Renungan buat Diri


Alhamdulillah,. kesibukan melanda aku hingga belum sempat update apa-apa dalam blog ni. Terjumap satu artikel,yang kiranya baik dibaca khususnya diri yang menaip ini. Tuan penulis,(Hilal Asyraf~ Langit Ilahi)kiranya anda terbaca blog ini,mohon halalkan. Sebelum itu,nak promo sikit,

Tarikh: 5 Mac 2010
Tempat: Dewan Utama USMKK
Masa: 8.30 malam
Tajuk: Ceramah Perdana Al-Quran & Sains
Penceramah: Dr Nasoha Bin Saabin

Jemput satu Malaysia!!


Dunia remaja dan alam dewasa memang mencabar,penuh dengan kisah-kisah menarik yang bakal jadi kenangan sepanjang zaman. Yang pasti bak kata orang,life is come in package,sad,happy, loneliness, ect..ect.. Yang pasti,kita redha semua ketentuan taqdir. Dan ujian-ujian dalam hidup,kiranya ia boleh menjauhkan diri dengan Allah,sentiasalah berharap agar dia mengampuni dan sentiasa berdoa agar termasuk dlaam golongan yang sabar dan bertaubat.. Amiin,InsyaAllah.

______________________________________________________________________
Perkongsian: Dia budak agama,dia pergi usrah,dia pakai tudung labuh...

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?

Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?

Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.

Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu

Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.

Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.

Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita?

Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?

Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.

Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?

Yakni tegur, dan pimpin mereka.

Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.

Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?

Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?

Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.

2. Dia mati.

3. Matahari terbit dari barat.

4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.

Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-tidak-mahu-fikir-fasal-cinta-adakah-patut/

Ihfazillah,Yahfazka



Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Banyak perkara yang nak dikongsikan untuk post kali ini,tapi bila yang di ingat tidak ditulis,ia kan pergi tanpa rasa.Indahnya dunia bila dirasakan,betullah mafhum hadith Nabi SAW, dunia itu hijau dan manis, sehinggakan manusia lupa akan tanggungjawabnya. Benarkah apa yang kita lakukan setiap masa,menurut landasan yang diperintah Allah dan menurut garisan Nabi SAW. YA Allah,betapa ramai manusia yang merasakan apa yang dilakukannya betul,sedngkan pada hakikatnya sedang mengundang murka Al-Khaliq.

Betapa ramai manusia yang gagal membaca kitab Allah. Ramai lagi manusia yang enggan mengetahui terjemahan kitab Allah,ramai pula yang enggan mengetahui terjemahan kitab Allah, dan ramai lagi manusia yang enggan menurut perintah Allah. Ya Allah,berapa ramai sangat manusia yang mampu memahami kehendak Mu dari sekalian firman-firman itu. Ya Allah, berapa pula yang sanggup memegang perintah Mu dengan sungguh-sungguh. Melainkan dengan taufiq-hidayahMu Ya Rabb!

Jagalah Allah dengan Aqidah yang benar,moga hatimu terpaut dengan keindahan cahaya Kasih-RahimNya. Pelajarilah dan amalkan hukum-hakam agama yang benar,moga aku dan kalian kekal dalam cahaya rahmatNya. Lembutkan hatimu dengan manusia dan berlemahlah dalam menyeru mereka.

Ya Allah,kiranya ada dalam amalanku yang kurasakan benar,tetapi slaah disisiMu,maka perbetulkan lah Ya Allah.Terimalah taubatku Ya Allah, Rahmatilah aku dengan cahaya CintaMu Y Allah. Tabahkan hatiku dalam menempuh liku-liku hidup ini Ya Rabb Al-Izzati.

Kami berdoa padaMu Ya Allah,agar kekal hati ini di LandasanMu.

Tutuplah kebaikanmu,kerana kebaikan itu jika dirahsiakan pasti akan tersebar meskipun puas kau rahsiakan. Tutuplah aibmu,kerana ia pasti akan terbongkar melainkan dengan kehendakNya,kerana aib itu pasti akan terbuka melainkan siapa yang dirahsiakan oleh Allah ~ mafhum Hadith

"Setiap ummatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang menampak-nampakkan - kejahatannya sendiri. Sesungguhnya setengah dari cara menampakkan - keburukan sendiri - itu ialah jikalau seseorang melakukan sesuatu perbuatan di waktu malam, kemudian berpagi-pagi, sedangkan Allah telah menutupi keburukannya itu, tiba-tiba ia berkata - paginya itu: "Hai Fulan, saya tadi malam melakukan demikian, demikian." Orang itu semalam-malaman telah ditutupi oleh Allah celanya, tetapi pagi-pagi ia membukatutup Allah yang diberikan kepadanya itu." (Muttafaq 'alaih)

Sama-samalah aku dan kalian,jagalah Allah dan jagalah dirimu. Elakkan diri dengan berbangga dengan kebaikanmu,dan berbangga-bangga dengan dosa-dosamu. Moga Allah menerima amalan daku dan kalian,dan merahsiakan serta mengampunkan dosa-dosa serta aib aku dan kalian.

amiin

Wallahua’lam

p/s: sebak bila menulis. Ya Allah,RahmatMu sungguh Luas, hidupkan daku dlaam kehidupan penuh rahmatMu,matikan aku dalam RahmatMu,dan bangkitkan aku dlaam kasih sayang dan pengampunanMu,dan mudahkan hisabku,dan mudahkan aku bertemu dalam keadaan aku redha padaMu dan Kau redha padaku

Pelik dengan Satu Ceramah

Alhamdulillah...

Hamba tonton satu video ceramah seorang ustaz dari seorang blogger. Alhamdulillah,Ustaz ni memang hamba admired the most,..tapi apa yang dikatakan beliau boleh lah difikir-fikirkan.

Video tersebut dan link kepadanya tidak dapat disertakan disini,atas alasan menjaga sensitiviti dan rasa hormat kepada ustaz. Jika Ustaz terbaca blog ini,dan yakin ia dari lidah ustaz,harap ampunkan saya,dan halalkan ilmu-ilmu ustaz,Wallahua'lam.

Ustaz ni berkata, manusia-manusia yang keluar jalan Allah telah dipandu oleh sebuah karangan seorang Maulana Muhammad Haslam dalam Bahasa Arab(harap siapa yang ada salinan boleh rujuk), dengan isinya

1.jangan belajar banyak-banyak. sebab itu kata ustaz,ramai manusia-manusia yang khuruj ni sering buat kesalahan asas dalam ibadat,khususnya solat. Ada pula so-called karkun yang lari jika ada ceramah agama.

2.jangan terlibat politik ; dengan katanya kitab itu menerangkan politik adalah haram!! dikaitkan dengan British.

3.jangan larang orang buat mungkar. ustaz keluarkan ayat-ayat berkaitan nahi-mungkar

Wallahua'lam. Carilah ustaz-ustaz yang sahih untuk rujuk,jika ini antara sebab anda tidak keluar bersama jemaah so-called tabligh.

komen saya,(untuk saya)

1. Alhamdulillah,saya usahakan ilmu dengan hadiri majlis-majlis ilmu,kalau terpaksa tinggalkan majlis mungkin kerana ada kelas atau hal-hal penting lain. Dan rekod karkun-karkun Kelantan,akan duduk lebih rapat dengan ustaz berbanding jemaah surau lain. Alhamdulillah,rahmat tuhan buat orang yang dalam hatinya da harga agama.

2. Di Pakistan ada markas-markas yang melahirkan mujahideen untuk bantu perjuanagn mengalahkan penjajah kuffaar di Afghan :P ..( bukan fakta,rujuk pada yang arif)

3. Saya tak terlibat dengan mana-mana politik berunsur politik Yahudi
...:P

Walhamdulillah, dah azan Isyak.

Wassalam

Tahniah Dr Zambry,Ir Nizar Teruskan Perjuangan


Assalamualaikum...

Mahkamah Persekutuan hari ini , 9 Februari 2010 , sebulat suara memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak yang sah . Tahniah diucapkan , semoga DS Zambry bertindak sebagai menteri besar yang menjaga kepentingan rakyat , bukan politik semata-mata . Ir. Nizar yang tidak berjaya mendapatkan kembali kerusi MB diharap teruskan perjuangan , kerana perjuangan Islam itu tidak pernah kalah .

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/124001

Kronologi krisis politik Perak :

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/123990

Lihat Harakahdaily , Muslimeen United , Malaysia Today , The Malaaysian Insider .

SMiLe4aLL

http://hafizfillah.blogspot.com

Jemaah Palestin di Masjid Kubang Kerian!!!


Insya ALlah hari ini akan ada jhor

Tarikh: 6 Jan 2009/ 21 Safar 1431
Masa: Selepas Asar (430pm - 530pm)
Tempat : Masjid As-Sultan,Kubang Kerian Kelantan

target: semua umat Islam, khususnya yang berbahasa Arab

Dimanakah mereka yang selalu melaungkan supaya kita memperjuangkan Palestin??? Hari ini 6 februari 2010 rakyat Palestin sendiri telah hadir di Masjid Kubang Kerian dan mereka akan luahkan kepada kita apa yang mereka perlukan selapas solat Asar di Masjid Sultan Ismal Kubang Kerian ... lets grab this chance!!!


Teknik Berfikir

Alhamdulillah

Teknik berfikir ikut tasawuf..

(insya Allah kalau silap tegur deh)

Kisah 1

Hari ini mamat jumpa perempuan tak bertudung,sexy habisss!! baju branded ketat,tak cakap seluar jeans ikut shape,fuh!! lalu beliau ada dua option untuk difikirkan dalam fikiran

I: Ya ALlah,berdosanya perempuan ni... apa la,dah tunjuk kat orang..
habis la seribu orang lelaki dapat dosa sebab mu seorang..
ish...

II: Ya Allah,kasihan perempuan ni. Ya ALlah berilah hidayat kepada beliau..

moral: perempuan tersebut berdosa kerana amalan beliau,tetapi beliau tetap Umat Nabi yang perlu dikasihankan.
benci amalan (buka aurat) tersebut, sekurang-kurangnya dengan hati. Itulah selemah-lemah iman...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah 2

Semalam minah jumpa seorang budak tabligh pakai jubah dan serban,full white..
siap kain burdah lagi. Pendek kata Full Sunnah la,lalu beliau ada dua option untuk difikirkan dalam fikiran

I: Ya ALlah,baiknya mamat nih.. siap ada janggut lagi,fuh..
ni leh masuk meminang ni, :-)

II: Ya ALlah, Engkau izinkan beliau amal sunnah Nabi,berkatkanlah beliau atas usaha yang tersebut. Aku juga azam untuk amalkan sunnah yang diajar oleh Nabi S.a.w.

moral: mamat yang berpakaian sunnah tersebut berpakaian tersebut bukanlah kerana kekuatan beliau,sebaliknya dengan izin Allah s.w.t. Yang mulia bukan beliau tetapi sunnah yang terletak pada tubuhnya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah suka pada orang yang bersangka baik. Sama-samalah kita menjaga hati dan fikiran. jangan digelar-gelar seseorang denagn gelaran yang tidak sepatutnya,kerana apa yang ada diluarannya.
Elakkan membuka aib orang lain dan aib diri-sendiri. Rahsiakanlah ,dan jagalah.


Kuharap Cinta

Alhamdulillah...

layan nasyid jiwang jap...

Kuharap Cinta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Ku harap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai

Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi
Tiada balasan
Yang ada hanyalah alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah persoalan
Di manakah kejujuran
Di manakah ketulusan/keikhlasan
Di manakah keikhlasan/ketulusan
Di manakah kejujuran/keikhlasan

Kerana Tuhan
Hanya mahukan
Kejujuran keikhlasan
CINTA.......

* elok kurangkan dengar bunyi-bunyian dan lagu-lagu.
*perbanyakkan zikir.

Followers