Pakistan - Travelog IPB 3

Pakistan suasananya cukup damai ketika musim sejuk.suasana di Raiwind waktu "winter" baru bermula cukup mendamaikan. Tidaklah terlalu sejuk sampai orang Malaysia boleh terketar-ketar. Cumanya kalau memijak lantai tanpa lapik stokin kulit atau stokin PVC dah tentu tak mampu memijak. waktu malam sejuk juga, mungkin boleh digandingkan dengan kesejukan di Cameron Highland tempat kita agaknya. yelah, suatu penekanan di sini, ini awal musim sejuk. Awal Disember 2012.

Beberapa hari aku di Raiwind. Sebuah masjid yang tersergam di dalam kompleks yang terdiri dari beberapa bangunan dengan fungsi masing-masing. Masjid dengan ruang utama segiempat sama dengan 10 tiang. setiap tiang aku kira mungkin dalam 5 meter. tinggi tak dapat aku agak. Sambungan masjid ke arah belakang, mungkin ada lebih 2 kali ganda saiz masjid utama, dan ruang itu 3 tingkat. semuanya penuh dengan manusia. cuba bayangkan dan anggar sendiri manusia yang ada.

Ruang utama masjd ada 2 tingkat, dan tingkat bawah ada ruang khusus berpagar dan bersambungan dengan bangunan sebelahnya, yang khusus untuk jemaah tabligh dari luar. mungkin sebab utama adalah keselamatan.

Madrasah di bahagian belakang masjid. ada madrasah untuk kanak-kanak, seakan tadika dengan tenpat tidur yang berwarna, dan katil yang kelihatan selesa. Aku kira kelas pengajian mereka tak jauh dari situ. cantik bangunan madrasah seakan di putrajaya pula rasanya. bumbungnya digunakan sebagai tempat menyidai pakaian. dari atas kelihatan padang bola madrasah Raiwind, katanya, tempat para Maulana bersenam dengan berjalan keliling padang keluarkan peluh, dan tempat para penuntut ilmu Islam bermain bola dengan team masing-masing.

Ada bangunan khusus untuk memasak. lengkap dengan tempat khas memasak roti, memasak dal, dan memasak lauk. ada tempat makan yang kemas (kecuali setelah selesai makan), dan kaunter-kaunter yang sistematik. bersih dan teratur. bahagina bawah tanah pula terdapat tempat khusus untuk minuman. hanya dua pilihan, chai/teh tarik dan susu. pelanggan akan beli coin di kaunter dan mengambil minuman di kaunter lain. hanya ada roti sebagai pencecah. mungkin nampak sedikit melengih kerana kedai ini tidak di tutup kecuali beberapa masa ketika solat , sejak dibuka bermula jam 4pg waktu tahajud.

Ada pula bangunan khusus untuk foreigner makan, free dan beserta pelayan. Dahi (susu masam asli), chai, teh o, gula, roti, nasi, dan kuah dal adalah makanan tetap. tiada daging di situ ketika itu. andai berpeluang lagi, ingin rasanya mencecah roti dengan dahi yang dicampur gula, masam-masam manis. cukup menyelerakan.

Pakistan - Travelog IPB 2

Ingat lagi pertama kali aku ke Kot Addu, satu kawasan panas berpenduduk di Pakistan. Di sini kebanyakan penduduknya selain bekerja dengan kerajaan, adalah penternak dan petani. Kawasannya walaupun tidak dilitup batu dan simen, namun masih boleh diberi gred bersih kerana jarang ada plastik. Keldai-keldai berkeliaran dan ada juga keldai yang digunakan sebagai pembawa barangan. Jemu aku dengan kata-kata orang bila mengaitkan negara Islam miskin dengan kotor. Bagi aku ia tidak terjadi di sini. Ada kawasan kotor dengan plastik dan sampah tapi bukan di kawasan awam. Selalunya di tepi landasan keretapi.

Masjidnya cukup bersih. Setiap masjid ada "wali" atau penjaga, dan kalau di Malaysia kita disebut pengerusi masjid. Setiap kali kami sampai ke satu-satu masjid, "wali masjid" akan sambut seperti melayan tetamu. Ada wali masjid yang bertugas sebagai imam, ada yang tidak. Mungkin ini faktor masjid menjadi tempat yang cukup bersih dan kemas. Masjid-masjid yang kami singgah, ada yang sekadar sebuah rumah yang di-convert menjadi masjid, dan ada juga sebuah masjid yang berasingan yang dibina di tengah-tengah kawasan berpenduduk. Yang pasti ada ruangan dalam, dan ada ruangan solat luar. Kipasnya rapat-rapat dan ada heater menggunakan pembakar gas di setiap masjid.

Kami berada pada musim sejuk, maka solat siang hari, Zohor dan Asar di luar masjid. Ada tikar sejadah panjang yang dibuat dari entah apa, seperti jut, tebal dan cukup untuk mengatasi sejuk lantai masjid. Cukup romantik solat di luar masjid, waktu musim sejuk, dipanaskan matahari. Taalim fadhail kami di waktu pagi berlansung di bawah cahaya matahari. Malam hari kami berada di bawah bedding setebal beberapa inci, yang tak mungkin digunakan di Malaysia melainkan sebagai alas tidur. Heater dari gas dipasang untuk menahan sejuk.

Kadang-kadang ada yang menjemput kami ke rumah mereka. Makanan mereka memang sedap, dan tiada minuman lain selain chai atau teh tarik panas. Di rumah mereka, menghidang manisan selepas makan berat adalah kemestian. Orang Pakistan (khusus di kawasan itu, suku Panjabi) makan banyak, jadi kelihatan kehairanan mereka melihat kami makan sedikit.

Melalui lorong-lorong di waktu malam memang agak sedikit mencabar, tetapi tetap menjadi kenangan manis yang tak mungkin dibeli dengan harta dunia, melainkan sanggup bermujahadah atas jalan ini.

Pakistan - Travelog IPB

Di Pakistan, kawasan kampung, suasana Islam macam apa yang kita baca dalam komik-komik novel-novel, dan apa yang kita tonton dalam drama Arab klasik. Lelaki berkurta, kopiah. Ada terjumpa Ahli Brelvi berjubah putih, serban hijau. Jarang jumpa pengemis di kawasan kampung (yang saya sampai tu). Mungkin ada orang yang tidur dalam khemah, tu pun rasanya tidak mengemis.

Sekali terselisih pengemis, mengetuk pintu orang dari rumah ke rumah, seorang pakcik lingkungan 40-an.
Bazarnya dijaga orang-orang lelaki. Muka mahal dengan senyuman, tetapi bila beramah mesra baru terukir senyum di wajah. Ada juga lelaki tidak berkopiah, dan tidak berkurta, mungkin pelajar-pelajar universiti dan anak-anak muda yang biasa tinggal di bandar. Ada anak-anak yang kecil usia sekolah rendah, pagi ke sekolah dengan baju lengkap uniform, pulang ke rumah tukar kepada baju kurta tradisi.


Solat di sini meriah. Masjid berdekatan antara satu dengan lain, dalam jarak kurang 1km. Kadang-kadang waktu solatnya berbeza antara satu masjid dengan yang lain. Namun dua atau tiga saf solat adalah mesti. Biasa, sama seperti Malaysia, kurang juga anak-anak belasan tahun. Namun bila solat jumaat baru terasa jumlah sebenar. Setiap masjid walau berdekatan tetap penuh.


Musim sejuk, buah-buahan citrus mudah dapat. Anggur, limau, epal. Limau oren diperah manual tanpa campuran air, tambah sedikit perasa, dihidang kepada pelanggan di tepi-tepi jalan.
Kedai chai (teh tarik) saja yang ada. Kedai makan secara rasmi tidak wujud. Ada yang melepak beberapa lama sambil sembang-sembang pagi di kedai chai.


Suatu pagi aku terserempak dengan unta yang tingginya hampir bangunan setingkat, dengan gelang kaki, dan rantaiu leher berloceng. berbunyi tiap kali melangkah.
Perempuan jarang kelihatan kecuali dengan sari yang digunakan sebagai kelubung seluruh badan, penuh manik. Ada juga kelibat wanita berpurdah hitam tapi tak semua.

di sini aku terasa suasana yang tak mungkin ada, di selainnya. Kot Addu.

Entah ke mana Allah akan hantar sahabat, zamir di sana nanti, seusai Ijtema Raiwind ini...

Semoga khair bersama tuan

Catitan IPB - India

Chi Sifat

Allah subhanahu wataala telah meletakkan kejayaan manusia di dunia dan di akhirat dalam agama Allah. Sekiranya kita mengamalkan agama dalam hidup maka kita akan berjaya. Sekiranya tidak kita akan gagal dunia dan akhirat.

Untuk mewujudkan agama yang sempurna, enam (6) perkara perlu ada dalam diri seseorang. Sekiranya sifat-sifat ini wujud dalam diri, InsyaAllah Allah akan memudahkan kita untuk mengamalkan agama yang sempurna.

Sifat yang pertama ialah iman. Lafaznya ialah Lailaha illa Allah (kalimah). yang harus diucapkan dengan lidah dan diikrarkan dengan hati. Iman seseorang boleh meningkat dan menurun. Sekiranya diusahakan maka iman akan meningkat. Apabila iman meningkat, maka perintah Allah dapat dilaksanakan. Sekiranya iman tidak diusahakan maka ia akan lemah. Apabila iman lemah maka perintah Allah sukar dilaksanakan dan sunnah Nabi akan keluar dari kehidupan kita.

Iman ini sangat tinggi nilainya. Semasa meninggal dunia, semua ahli keluarga dan harta benda akan ditinggalkan. Yang dibawa hanyalah iman dan amal soleh. Imanlah yang membantu kita dalam kubur,di Padang Mahsyar, ketika meniti Titian Sirath, dan menyelamatkan kita dari api neraka serta membawa kita ke syurga.Tanpa iman, amalan seseorang tidak diterima.

Iman perlu dipelajari, Umar r.a. berkata, "Kami belajar iman dahulu, baru belajar Al-Quran".

Untuk meningkatkan iman, perlu kepada tiga (3) usaha.

1. Ketika kita keluar di jalan Allah, (jumpa umat), hendaklah kita membicarakan tentang qudratullah, kekuatan Allah, dan Azmat Allah. Nyatakan bahawa hati telah berikrar dengan kalimah. Harusnya kita dakwahkan ini dengan niat belajar.
2. Oleh kerana 24 jam kita bersama makhluk, maka kerugian dan faedah dari makhluk telah memberi kesan. Untuk itu, apa yang dilihat dan didengar, haruslah diingkari (dinafikan) dengan hati.
3. Berdoa kepada Allah, agar iman selamat dan supaya mendapat hakikat iman yang hakiki, serta dapat mati dalam iman. Sekiranya kita mati tanpa iman, maka akan dibangunkan tanpa iman juga. Haruslah kita berdoa kepada Allah, keadaannya seperti seorang miskin meminta sedekah untuk anaknya yang berhari-hari tidak makan. Betapa lagi untuk iman.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah rasanya lama sangat tak menulis. banyak sangat perkara yang tak mampu dikongsi di sini. Masa setahun bukanlah terlalu pendek untuk dimuat dalam sebuah karangan. Meniti hari-hari sebagai guru ganti, menikmati waktu-waktu mujahadah di Tanah Hind, berkongsi hidup sebagai orang kampung bersama ibu tercinta, dan kini, aku di sini,

Kisah Tidak Benar... menanti komen .

Zaiton mula tersenyum bila aku mula menyebut kisah-kisah dulu, ala-ala orang yang feeling begitu. Dia tak marah, cuma kisah itu tak pernah sekali keluar secara auto dari lidah manisnya.

Malam itu, kami tinggalkan Ilyas, Ilyasa’, dan Isa di rumah Kak Ngah. Alasanku biar mereka mengenal saudara. Hakikatnya kami memang bercadang lebih awal ke lokasi dating yang sesuai, mengimbau zaman silam kata orang. Alhamdulillah perhubungan kami bermula selepas nikah, namun masih ada kisah sebelum nikah dilulus syarak.

Seingat aku, akulah yang memulakan langkah pertama dulu. Meminang. Atau merisik? Mungkin aku masih belum matang. Ada juga niat berkahwin awal. Hakikatnya bila difikirkan kembali, aku masih belum bersedia sebenarnya. Aku punya tugasan yang fix sebagai pelajar tahun akhir. Banyak perkara aku tangguhkan untuk itu. Jadi di mana harus kutetapkan tarikh tunang dan nikah dalam keadaan sesibuk itu. Aku tersenyum mengingatnya.

Sengaja aku ingatkan Zaiton kisah itu, sekadar bualan kosong kami malam itu. Cahaya suram lampu jalan Pekan Lumut seakan buat kami semakin asyik. Dari jauh terpandang kelibat muda-mudi bercanda di malam larut. Sebagai manusia yang diajar dan diexpose sifat-sifat daie, ada juga rasa kasihan aku dengan cara pergaulan bebas mereka. Anak-anak luar nikah semakin rancak menambah bilang, dan aku masih di sini, memegang erat lengan Zaiton, lenganku dibuat bantal pengalas.

Lantas aku memula biacara.
~ Zaiton, agak-agak kalau abang kahwin awal dulu, macamana ya?
~Abang.....
~Kenapa?
~Emmmm, takde apa-apa.
~Sayang ready? Yelah mungkin dulu alasan abah tak izin alasan yang kuat, tapi bagi pihak Sayang agak-agak macamana?
~Entahlah abang. Sayang rasa ok je.
~Owh,kalau anak-anak kita nak kahwin awal, serentak?
~Erkkkkk....
Bualan kami terhenti. Aku lihat Zaiton mula menguntum senyum. Manis sungguh, nasib baik di tempat awam, detik hatiku, sambil tersenyum lebar buat balasan.

~abang, bila anak-anak kita dah besar nanti, sayang nak perangai mereka persis abang. Boleh?
~kenapa sayang?
~sebab, abang lucu, pandai ambil hati saya. Errr..walaupun kadang-kadang abang serius macam syeikh Arab. Hiii….iiii
~abang tahu, apa sebab sayang tekad mahu menikahi abang dulu?
~abang boleh teka, tapi abang nak sayang yang beritahu. Apa dia sayang?
~Sebab…..sebab..sebab…..rahsia!huhuhuu..
~Eeeee…geramnya, abang. Cepat beritahu..
~Sebab, kawan-kawan kata muka kita seiras. Hiii..iii
~Sebab tuje?
~Banyak lagi sebab, tapi tu antaranya. Lagipun muka abang manis, sayang jadi redup tengok bila abang senyum. Lagi-lagi, tang janggut tu. Ha ha ha.
Emmm…kuat ye angin disini. Boleh x, kita balik saja abang, jadi rindu pula dengan anak-anak. Kita sambung dating dengan mereka yea?Boleh?Haa, musang berjanggut sayang?Wekkk..
Hassan membalas kembali usikan isterinya itu, ~Wekkkkkk~dan mereka bersama ketawa..
Banyak perkara yang menjadi modal zaiton untuk mengusik suami kesayangannya. Dari zaman daranya, hingga selepas kelahiran puteranya. Baginya, cintanya pada anak-anak, tidaklah melebihi cintanya pada suami. Iyalah, jika tiada suaminya, manakan datangnya zuriat bertiga itu??
~perbualan mereka diakhiri dengan Hassan mencubit manja pipi tembam kesayangannya, dan mereka berpimpin tangan menuju ke kereta~

                                                                                       ~TAMAT~

Followers