Alhamdulillah...
Hari ini ana baru lepas satu paper untuk peperiksaan akhir semester ni. Mungkin tak berapa stress sebab paper hari ini subjek elektif,dan hanya 30 MCQ. Apapun di USMKK bila saja MCQ, selalunya berformat 5 soalan dan setiap soalan ada true/false. Negative marking atau pemarkahan negatif akan diberi bagi setiap soalan salah,hanya terdapat di USMKK (rasanya).
Apa-apapun semuanya bersangkut dengan izin Allah dan usaha sendiri,sekiranya sesuatu itu dalam kehendak dan kemahuan Allah,maka pasti terjadi. Seorang ustaz pernah bersyarah di sebuah masjid (Masjid As-Salam Peng. Chepa),kata beliau untuk sesuatu terjadi,maka apabila beradanya akan dua qudrat,qudrat manusia(si pelaku) dan qudrat Allah. Apapun kehendak yang mendatangkan qudrat manusia itu sendiri dari Allah azza wajall, apatah lagi qudrat manusia itu sendiri adalah dari Allah,cuma diizinkan manusia untuk memilikinya sebagai alasan manusia berbuat pilihan sendiri. Ia dalil mengapa manusia dihukum atas dosa-dosanya.
Kepercayaan yang segala sesuatu berlaku kerana kehendak Allah; Dolah buat dosa,kemudian katanya ia kehendak Allah, adalah betul dari segi hakikat, namun jika Allah mahu pasti Dolah akan dihukum atas perbuatan dosanya. Yang demikian berwajib atas kita untuk berdoa sebagai memnuhi kemahuan Allah.
cth;
"Ya Allah,kurniakan aku kekuatan untuk taat perintahMu,jauh dari laranganMu, sedang segala perkara atas kehendakMu"
Intaha,habis cerita.
Berkisah pasal doa, jom kita perbetulkan doa kita. Setakat ni ana dapat beberapa tips untuk perbetulkan cara kita berdoa,mungkin boleh ditambah lagi buat masa akan datang.
- Doa dengan penuh rayuan,kerana sedang meminta kepada Al-Aziz
- Doa bukan memaksa Allah mengikut kehendak kita. contoh; Ya Allah, kau berilah aku kereta,Ya Allah,kau berilah aku lulus exam...ect..ect..
- Doa dengan penuh rasa rendah diri dan tawajuh.
"Ya Allah,kurniakan daku apa yang baik bagiku sama ada daku tahu atau tidak,dan jauhkan bagiku perkara yang buruk bagiku sama ada aku tahu atau tidak,sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui"
Wallahua'lam. Jom beramal!
No comments:
Post a Comment