Dakwatuna ~ Dakwah Kami II


Alhamdulillah...

Assalamualaikum, ada yang mengatakan jihad fi-sabilillah adalah berperang dan terbunuh atau membunuh di jalan Allah/ kerana agama Allah. Namun tidak dinafikan terdapat ramai ulamak telah menafsirkan kalimah jihad fi-sabilillah dengan dakwah, malah ada juga mengaitkan jihad dengan ekonomi. Maaf tentang ini mungkin saya tersilap. Begitupun banyka penafsiran jihad, tidak dapat tidak kalimah jihad ini telah ditafsirkan sebagai memegang panji-panji agama Allah dan menyebarkannya.Sila rujuk pakar tentang ini. Forum-forum berbahasa Inggeris sama ada oleh rakyat Amerika, Britain, mahupun rakyat benua Indo-Pak sendiri (yang rata2 boleh berbahasa Inggeris lebih baik dari orang Malaysia), banyak berbicara tentang salah faham Fadhail A'amal, dalil-dalil keluar 3 hari, 40 hari dan seterusnya, dan sebagainya. Berbelas tahun agaknya mereka telah menerima suatu solusi di mana tiada lagi persoalan tanpa jawapan tentang amal-amal dalam jemaah, sebelum ada yang memulakan isu yang sama di nusantara,khususnya Malaysia.

Berhati2lah dengan golongan yang suka menyalah2kan, sebaiknya bagi kita jadilah orang yang mengkaji dan bersangka dengan sangkaan baik, tanpa menghukum semberono. Begitupun saya percaya ia dalam jumlah yang kecil. Masih ramai yang suka cuma belum lagi bersedia kerana yang mengajaknya sedang sibuk menulis blog,owh... Istighfar.. ..

Di sini di lampirkan beberapa hadith dalam bahasa Inggeris, InsyaAllah jika berkesempatan saya akan terjemahkan dlaam bahasa Melayu di entry akan datang... dengan terjemahan bebas...

Prophecy number 1.
Holy Prophet (PBUH) Told Hazrat Abu Huraira (RA):
"From the Umat (Followers of Islam currently) there will be a rise of Battalions from Sindh (Indus) and Hind (Sub-continent). If I got opportunity to be part of such a movement and if I martyred then it is good, if I returned alive I will be like free Abu Huraira who is freed from Hell by Allah".

Prophecy number 2:
Holy Prophet (PBUH) Told Hazrat Suban (RA):
"Two groups in my Umma will be freed by Allah from hell fire, One which will conquer India and the other which will be with Hazrat Esa (AS)."

Prophecy number 3:
Holy Prophet (PBUH) Discussed India with Hazrat Abu Huraira (RA) and told that:
"One of your Battalion will fight in India, Allah will give success to them to the level that they (Mujahideen) will enchain their (Hindus) rulers with clutches, and Allah will forgive sins of these warriors and when they return they will find Hazrat Esa (AS) in Damascus."
Hazrat Abu Huraira (AS) said:
"If i had opportunity to participate in this war then i will sell all of my old and new belongings and will participate. When Allah will give us success and when we will return i will be an independent Abu Huraira who will come to Damascus and will find Hazrat Esa (AS). O my Holy Prophet (PBUH) i will have very strong desire at that time to got to him and tell him that i am your companion."

Prophecy number 4:
Hazrat Kaab (RA) said that Holy Prophet (PBUH) said that:
"One of the Kings of Bait-ul-Muqadas will launch Battalion to India. Muslims will conquer India, capture their treasures, then King will use these treasures to decorate Bait-ul-Muqadas. That Battalion will present the rulers of India enchained with clutches in front of King. His warriors with permission of King will conquer all the area between east and west and will stay in India will the arrival of Dajjal."

Prophecy number 5:
This prophecy narrated by Hazrat Safwan Bin Umru (RA) is Marfoh in the level . He said that some people told him that Holy Prophet (PBUH) said that
"Some people from My Umma will fight India. Allah will give them great success till they will enchain the rulers of India in clutches, Allah will forgive sins of these Mujahideen and when they will return Damascus they will find Hazrat Esa (AS) there".

Wallahualam. Tak dapat disertakan takhrij hadith,.. Sila rujuk kepada yang pakar tentang itu,. Dan, sila ambil perkataan Jihad/fight sebagai khuruj fi sabilillah atau keluar dakwah di jalan Allah untuk sampaiakan apa yang saya maksudkan...

Wassalam

Dakwatuna ~ Dakwah Kami.


Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Entah beberapa entry sebelum ni banyak bercerita tentang dakwah. Pasal "khuruj", "masthuraat", dan terkadang copy-paste yang dah jadi adat biasa seorang bloggers. :-) . Dakwah ni jarang ditulis, walaupun ada yang menulis untk dakwah. Dakwah yang sebenar bukanlah sekadar di jari, kerana kesan yang sudah diketahui umum tak sama dengan dakwah secara berdepan. Jadi dakwah yang diistilahkan di sini bukan dakwah internet, dakwah Facebook, dakwah artikel, dakwah chatting atau dakwah webcam, sebaliknya dakwah dengan pengorbanan nafsu,keluar dari bilik dan rumah, dan mengajak dengan lidah lembut Italicdan wajah yang bersih. Dakwah sebegini metodnya jarang ditulis dan penulisan2 tentangnya jarang didapati dalam media-media cetak mungkin berasalankan ia lebih sesuai diketahui secara terus. Jadi di sini dibawakan satu penulisan tentang jawapan seorang "ustaz" tentang Tabligh dan tabligh.

APAKAH TABLIGH SEBENARNYA?

Soalan;
Yang dikatakan TABLIGH tu apa sebenarnya?
Pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?
Pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?

JAWAPAN

Jawapannya bergantung kepada apa yang anda maksudkan. Ini kerana perkataan itu anda tulis "TABLIGH" bukannya "Tabligh" atau "tabligh". Maka saya kekurangan maklumat. Tambahan pula saya Insan Dhaif yang tidak mampu membaca pemikiran manusia lain.

Perbincangan dalam artikel yang anda baca di atas berkisar tentang "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas.
Kalau "Tabligh" yang tuan maksudkan adalah "Jemaah Tabligh" yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas,maka penerangannya adalah seperti di bawah:

Pengasasnya Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944)

Lahir dan membesar
di Kandhla, India.
Antara gurunya Maulana Rashid Ahmad Gungohi, Maulana Khalil Ahmad,Shah Abdul Rahman Raipuri & Maulana Ashraf Ali Thanawi.

1908 memasuki Darul Ulum, Deoband. Belajar hadith daripada Syeikh al-Hind Maulana Mahmudul Hassan.


Tabligh bermula di daerah Mewat.

Maulana membuka madrasah di Mewat tetapi kurang sambutan menyebabkan dia mengubah taktik dengan menumpukan kepada usaha dakwah.

Selepas abangnyaMuhammad yahya meninggal, pusat gerakannya berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamudin.
New Delhi.

Semasa hidupnya, Jemaah Tabligh masih terbatas di
India.

Anaknya Muhammad Yusuf Kandahlawi berjaya menyebarkan Jemaah Tabligh ke luar
India.

Pimpinan bertukar ke pada cucunya Muhammad In'amul Hassan Kandahlawi bersama Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-0Kandahlawi yang terkenal itu.

(* Dipetik daripada tulisan saya tentang Jemaah Tabligh)


Kalau pertanyaan anda memaksudkan perkataan “tabligh”. Maka salah satu maknanya yang masyhur ialah “menyampaikan”.


Ada
pelbagai lagi pemahaman tentang “Tabligh”. Antaranya ketika Laskar Jihad hendak berangkat ke Ambon untuk menentang kezaliman penganut agama Kristian di sana, pemimpin mereka (* kalau tak silap saya Jaafar Umar Talib/ Taib) menyampaikan pesanan terakhir yang dinamakan “Tabligh Akbar”.

Soalan anda:

“yang di katakan TABLIGH tu apa sebenarnya?”
”pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?”
”pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?”


Saya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati kerana tidak tahu “Tabligh” apa yang anda maksudkan.
Maka saya berusaha membantu kerana Allah dengan cara di bawah. Semoga ada manfaatnya walaupun sedikit.

Pertama, saya andaikan anda maksudkan Jemaah Tabligh.


“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” itu bukan Jemaah Tabligh, namun jemaah tersebut memang menjadikan itu salah satu daripada usaha dakwah mereka, dan ayat yang lebih tepat berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”… tanpa perkataan “je ke”.


“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” juga bukan Jemaah Tabligh namun jemaah ini memang menjadikan pelajaran untuk keluar berdakwah sama ada 3 hari, 40 hari, 4 bulan atau seumur hidup dan sebagainya salah satu daripada usaha dakwah mereka. Kegiatan mereka juga tidak terhad di surau saja tetapi juga masjid dan tempat-tempat lain jika tiada tempat khusus untuk melaungkan azan.


TAMAT bahagian ini.


Kalau anda maksudkan erti perkataan “tabligh” yang membawa maksud “menyampaikan”, maka jawapannya seperti di bawah pula:


“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” bukan tabligh iaitu “menyampaikan”, tapi ia boleh jadi tabligh iaitu menyampaikan jika ayatnya berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”- ini memang tabligh.


“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” bukan tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau saja-saja pergi duduk/ melepak, namun ia boleh menjadi tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau perdi duduk di sana dengan niat untuk mengambil pelajaran. Ehwal ini lebih dikenali sebagai “bertabligh untuk diri sendiri” atau “menyampaikan keagamaan untuk diri sendiri”.


Setakat itu saja yang mampu saya bantu berdasarkan soalan anda. Harap ribuan maaf jika tidak mampu memuaskan hati. Banyak forum agama di ruang maya internet ini,
cuba anda minta pandangan ribuan umat Islam di sana untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik tentang TABLIGH yang anda maksudkan.

“SOALAN YANG JELAS MEMUNGKINKAN JAWAPAN YANG JELAS”


Wallahualam.


Alexanderwathern

JAN 2007

SUMBER;


Make Bejuruh II




Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Sambungan make bejuruh atau bahasa standardnya makan beradab betertibkan sunnah Nabi. Semoga kita diberi taufiq untuk diterjemahkan dalam bentuk amalan.

7. Mengutip makanan yang jatuh dan melicinkan pinggan/talam makan


Dari Anas رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم itu apabila makan sesuatu makanan, maka beliau menjilati jari-jarinya yang tiga buah - yang digunakan untuk makan yakni ibu jari, telunjuk dan tengah - dan beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka singkirkanlah kotoran-kotoran yang menempel di situ, selanjutnya hendaklah memakannya dan janganlah ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan."

Beliau صلی الله عليه وسلم juga menyuruh kepada kita supaya kita mengusap piring - lalu memakan sekali jikalau ada makanan yang ada di situ -dan beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah
terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)



8. Bacaan Basmalah dan Hamdalah


Dari Hudzaifah رضي الله عنه, katanya: "Kita semua itu apabila mendatangi makanan bersama Rasululiah صلی الله عليه وسلم, maka kita tidak akan meletakkan tangan-tangan kita lebih dulu sebelum Rasulullah صلی الله عليه وسلم memulainya, lalu beliau meletakkan tangannya. Sesungguhnya kita semua pernah mendatangi makanan pada suatu ketika bersama beliau صلی الله عليه وسلم, lalu datanglah seorang jariah - wanita, mungkin seorang hamba sahaya atau seorang merdeka, seolah-olah ia dijorokkan - karena amat cepat jalannya, lalu ia maju untuk meletakkan tangannya pada makanan, kemudian Rasululiah صلی الله عليه وسلم mengambil tangannya - dilarang makan dulu.

Seterusnya datang pulalah seorang A'rab - penghuni pedalaman negeri Arab, seolah-olah ia dijorokkan, lalu tangannya diambil pula oleh beliau صلی الله عليه وسلم Setelah itu Rasululiah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mencari halalnya makanan itu apabila tidak disebutkan nama Allah Ta'ala atasnya - yakni tidak dibacakan Bismillah lebih dulu. Sebenarnya syaitan itu datang dengan membawa jariah ini untuk mencari halalnya makanan ini baginya, tetapi saya telah mengambil - yakni menahan - tangannya. Kemudian datang pulalah syaitan tadi dengan membawa orang A'rab ini untuk mencari halalnya makanan ini baginya, lalu saya ambil pula tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya tangan syaitan itu ada di dalam genggaman tanganku int bersama kedua tangan orang yang kupegang ini."

Sesudah itu beliau صلی الله عليه وسلم menyebutkan nama Allah Ta'ala - yakni membaca Bismillah - lalu makan." (Riwayat Muslim)

Walahualam.. Wassalam

Followers