Cerita, Buat Tauladan InsyaAllah.



Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Ni ada satu cerita yang sangat teringin untuk ditransfer-kan dalam bentuk tulisan blog. Ni kisah tentang seorang Ulama Somalia yang diberi Allah agama yang baik,amalan yang MasyaAllah sangat baik.

Dikatakan beliau adalah antara yang menguasai Qiraat Sab'ah (cara bacaan yang tujuh). Beliau amat dikenali dan orang ramai menghormatinya. Ditaqdirkan Allah jirannya adalah seorang yang tidak solat. Setiap hari dia bertemu dengan wajah yang masam dan hati yang geram dengan si jiran kerana sikap jiran itu. Maklum orang ahli surau, ada yang tak selesa dengan keadaan itu.


Antara negara yang masih dalam plan Amerika untuk masuk menyerang.Dasar tutup pintu cam Yaman


Satu ketika dengan izin Allah ada satu jemaah dari Qatar telah datang ke kawasan syeikh tersebut, dan telah melakukan usaha-usaha tabligh di perkampungan syeikh. Syeikh tersebut belum terbuka hati untuk menyertai jemaah dalam amal2 anjuran. Ia berlarutan sehingga ke suatu peristiwa yang menyebabkan Allah telah membuka hati syeikh untuk menerima usaha
.
Somalia digelar "Horn of Africa" kerana kedudukannya di hujung.


Ia berlaku ketika jemaah telah berdakwah ke rumah jirannya. Diketahui jiran itu bukan ahli masjid. Maka bukan suatu yang pelik jika mereka gagal mengajak jiran tersebut. Namun dengan izin Allah,dan kehendaknya jiran syeikh dibukakan hati untuk ke masjid,bersolat lalu menyertai majlis bayan (penerangan) dari jemaah. Syeikh terkesima dengan keadaan itu, kerana dia sudah berjiran bertahun-tahun namun tidak sekali jiran itu terbuka hati ke masjid.

Asbab peristiwa berkat itu, Allah memilih syeikh untuk khuruj bersama jemaah.MasyaAllah.

Kisah tidak berakhir di situ. Ketika syeikh khuruj ke suatu kawana pedalaman Somalia, beliau dan dihantar ke sebuah kampung yang di sana terdapat sebuah masjid. Masjid yang penuh aktiviti keagamaan. Menurut sumber cerita, masjid2 di Somalia adalah keadaannya seperti Masjid Al-Haram. Perkumpulan-perkumpulan manusia mengikut halakah2 ilmiah masing2, dengan kitab masing2. Dikatakan kebanyakan orang Somalia menghabiskan pengajian klitab dengan cara tersebut. Dari sekecil-kecil kita sehinggalah kitab besar-besar seperti Kitab Bukhari.

Syeikh dan jemaah telah jaulah ke kawasan perkampungan tersebut dan mejumpai penduduk kawasan tersebut. Ketika jaulah, tiba di sebuah rumah. In fact,Somalia adalah 100% Muslim,dan 100% Syafie mazhab. Ketika mutakallim bercerita tentang kalimah tauhid dan kepentingannya, entah bagaimana perbualan berlaku sehingga diketahui si yang diziarahi tidak mengetahui ucapan kalimah syahadah.

Kemarahan membuak di hati syeikh. Ketika pulang ke masjid beliau menegur ahli-ahli masjid (dengan antara mereka adalah ulama-ulama yang mengajar hadith). lebih kurang

" Tuan-tuan belajar feqah,hadith bukhari. tahukah tuan-tuan di tempat ini masih ada yang tidak tahu walau untuk mengucap kalimah syahadah?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moral of the story (more or less)
  1. Inilah kesan apabila dakwah tidak dijalankan. Walaupun melihat wajah ulamak adalah asbab pengampunan dosa, namun jika dakwah tidak berjalan,jiran seorang ulamak pun tak ke masjid.
  2. Sehebat-hebat taklim, dakwah rumah ke rumah harus berjalan. Kaki harus bergerak,kerana inilah fungsi taklim. Men-tabligh-kan apa yang dipelajari.
Wallahua'lam. Ulama tersebut femes dan masih hidup sampai sekarang. Namanya dirahsiakan atas sebab2 privasi. Moga ada mafaatnya. Wassalam.


13 comments:

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Setiap dari kita ada tanggungjawab untuk tabligh dan tarbiyyah each other.. Sebab tu benda ni tak boleh putus. Bila jemaah A pergi, jemaah B pulak take the job. Sambung apa yang patut. Then jemaah C pulak ganti. Etc.. Sampai Z.. It's better if jemaah yang pernah datang, visit lagi several times. Lagi senang sampaikan sebab dah kenal.. Ada follow up. Macam Hasan Al Banna buat..

Allahuma'ana.

Norsha said...

moga2 jemaah terus bergerak di seluruh ceruk benua silih berganti tanpa henti, moga2 kita yang ditinggalkan mengiringi mereka dengan doa agar usaha mereka dipermudahkan....amin

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah
Sis taufiqah; berdasarkan mesy Sri Petaling baru2 ni, satu2 teempat yang berpotensi dalam satu2 halkah akan diziarahi oleh satu jemaah dari satu marhalah sebnayak 3 bulan berturut22, dan ghast2 kedua dalam tempoh masa yang sama. sehabis ttugas marhalah yang satu ni, marhalah lain sambung tugas. usaha supaya tempat tersebut hidup 5 amal. wallahua'lam

~actually follow-up sebelum2 ni untuk org2 di marhalah snediri. keluar di satu2 kws baru untuk islah ddiri, bonus jika terkesan pendduduk tempatan. alhamdulillah seekarang karkun semakin ramai,jadi isstilah follow-up dah jadi sebutan

Ismi Ijmi said...

Amiin cikgu.
di thailand ada jemaah yang ditugaskan untuk buat jaulah tanoa henti seluruh thai. kalau ada yang nak tangguh,ada yang lain akan sambung. begitulah seterusnya,hingga hari kiamat insyaAllah

fuad ansari said...

Rare sungguh cerita2 tuan.. (",)

Adalah satu rahmat bila alim ulamak bersama jemaah dakwah.. InsyaAllah, banyak ilmu2 yang bermanfaat dapat diperolehi..

Teringat adab ziarah,kalau jumpa alim ulamak maka tutup mulut dan bukak telinga (kurangkan cakap dan banyakkan mendengar)..nak tunjuk betapa kita perlu meninggikan ilmu yang ada pada mereka..

kakibiskut said...

subhanallah.. mudahnya Allah balikkkan hati manusia.. moga kita semua kekal dalam usaha,,

Ismi Ijmi said...

abg fuad : pelik sangat ke? PELIK TAPI BENAR

alif : memang kerja Allah kan

ukhti,mardhiah said...

tuin iz,
banyak kesalahan ejaan.
ma'alish jiddan na nmpak y buruk2 dulu(",)
humm...sehebat2 taqleem,xguna jugak kalau xbgerak dari satu bilik ke bilik y lain kan.
baru je semalam mard kena tegur dgn jiran asbab baca taqleem kuat.

mard xdpt nk xkuatkn kaki lg asyik nk mengajak,biar suara shja plk y p mengajak.

doakan tuin iz.

Ismi Ijmi said...

mard
Tuan for lelaki. Tuin for perempuan.
Misa-misi, cikgu-cikgi, and so on...

hehe

takpe2,tapi takde khoje teman nak betulkan.tgklah nnt2.maaf ya!nak jadi editor ke?leh invite jd writer blog nih,hehe (gurau je)

Mard,bagi perempuan,buat taklim saja. berjalan dari rumah ke rumah ni kerja lelaki. yang masa pilihanraya tu,...wallahua'lam. Moga Allah tunjukkan kita.

suara mard kuat sanagt ke?hehe.
sama2 doa lah ye!

Unknown said...

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara.Sekian,Terima Kasih.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.
bila dgr smngat org yg bersusah pyh ni, rasa berkobar2.
kalau mcm ni kami kaum prmpuan kena tawajjuh lebih, Doa utk seluruh jemaah yg azam nk khuruj, akan khuruj, & sdg khuruj..moga Allah permudahkn sgala urusan smua. InsyaAllah, amin.

ukhti,mardhiah said...

*(^.*)wekkk.
tulah,dulu teman tanya mike,tuin tu ape,mike x mnjawabnyee.tgok.

ooo...jd teman xpyh la mnyeru mekeme tu semua dgr taqleem teman?
teman sesaje kuatkn bio mekeme tu semua dengor teman bacenyee ee.(",)

teman pun dh xlarat lg nk bce high pitch. K, lah teman buat usaha dlm bilik jlh ye TUaN iz.
(",)

minta doa biar ada barokah kiri knn ats bwh rumh jirn jlh yee.
Aminn.

Ismi Ijmi said...

APS : ok,InsyaAllah. artikel dengarnya menarik.

Kak aliaazuan : yup, semoga ALlah rahmati perempuan2 macam ni

Mard : wekkk, kembali.hehe
nakal ya! kalau itu niatnya baik juga. tapi usaha atas hidayat dgn hikmah. macam kisah di atas.
:-)

Followers