Madrasah oh Madrasah

Assalamualaikum.

Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju ke syurga (Shahih Al Jami)

Barang siapa berjalan dari rumahnya untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syorga ( HR Muslim)

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu ilmu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga (HR Bukhari)

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Alloh sampai dia kembali (Shahih Tirmidzi)

Alhamdulillah. Saya pernah belajar tentang hukum orang yang menafsirkan Al-Quran tanpa ilmu, juga syarat-syarat untuk menafsirkannya. Sebenarnya sekiranya adalah saya kelihatan meenrjemahkan ayat-ayat Al-Quran di pangkal entry, ia bukanlah maksud saya sebenarnya. Untuk keselamatan saya selitkan hadith yang saya copy paste dari internet beserta rujukan, sekiranya ada yang concern dan rajin merujuk. Istighfar moga-moga kerja-kerja yang kita buat dengan rasa senang dan tenang dan rasa bagus tidak membawa kita ke jalan neraka nauzubillah.



Terima kasih abang Azhar jaafar yang sudi buat satu entry

Madrasah oh madrasah.. (n3 jangan yatimkan agama)

yang buat saya teringat suasana madrasah-madrasah dan pondok-pondok di Kelantan.

Sengaja nak siarkan komen saya di entry tersebut di blog ni untuk perkongsian.

saya pernah dengar rakaman ceramah ustaz mutalib maarof tentang ni.
katanya orang lebih suka sedeqah ke masjid2, sampai imam taktau nak buat apa dgn duit,.

tu yang dok pi beli tv, lcd, dsbgnya.kenduri makan tak henti2 kepada org yang dah ada byk makanan kat rumah.

ustaz kata kita kena ubah sikit cara infaq harta dari sedeqah kat masjid kepada sedeqah ke pondok2,madrasah2, dan seangkatan.

imam2 sekarang (dok kg) pun dapat gaji rm8rat, tu blom masjid2 pekan yang melimpah2 tabung masjid, ada lah kot percent kat imam2 masjid.

pondok2 dan madrasah kat kelantan ni kadang2 menyedihkan jugak. rasanya tak sama dgn yang ada di selangor. sampai ada orang kelantan hantar anak2 ke madarasah tahfiz kat selangor yang lebih sempurna keadaan.

masjid2 pulak makin lama makin besar, makin besar, makin cantik, ada tempat masak dsbgnya.. orang yg dtg jemaah2 (khuruj) jugak je yang dapatmanfaat.org tempatan guna brg2 masjid bila ada keraian ja.

so skrg kita kena ubah metod infak, bg kepada yg lebih perlu. idea2 nak besarkan masjid tu sebab masjid tak muat bila raya ja. sebenarnya sunnah bila raya buat kat tanah lapang, macam kat India.

Saya pernah belajar tentang sebaik2 perbelanjaan kuta bahagikan kepada 3. Satu bahagian untuk sedeqah, satu pertiga untuk keperluan, dan satu pertiga simpanan untuk orang meminta2, ini selepas tolak hutang2 yang ada.

Kalaupun tak mampu, amik la satu madrasah angkat, sumbang RM300 ke sebulan, moga2 kalaupun kita takda anak yang tahfiz, Allah tetapkan tempat kita di syurga kerana infak kita tadi.

Moga-moga Allah juga bagi saya taufiq buat macam tu.
Saya tak pasti video ceramah ustaz Mutalib Maarof yang mana satu, yang pasti bukan di madrasah beliau di An-Nadhoh. Saya sangat pasti dia bukan bercakap mewakili madrasahnya (walaupun bukan lah suatu kesalahan) sebab madrasah An-Nahdhoh ada sumber kewangan yang boleh dikatakan tetap. Walaupun saya tak (belum) pernah dengar seruan infak dari Ustaz Kazim Elias, tapi cara beliau menguruskan kewangan madrasah Al-Barakah boleh dikatakan nyata membantu madrasah dan gaji-gaji ustaz yang berkhidmat. Begitu juga madrasah Khairuummah kendalian Ustaz Nik Nazimuddin yang ustaz sendiri turun padang mencari dana demi pendidikan anak-anak ummah!

Bak kata Abg Azhar, pusat-pusat pengajian ni bukanlah tempat anak-anak yang suka meminta sedeqah, tapi keadaan agak mendesak! Jika dibandingkan dengan orang-orang yang belajar dunia, dari sekolah rendah, yuran free (saya dulu RM70 setahun), baju sukan seploh ringgit, masuk sekolah menengah dapat BKP (biasiswa kecil persekutuan), masuk matrik komfem dapat duit, masuk U alhamdulillah dapat scholar JPA. Bak kata orang, kalau nak belajar ada je sumbernya (dengan izin Allah). Saya teringat masa selepas UPSR, ternampak iklan madrasah tahfiz di masjid, dan saya bawa pulang untuk mak. Mak kata yurannya agak tak dapek den nak nolong (bahasa edit).

Kat Kelantan ni, setahu saya di Pondok Pasir tumboh, hanya bayar api dan air, selain yuran tahunan yang lebih rendah dari yuran sekolah rendah biasa. Agak-agak mana mereka bayar gaji ustaz yang beranak-pinak jugak nih. Ada juga pondok-pondok tahfiz kelolaan ustaz-ustaz karkun (baca : tabligh) yang tidak kenakan caj kepada pelajar-pelajar Thai dan anak-anak yatim dan miskin, dan mereka still makan setiap hari. Cuma tengok pakaian ustaz dna keadaan madrasah boleh menangis tanpa sedar (kalau tak biasa).

Keadaan kita pula cuba tengok, dah ada TV biasa nak LCD, dah ada Nokia 3310 nak touchscreen HTC, ada application Al-Quran tapi jangan harap nak habis satu juz sehari , ada mesin basuh manual nak auto, pastu dah hujung minggu hantar dobi lak. Ada P1wimax nak Unifi pulak! (targhib kita = saya).Semuanya jalan-jalan memudahkan kita buat lagho (kalau tak kena cara).

Kita sedap menulis blog, sambil telinga dengar kawan tengok movie Renggo, agak-agak apa yang sahabat-sahabat kita makan di pondok-pondok sekitar Kelantan ni yang kalau ada pun, tak sesedap Nasi Goreng Pattaya yang kita makan malam tadi.

Semoga Allah bagi kita taufiq untuk infakkan sebahagian harta untuk jalan Allah, sebahagian pulak untuk orang yang sedang berada di jalan Allah.

"Allahumma A'inni Ala Zikrika Wa Syukrika Wa husni Ibadatik"

Doa istiqamah.

p/s: doakan saya !
p/ss: hadith2 di atas mengingatkan aku kepada seorang ustaz.

13 comments:

Ismi Ijmi said...

adeih apsal ter-type tajuk entry cam duplicate ja.
maaf abg azhar!

kinakona said...

InsyaAllah
Moga Allah bukakan jln utk sy berinfaq kpd mereka2 ni. Allah je pemberi rezki dan sebaik2 tmpt bergantung

Hidayatullah said...

Smoga kita dapat mencontohi sahabat yg infaq sluruh harta... n skang br ak tau spe yg byk infaq kat madrasah sri petaling n masjid tu.. tawadu' orangnya..ari tu.. subhanaLLAH..tawadu'

Ismi Ijmi said...

ank_ayah
sangat perasan bila kata blog ni dibaca oleh adik2 dan kak2 berniqab all-black. terima kasih sudi memeriahkan kotak komen.

والله المستعان وعلىه البلاغ

Hidayat

MasyaAllah. semoga keberkatan rezkinya berpanjangan didunia, dan sempurna nikmat Allah di akhirat. amiiin..

Norsha said...

sedih2 sgt bila kita bandingkan madrasah2 dgn sekolah2 @ pusat pengajian yg lain....dhaif @ serba kekurangan, tapi bila tgk muka bkd2 tu yg suci bersih dlm jubah putih tgh hafal quran, seronoknya rasa.....

Ziarah76 said...

begitulah realiti orang zaman sekarang

arizWanmerahs said...

apabila umat letak agama ditempat yg tinggi, insyaallah madrasah juga akan berada teratas dlm senarai infaq.. tapi bilakah masanya?? Entah..!

School Of Tots said...

Dalam budget yg dibentangkan baru2 ini, ada bantuan kepada pondok2 & madrasah2 tahfiz?

alfindani said...

Realiti yang tak ternafi.
Takdak peruntukan kerajaan satu hal.

Satu hal lagi adalah umat Islam kebanyakannya menganggap ustaz2 mengajar agama mestilah ikhlas, lalu difahami ikhlas ertinya mengajar free atau yuran mesti murah.


Lihat apa komen Ust Shahul Hamid tentang hal ini. http://www.youtube.com/watch?v=X6I9BilJBMI

***
saya berpengalaman hampir 10 tahun mengajar tahfiz & mengetahu benar hal ini dan mentaliti masyarakat yg sebegini.

Ismi Ijmi said...

emmmm.
mungkin bagi pihak ustaz2, kenalah bersabar untuk dapat ganjaran yang lagi besar.

walaupun zahirnya gaji kecik, tapi hakikatnya orang yang belajar dan mengajar kalam Allah adalah orang paling utama.

tapi bagi pihak kami awam yang jahil agama ni, sangat2 lah menyedihkan kalau ada yang berfikir macam demikian.

saya dengar ada seorang baba di Thai yang tak pernah minta yuran dari pelajar2nya, tapi Allah bagi dari khazanahnya (asbab dapat dari anak murid) kereta merce,rumah besar, dsbgnya.

hakikatnya ramai lagi yang sanagt2 mahu belajar al-quran tapi terpaksa berfikir beberapa kali kerana kadang2 segala kos pembelajaran di madrasah2 "solely" ditanggung dari yuran pelajar. macam mana budak2 yang ada azam tapi tak mampu?

saya cukup sedih jugak bila tgk kami pelajar2 dunia yang sibuk bergelumang kesengan dunia, kadang2 nak baca quran semuka pun payah, tapi duit boleh kata senang jugak la. apa tidaknya, semua nak update fon style touch screen. mohon doa2 tuan2 kat kami nih!

Terima kasih al-findani sudi komen.
InsyaALlah jika ada rezki sama2 kita majukan institusi pengajian tahfiz dan alim.

School of tots.

actually bagus juga cadanagn tu. cuma bersangak baik dengan ALlah, nak jaga perut2 para hafiz ni dari wang syubhah. sangka baik dengan pemimpin2 muslim, mereka tak sedar kewujudan madrasah2 ni. kena la ada orang mai ziarah bagi exposure sikit,hehe

alfindani said...

Utk mendpt ganjaran yg lg besar & krn "khairukum man ta'allamal Quran w 'allamah" itulah wujudnya mdrsh2 tahfiz ni.

jika izmer ke MTQ Kbg Bujuk cthnya, lihat ustz2 lama spt Ust Latif dll yg berpuluh tahun mewaqafkan diri utk mngajar Quran, mmg begitulah keadaannya dr dahulu pun.

Sanggup bersabar dgn cubaan dunia yg sekejap ni krn mengharap ganjaran Allah itulah.

Kdg2 bkn x ada yg nk bg spt dberi pd Baba tu, tp ada ust2 tahfiz yg kbnyknnya sbnrnya lebih selesa dgn hidup yg simple begitu.Org yg melihat mgkn rasa terharu, tp tuan punya badan rs selesa. :)

realitinya, msyrkt kita d M'sia ni blm lg smpai thp sanggup waqaf & derma yg bnyk utk pengajian agama spt ni.

krn realiti itulah mdrsh2 tahfiz tpaksa mengenakan yuran utk menampung kos pengurusan. jika msyrkt kita sudah sampai tahap nmpk pentingnya korban utk agama, masa tu mgkn x perlu byr yuran lg.

Kena maklum jg bhw yuran itupun sbnrnya utk kos pengurusan api elektrik,mknan harian pljr etc. Bknnya utk ustz2 bermewah-mewah pun. Klu RM250-RM300 sbln pn dikata mahal, mmg tak tahu nk ckp apa.

Sbnrnya bljr agama/tahfiz Quran itu jg menuntut pengorbanan drp org yg ingin belajar itu sndiri. Juga drp ibubapanya. Apakah mgkn utk mndptkn sesuatu yg sgt berharga dgn mudah shj? kalla wa haasya!

Apakah para pendidik shj perlu berkorban & yg hendak dididik tenang2?

Jika begitu mereka x layak dinamakan PENUNTUT ilmu atau PENCARI ilmu!

Sesuatu yg didpti dgn mudah kebiasaannya x dihargai berbanding yg didapati dgn ssh pyh pengorbanan. Bnyk yg perlu dikorbankan. Wang ringgit, perasaan, etc.

Agama & iman dtg dgn pengorbanan.

Izmer baru ni keluar ke Kuching pn kena korban bkn? Kenapa kita sggp korban utk keluar? krn ingin mendpt mcm2 yg x dpt dinilai dgn kos yg kita keluarkan tu pun sbnrnya.

Klu kita muhasabah apa yg Allah bg masa keluar banding dgn pengorbanan wang ringgit kita, masa kita etc, alangkah kecilnya nilai pengorbanan kita itu.

demikian jg Al Quran yg Agung KalamuLLAH, dan ilmu agama.Kiaskanlah. "Fa'tabiru ya ulil abshor". :)

Skrg agak ok krn tahfiz dh mula diterima. 15-20 thn dahulu bljr tahfiz jwbnya dikata "nak mkn apa?"

bnyk lglah klu nk diulas.:)

Kesimpulannya para ustaz perlu ikhlas & msyrkt jg perlu tingkatkan faham utk sama2 bgnkn pengajian Al-Quran & agama.

Maafkan sy komen terlalu pnjg.
Bimbang komen yg terlalu singkat mengundang salah faham. sedang yg panjang lebar juga takkan terlepas drp salah fhm, lagikan pula yg pendek & diringkaskan. :)

wslm.

Ismi Ijmi said...

yes ustaz al-findani.
hakikatnya belajar agam memang menuntut pengorbanan.
jangan risau, saya alu2kan komen macam ustaz.
Yang bagi faham Allah.
tapi penerangan cukup terang jelas.
maaf kalau komen saya kat atas td macam nak komen yuran yang dikenakan mana2 ustaz.

ia logik ustaz,bak kata imam syafie rahimahullah...

akhi lantan Al-ilma, illa bi sittatin.

....

heh

jazakallahukhair

Info said...

artikel yang sangat bermanfaat, bagi teman-teman yang ingin mencari informasi kesehatan silahkan kunjungi infosehat.org

terima kasih

Followers