Cinta Tuhan.

Padang bola USM Kubang Kerian. Bola, ragbi, kriket, semua bantai main kat sini. Saiz 4 padang bola sepak. :P

Tengahari yang damai. Terasa tenang melihat padang yang sergam hijaunya. Teringat Adam, hadith-hadith Nabi saw yang berulang kali menyebut warna itu. Angin setia menyinggah pipi. Hari ini awan menyepi diri, entah ke mana. Matahari tersenyum riang, bermain-main di lapang dunia bersama sang angin. Pohon-pohon melenggang mengikut rentak tari sang angin. Ahhhhh, indah sungguh suasana petang.

Kedamaian zikir sang angin, buat Adam disapa kantuk. Masih ada kerja yang belum di-submit, dikekang matanya dengan daya yang masih ada. “InsyaAllah boleh siap ni”, semangat buat diri. Bagi Adam, kata-kata baik diucapkan di lidah, buat mengental azam. Tahun akhir di universiti bukan suatu perkara main-main. Adam harus tegas dengan diri, dipukul jiwanya dengan motivasi-motivasi agar jiwa tegar melalui dugaan-dugaan merintang.

Yusri masih seperti itu, tersenyum melihat handphone. Kadang-kadang nota di sisinya dibaca dengan suara kuat, teknik belajar katanya. Ya memang hasilnya cukup baik. Yusri kekal di carta teratas saban peperiksaan. Lihat lagak Yusri yang selalu bertuah, Adam teringat Yusri KRU. Heh, lalu tersenyum sendirian.

“Lama Zainab tak online, Adam?”, Yusri bersuara. Adam dan Yusri bukan orang lain lagi, mereka cukup rapat dan kadang-kadang ada rahsia yang mereka kongsi bersama. Susah senang, si Adam lah tempat Yusri meminta bantuan. Bila payah, Yusri lah tempat Adam mengadu.

“Heh, mana kau tahu?”, Adam jawab, nada segan menjawab.

“ Hah, aku tahulah. Berapa lama kau kenal aku Yop? Baru semalam?,hehe. Sabar-sabar. Perempuan memang macam tu”, Yusri menyambung, seakan mengerti situasi Adam dan Zainab.

“ Takdelah.. Okay je, musim exam”,Balas Adam.

Bukan semua rahsia Adam dikongsi dengan Yusri, terutama hal Zainab. Cuma untung Yusri cukup ambil berat hal Adam. Kenal sangat apa-apa yang berlaku dengan rakan sebiliknya itu. Adam kekal di depan laptop, sambil mengedit-edit lembaran kerja tugasan yang perlu di-print dan di-submit ketika hari itu juga, sempat juga Adam buka Google Chrome lalu matanya tajam melihat senarai online di sisi kanan Facebook. Yahoo Mesenger jadi rujukan kedua, kalau-kalau Zainab sedang online. Adam mendengus, melepaskan sisa-sisa karbon dioksida dari ruang peparu, yang tadinya seakan tersumbat mencari jalan bebas. Jantung Adam mendegup perlahan, meraikan datangnya eritrosit berisi oksigen buat bekalan sel-sel di tubuh.

“Hahahahaha, lawak la kau Adam!”, sindir Yusri.


Tempat rehat tepi padang, best angin sepoi-sepoi pantai timur!

Lalu Adam membuka Word 2010, ditaipnya beberapa bait sajak buat pereda hati bujang yang kian bingung mencari jalan tenang.

Hujung sana,

Aku lihat burung-burung berterbang, berkawan.

Riang amat, biar wajah tak menguntum senyum,

Tapi sang burung menyanyi cukup riang.

Teringat aku firman tuhan,sabdaan Nabi junjungan,

~Langit yang tujuh dan Bumi serta sekalian makhluk yanga da padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan dengan memujiNya.akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar , lagi Maha Pengampun. Al-Israa[44]~

Sedang aku masih leka dengan cinta manusia,

Ah,bila pula aku menyentuh tasbih,mengucap kata zikir?

Biar aku begini, kekal Dia membekaliku rezki dari arah yang aku sendiri kagum takjub,

Berehatlah wahai puteri ayahanda,

Carilah cinta tuhan sebaiknya,

Dan itu layak buatku, juga buatmu.

Tuhan merindukan kita.

Pelukan tuhan buat yang berlari kepadanya,

Dia mencintai kita, lebih dari cinta kita.

Dia menyayangi kita, dan selalu cemburu melihat kita melalaikannya.

Wahai tuhan, terimalah kami, dan kekallah kami dalam lindunganMu,

Terimalah cinta kami Ya Rabbi,

....................................................................................

Lalu, jari Adam kaku.

Padang hijau ditenung sepuasnya. Dadanya sebak.

p/s: tiada istilah cinta Islamik!

p/s: Adam tiada kaitan dengan Ustaz Adam,:P

p/s: Doakan saya, exam finale.

p/s: Syoknya Nikah Gantung!,hehe

15 comments:

~fam~ said...

Tuhan merindukan kita.

Pelukan tuhan buat yang berlari kepadanya,

Dia mencintai kita, lebih dari cinta kita.

Dia menyayangi kita, dan selalu cemburu melihat kita melalaikannya.

Wahai tuhan, terimalah kami, dan kekallah kami dalam lindnganMu,

*****indah!

fuad ansari said...

moga adam dan zainab akan bersatu di bawah lindungan rahmat Allah swt...

nikah gantung juga barang mungkin jalan penyelesaian yg baik buat adam dan zainab.. (",)

Ismi Ijmi said...

Antikapel :p

abg fuad: amiiin, semoga Adam dan Zainab sentiasa diberi pertolongan Allah meniti hari2 mendatang. usah patah balik sudah.
nikah gantung, emmm, abg fuad kene direct cakap kat si Adam kot .mungkin dia boleh consider guane2.hehe.

ukhti,mardhiah said...

Silence is a girl's loudest cry. If she is speechless, her heart is too tired for words.

Adam...adam..apalah dia dh buat sampai zainab terasa hati tu kn..

نور توفيقة ادريس said...

:)

Allah sentiasa dengan orang yang bersabar, bersabar keranaNya..

"Take good care of Allah, Allah will take good care of you."
(Hadith 19)

Ismi Ijmi said...

Ukhti mardhiah:
emmm, apa tu? tak tahu! (:p)

Kak Pqa:
Ihfazillah, yahfazka.. :-)

durrahnur said...
This comment has been removed by the author.
durrahnur said...
This comment has been removed by the author.
Ismi Ijmi said...

durrahnur:
Zainab duk seronok menikmati cinta tuhan. lenggang2 kaki. tak perlu fikir apa2..hee.

durrahnur said...

oh..yeke?xpe2...bereh doh tuuu..:)

Aishah Nur Hakim said...

selamat exam :)


design madrasah kat atas tu, di mana?

cinta tak salah
cara bercinta yang selalu salah.

hahah.


okebai.

Ismi Ijmi said...

wanie?..hehe

kak aishah : setuju!.tentang madrasah tu, sila rujuk url.

Menusuk Hati said...

moga berjaya bukan sahaja untuk exam tapi untuk dunia dan akhirat.InsyaAllah..beza cinta islamik dengan cinta konvensional,islamik guna tudung labuh dan kopiah,guna hadis dan ayat quran untuk mengorat,konvensional pakai sebaliknya,guna ayat manis untuk mengorat

Mindaberbisa said...

Ingatan cinta akhirnya memberi rumusan kepada ALLAH jua.

Bintu Salman said...

Cinta Tuhan. Itulah cinta yang hakiki dan abadi.

Followers