Zaiton mula tersenyum bila aku mula menyebut
kisah-kisah dulu, ala-ala orang yang feeling begitu. Dia tak marah, cuma kisah
itu tak pernah sekali keluar secara auto dari lidah manisnya.
Malam itu, kami tinggalkan Ilyas, Ilyasa’, dan
Isa di rumah Kak Ngah. Alasanku biar mereka mengenal saudara. Hakikatnya kami
memang bercadang lebih awal ke lokasi dating yang sesuai, mengimbau zaman silam
kata orang. Alhamdulillah perhubungan kami bermula selepas nikah, namun masih
ada kisah sebelum nikah dilulus syarak.
Seingat aku, akulah yang memulakan langkah
pertama dulu. Meminang. Atau merisik? Mungkin aku masih belum matang. Ada juga
niat berkahwin awal. Hakikatnya bila difikirkan kembali, aku masih belum
bersedia sebenarnya. Aku punya tugasan yang fix sebagai pelajar tahun akhir.
Banyak perkara aku tangguhkan untuk itu. Jadi di mana harus kutetapkan tarikh
tunang dan nikah dalam keadaan sesibuk itu. Aku tersenyum mengingatnya.
Sengaja aku ingatkan Zaiton kisah itu, sekadar
bualan kosong kami malam itu. Cahaya suram lampu jalan Pekan Lumut seakan buat
kami semakin asyik. Dari jauh terpandang kelibat muda-mudi bercanda di malam
larut. Sebagai manusia yang diajar dan diexpose sifat-sifat daie, ada juga rasa
kasihan aku dengan cara pergaulan bebas mereka. Anak-anak luar nikah semakin
rancak menambah bilang, dan aku masih di sini, memegang erat lengan Zaiton,
lenganku dibuat bantal pengalas.
Lantas aku memula biacara.
~ Zaiton, agak-agak kalau abang kahwin awal
dulu, macamana ya?
~Abang.....
~Kenapa?
~Emmmm, takde apa-apa.
~Sayang ready? Yelah mungkin dulu alasan abah
tak izin alasan yang kuat, tapi bagi pihak Sayang agak-agak macamana?
~Entahlah abang. Sayang rasa ok je.
~Owh,kalau anak-anak kita nak kahwin awal,
serentak?
~Erkkkkk....
Bualan kami terhenti. Aku lihat Zaiton mula
menguntum senyum. Manis sungguh, nasib baik di tempat awam, detik hatiku,
sambil tersenyum lebar buat balasan.
~abang, bila anak-anak
kita dah besar nanti, sayang nak perangai mereka persis abang. Boleh?
~kenapa sayang?
~sebab, abang lucu, pandai
ambil hati saya. Errr..walaupun kadang-kadang abang serius macam syeikh Arab.
Hiii….iiii
~abang tahu, apa sebab
sayang tekad mahu menikahi abang dulu?
~abang boleh teka, tapi
abang nak sayang yang beritahu. Apa dia sayang?
~Sebab…..sebab..sebab…..rahsia!huhuhuu..
~Eeeee…geramnya, abang.
Cepat beritahu..
~Sebab, kawan-kawan kata
muka kita seiras. Hiii..iii
~Sebab tuje?
~Banyak lagi sebab, tapi
tu antaranya. Lagipun muka abang manis, sayang jadi redup tengok bila abang
senyum. Lagi-lagi, tang janggut tu. Ha ha ha.
Emmm…kuat ye angin
disini. Boleh x, kita balik saja abang, jadi rindu pula dengan anak-anak. Kita
sambung dating dengan mereka yea?Boleh?Haa, musang berjanggut sayang?Wekkk..
Hassan membalas kembali
usikan isterinya itu, ~Wekkkkkk~dan mereka bersama ketawa..
Banyak perkara yang
menjadi modal zaiton untuk mengusik suami kesayangannya. Dari zaman daranya,
hingga selepas kelahiran puteranya. Baginya, cintanya pada anak-anak, tidaklah
melebihi cintanya pada suami. Iyalah, jika tiada suaminya, manakan datangnya
zuriat bertiga itu??
~perbualan mereka
diakhiri dengan Hassan mencubit manja pipi tembam kesayangannya, dan mereka
berpimpin tangan menuju ke kereta~
~TAMAT~
3 comments:
dengan ini saya berhajat nak komen pada kisah di atas :-
1) - bagaimana jika tajuk kisah ini diberi nama sebagai 'Kisah Kehidupan Karkun & Karkunah'... ?...hiks!
2) - kenapa skrip dari "~abang, bila anak-anak kita dah besar nanti....bla..bla" hingga "~perbualan mereka diakhiri dengan Hassan mencubit ....bla..bla" tu warnanya macam taknak beri orang lain baca. haha! terkeluar biji mata nak baca tau. cis!
3) - kisah ini sangat romantis. cewah!. sekian.
1. errrr, boleh jugak. nanti pertimbangkan
2. sebab malas nak edit dari words
3. memang hehe...
Mmm.. keromantika itu tiba2 terbantut kerana si isteri tiba2 mengajak pulang.. :)
Post a Comment