Arab

Didalam kitab mukhtarul ahadits, disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, Cintailah bangsa arab karena tiga perkara, pertama : karena sesungguhnya aku (Rasulullah SAW) adalah orang arab, kedua : Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa arab, dan ketiga : bahasa penduduk sorga adalah bahasa arab. (HR. Ath Thabrani)..

Sumber majelisrasulullah@ yahoogroups. com , pengirim Muhamad Agus Syafrudin

Alhamdulillah...

Selalunya saya akan memasukkan potongan dan petikan dari Al-Quran dan Hadith di akhir tulisan,tapi kali ini mungkin sedikit berbeza. Hadith di atas diambil dari blog lain (rujuk link) . Dan hadith ini pernah saya baca di sebuah kitab lain.

Tradisi Arab Saudi

Alhamdulillah,denagn taqdir Allah maka keluarlah ucapan dari lidah lembut Rasul SAW yang mulia, liur yang bersih suci menyampaikan kita akan hal ini. Mengapa Arab? Itulah alasan Rasulullah walaupun pada hakikatnya kita tak perlu cari maksud hadith sekiranya kita benar-benar pengikut baginda yang setia. Hadith adalah terjemahan Al-Quran,maka apa perlu lagi diterjemahkan? Saya tidak menafikan perlu ada penerangan dari pakar bahasa Arab untuk memahami maksud sesuatu hadith,namun mungkin bukan semua.Wallahua'lam (pendapat dari manusia jahil)


Cukup setakat itu...

Tahukah kita siapa Arab? Inilah bangsa dari keturunan Nabi SAW dilahirkan. dalam satu hadith baginda lain,baginda berbangga dengan status sebagai penduduk asal Makkah, dan keturunan Quraisy. Style atau trend sekarang terutama yang sedang mengenali Islam untuk melihat budaya dan cara hidup orang Arab, dan sebahagiannya cara ibadah mereka(yang bermazhab lain). Tidak dinafikan kita sanagt mencintai atau sekurang-kurangnya admire pemimpin-pemimpin dakwah ~ Syeikh Hassan Al-Banna, Yusuf Al-Qaradawi, mahupun pemimpin seperti King Abdul Aziz dan tokoh dakwah seperti Maulana Zakaria dan Maulana Ilyas.

Kesemua tokoh di atas dikaitkan dengan Arab,kecuali Maulana Zakaria dan Maulana Ilyas yang berketurunan Arab.

Perlukah kita meniru bulat-bulat cara perlakuan Arab?

Negara-negara Arab

Tidak dinafikan terdapat beberapa kebiasaan orang Arab yang boleh dijadikan contoh tauladan seperti cara mereka melayan tetamu, dan menjaga kehormatan perempuan-perempuan mereka (khusus untuk Saudi). Namun tidaklah semua yang perlu diikut. Antaranya cara bersolat mereka yang agak berbeza atas alasan perbezaan Mazhab. Perkara ini harus diambil peduli oleh setiap kita,sebab ada antara kita yang terlalu yakin dengan amalan orang Arab.

Ada diantara orang Arab yang kurang agamanya,maka kurang pula ilmu mereka.

F. Murray Abraham (he's an Arab)

Kenali Arab,kenali Arab!!

link; http://www.aaiusa.org/arab-americans/23/famous-arab-americans
http://www.adc.org/index.php?id=248

(p/s: jom ambil bahasa Arab,untuk faham lagi tentang Al-Quran)

Wallahua'lam



No comments:

Followers