Antara Bekas & Isinya


Alhamdulillah...

Assalamualaikum. Ada orang berkata, apa kaitan luar dan dalam. Adakah baik di luar tak semestinya baik di dalam? Atau buruk di luar tak semestinya buruk di dalam. Bagi saya setiap perkara ada kemungkinan-kemungkinan tersendiri.

  1. Baik di luar dan baik di dalam
  2. Baik di luar dan buruk di dalam
  3. Buruk di luar dan dalam
  4. Buruk di luar dan baik di dalam.
Baik, kalau sesiapa yang pernah ambil Maths Moden mesti faham benda ni, "everything got their own chances". Setiap perkara dalam dunia ada keberangkalian tersendiri. Cuma macam yang kita faham setiap perkara akan bertambah kebarangkalian bila ada terdapat usaha bersamanya. Okay sebagai contoh Dolah ada kebarangkalian dapat A,B,C,D dan E. Tapi kalau Dolah study memanjang,maka kebarangkalian dapat A lebih tinggi. Kalau Dolah sibuk "berblog" maka kebarangkalian dapat C,D @ E adalah lebih tinggi.

Okay,dapat idea tulis entry ni bila tengok kotak susu HL yang penuh tulisan untuk advertise kebaikan produk tersebut. Kotak tu,sangat lah menarik(pada pandangan saya) dan tebal. Kemas buatannya. Susu dalam kotak ni pun ada kebarangkalian basi walaupon dalam kotak yang macam tu. Tapi kebarangkalian untuk tidak basi lebih tinggi. Ada siapa-siapa boleh "confirm" susu yang belum tarikh luput adalah elok semuanya?

Okay,ambil teladan dari betapa terer pengeluar susu jaga susu tu.

Fikir balik tentang perempuan yang ala-ala solehah,bertudung labuh,baju labuh,dan up-grade lagi baju all-black + purdah. Agak-agak semua perempuan yang berpakaian macam ni baik ke? Ikut hukum kebarangkalian,dah tentu tidak! Tapi hakikatnya ibarat susu yang dibungkus kemas,maka isinya pasti akan elok hinggalah ia sepatutnya tak lagi elok (tarikh luput). Sudah tentu ada antara mereka yang sudah basi walaupun berbungkus kemas kerana kesilapan tertentu. Dan sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan.

Jadi sesuatu yang amat penting kita kawal ialah luaran/fizikal. Meskipun baik di dalam namun sederhana @ buruk di luar,lama kelamaan keburukan di luar akan mempengaruhi dalaman. Berusahalah sebaik mungkin supaya dengan usaha tersebut moga-moga Allah Azza Wajalla memberi taufiqNya untuk berbuat kebaikan dari luaran dan dalaman.

Wallahua'lam.

Hadith-hadith Nabi

“Bertakwalah pada Allah di mana saja kamu berada,turutilah kejahatan dengan kebaikan,moga-moga ianya terhapus,dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik”.(arba’in an-nawawi).

Rasulullah pernah bersabda" Setiap anak Adam pasti berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang pernah berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

No comments:

Followers