Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalaam golongan yang sujud.
[12]
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
[13]
Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.
[14]
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
[15]
Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.
[16]
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
[17]
“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
[18]
Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

A-Aaraf (11-18)
~~~~~~~~~~~~~
Sebuah kisah dari mafhum ayat al-quran, apa bila manusia dibangkitkan untuk bertemu Allah dan dihisab...
Maka mereka ni diibaratkan seperti orang yang kelemasan. Mohonlah keselamatan Allah dari hal ini. Setiap orang yang berkaitan dengannya di dunia akan di persalahkan dan dipertanggungjawabkan. Mereka seakan-akan orang kelemasan, meskipun hanya ada sabut yang dicapai, tetap dicapai walaupun sabut tidak mampu menyelamatkannya. Si isteri menyalahkan suami, sia anak akan menyalahkan ayah, si adik akan menyalahkan abang, sahabat saling menuntut hak, dan sebagainya. Pada mereka sudah merasai azab Allah.
Ketika dalam neraka, manusia akan bersama-sama syaitan dan menyalahkan syaitan kerana menyesatkan. Lantas syaitan menjawab, aku bukanlah sesuatu yang mampu memesongkan kamu, bahkan aku diberi tugas untuk membisikkan sahaja.Maka pada hari ni aku berlepas diri.
Ya Allah..
semoga kita sentiasa dalam perlindungan Allah.
10 hari pertama zulhijjah.
Semoga Allah memberi kita taufiq untuk berpuasa, bersedeqah, membanyakkan amalan malam, dan mengekalkan wudhuk sepanjang 10 hari ni.InsyaALlah.....
5 comments:
lebih baik menuding jari kepada diri sendiri di dunia, dari menuding jari kepada orang lain di akhirat..
apakah dengan menuding jari kepada orang lain mampu menyelamatkan kita dari panasnya neraka... hurm....
bila ingat hari kebangkitan,Allah.... tak tergambar dgn perasaan....insaf...
aduhai....semoga Allah selamatkan kita semua..
ana khairum minhu
ini sebahagian sifat syaitan. moga Allah lindungi kita dari sifat ini..
peringatan untuk saya dan orang lain juga...
Post a Comment