperti Maulana Ilyas,Maulana Yusuf,Hj Abdul Wahab dan beberapa HazratJi lain.

Selain dari itu, adakah antara kita yang mengenali beberapa ulama yang bergiat aktif menyampaikan Islam ke se-antero dunia?
Mungkin ada di atara kita yang snagat jarang mendengar atau lansung tidak mengenali siapa Habib Omar, Habib Munzir, dan Habib Ali, serta beberapa puluhan habib ulama berketurunan Rasulullah Saw.

Bagi yang belum mengenali mereka, para habaib ini adalah ulama berketurunan Rasul Saw, dan giat menjalankan dakwah di hampir kebanyakan negara di dunia. Majlis-majlis mereka diikuti oleh ratusan malah ribuan jemaah. Isi ucapan yang sangat berisi dan menarik, tiada gelak tawa, tiada sanjungan berlebihan terhadap pemimpin, dan sungguh menyentuh hati. Ucapan menyeru kepada mentauhidkan Allah, dan mencintai Nabi Saw dan sahabat baginda. Isi-isi ucapan yang tidak lekang dari hadith-hadith sahih dan hasan, serta bahasa yang cukup lembut.

Rakaman-rakaman diedarkan dengan translasi ke bahasa-bahasa tertentu, dan video-video majlis diupload dan didownload dengan aktif.

Perkara ini sudah dijelaskan oleh Rasul Saw;
Penduduk Yaman datang,mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman,Fikih ada pada orang Yaman,dan Hikmah ada pada orang Yaman.( Muslim,bersumber riwayat Abu Hurairah;Marfu')

Sejarah Yaman dan pengislaman mereka sendiri adalah cukup unik.

Diriwayatkan, pada tahun kesembilan hijrah selepas Rasulullah mengutus Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ali bin Abi Talib untuk mengajarkan penduduk Yaman mengenai Islam. Kemudian, ia diteruskan pula oleh Muaz. Ketika Muaz tiba di Djanad, beliau menyampaikan perutusan dakwah yang dikirimkan Rasulullah kepada ketua kabilah tempatan.

Seruan Islam sebenarnya sudah tersebar awal lagi iaitu tahun keenam hijrah apabila Rasulullah sendiri mengutus surat kepada ketua kabilah di Yaman.

Yaman pada masa itu dinaungi Kisra Parsi. Namun, selepas pembukaan Kota Makkah pada tahun kesembilan hijrah, pelbagai kabilah dari seluruh Semenanjung Tanah Arab menghantar perwakilan menemui nabi.

Antaranya rombongan 80 orang daripada beberapa Kabilah Yaman diketuai Asy'asy daripada Kabilah Kindah.

Islam kian bertambah kukuh di situ apabila Bazan, wakil Kisra Parsi turut memeluk Islam pada tahun 10 hijrah. Bagi memperingati sumbangan Muaz, Masjid Muaz bin Jabal di Djanad turut didirikan.

Muaz ialah orang paling alim mengenai al-Quran. Disebabkan kebolehan itu, beliau ditugaskan mengumpulkan al-Quran bersama lima sahabat lain. (sumber)

Sejarah pengislaman orang-orang Yaman sendiri disebut dalam Hadith;

Dari al-Barra' Ibnu Azib Radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengutus Ali ke negeri Yaman. Kemudian hadits itu menyebutkan: Ali lalu mengirim surat tentang ke-Islaman mereka. Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca surat itu beliau langsung sujud syukur kepada Allah atas berita tersebut (Bulughul Maram, Bukhari)

Lain dari itu, ulama Habaib ini bukan sekadar kerana ketinggian ilmu mereka,bahkan mereka adalah keturunan Rasulullah Saw, golongan yang berjasa banyak dalam penyebaran Islam (contoh;Wali Songo berketurunan Nabi). Dan ditekankan untuk kita memuliakan keturunan Nabi Saw yang giat dalam dakwah. Tersebut dalam Hadith;

At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

Banyak lagi hadith lain,antaranya;

Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

Sekiranya pembaca memilik perisian Salafi DB (dapatkan Salafi DB; rujuk di link) boleh klik ahli bait pada kotak search untuk hadith-hadith berkaitan. Selain itu,terdapat beberapa artikel yang adil terhadap Ulama Ahlul Bait,seperti artikel tulisan Syaikh Dr Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan.

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33)

Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)

Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

Bukanlah maksud saya disini bersikap taksub terhadap Ulama Ahli Bait,bahkan hanyalah memperkenalkan ulama-ulama ini dan kepentingan kita memahami nasihat-nasihat yang disampaikan. Hormati dan sanjungi gologan ulama ini bukan sekadar keturunan mereka, tapi beserta dengan ilmu di dada mereka.

Wallahualam. Mohon sekiranya terdapat kesalahan pada tulisan, atau saya sedang menyebarkan beberapa hadith pada jalan salah,sila komen. Sedia diedit InsyaAllah.

Ulama-ulama ini boleh dihubungi di web-web mereka.

Habib Munzir
Habib Ali

P/s: mungkin ada antara penulis yang boleh luaskan konteks Tokoh Dakwah dengan menengahkan jasa-jasa Habib Ali, Habib Omar, Maulana-maulana HazratJi pendokong kerja Tabligh, dan beberapa tokoh lain.

Wisdommedia antara syarikat yang menerbitkan video-video majlis-majlis dan terdapat translasi jika berkaitan. Antara rakaman Habib Ali yang menarik dan menyentuh hati~

Perkahwinan dalam Islam



dan Saat Kewafatan Baginda Rasulullah Saw

























5 comments:

Ismi Ijmi said...

Wallahualam. Mohon sekiranya terdapat kesalahan pada tulisan, atau saya sedang menyebarkan beberapa hadith pada jalan salah,sila komen. Sedia diedit InsyaAllah.

Ulama-ulama ini boleh dihubungi di web-web mereka.

Habib Munzir
Habib Ali

P/s: mungkin ada antara penulis yang boleh luaskan konteks Tokoh Dakwah dengan menengahkan jasa-jasa Habib Ali, Habib Omar, Maulana-maulana HazratJi pendokong kerja Tabligh, dan beberapa tokoh lain.

Munir Kangsari said...

kalau anta baca buku tempatan mmg lebih cenderung kepada Ikhwan.

BTW kenapa Hassan Al-Banna diberi gelaran Imam?

Cuba semak Muslim Heroes mungkin disana ada nama2 pendokong Dakwah lain

Ismi Ijmi said...

imam.. dah biasa dengar nama imam syahid hasan al-banna.

Munir Kangsari said...

maaf kata tapi Hassan Al-Banna bukan Imam kata Ulama. Dia menolak Mazhab.

Ismi Ijmi said...

penggunaan gelaran syahid dan imam sudah masyhur untuk hassan al-banna.

mungkin itu sekadar perselisihan ulama

Followers