Bangunlah, dan Berilah Azam


Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(Al Mujaadila- 11)

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Alhamdulillah. Assalamualaikum. Protokol biasa, setiap entry disertai dengan Alhamdulillah, dan sedikit ayat Al-Quran dan hadith. Semoga yang menulis ni tidakterlepas dari pengampunan Allah kiranya ada kesalahan dalam setiap yang ditaip. Dan InsyaAllah tersemat dalam hati bahawa apa yang ditaip pasti akan disoal. Sebelum apa2, baik diterangkan bahawa si pemilik blog bukan manusia sempurna. Hanya Allah tahu siapa diri ni. Cuma teringin punya blog yang andai
tidak mampu beri petunjuk buat orang lain,cukuplah sekadar peringatan dan nasihat buat diri yang dhaif ini.

Ayat di atas diberi oleh encik Huszaimi, sefikir, seagama, dan sesesese lagi, melalui saluran ym. berikut adalah tafsir diambil dan diterjemah secara bebas dari Salafiy DB. Mohon dibetulkan jika ada kesilaapn dalam penterjemahan. Sila rujuk dengan mendownload sendiri salafiy DB. Jazakallahukhair.



Adab-adab Dalam Majlis Ilmu

Allah mengajar hamba2nya adab-adab yang baik danmemerintah mereka (kita) untuk bersikap baik antara satu dengan yang lain apabila duduk dalam sesuatu majlis,

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ

(Wahai orang2 yang beriman! apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis",)

فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.) Dan lagi, ganjaran akan diberikan berdasarkan jenis tindakan. Dalam sebuah hadith, Nabi saw bersabda,

«مَنْ بَنَىىِللهِ مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة»

(Sesiapa yang membina sebuah masjid untuk Allah, Allah membina baginya sebuah istana dalam syurga.) Dalam sebuah lagi hadith yang lain, Nabi saw bersabda,

«وَمَنْ يَسَّرَ عَلى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْاخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه»

(Dia yang membantu kesusahan seseorang yang dilanda musibah,maka Allah akan membantunya dalam musibah2 dalam kehidupannya dan kehidupan akhirat. Dan sungguh,Allah pasti membantu hambaNya selagi hambaNya itu membantu saudaranya.) Banyak lagi hadith semaksud dengan hadith tadi. Inilah tujuan mengapa Allah azza wajall menyebut,

فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.)

Qatadah telah menyebut, "Ayat ini diturunkan tentang perhimounan/perkumpulan manusia di sesuatu tempat di mana nama Allah disebut/diingati. Apabila seseorang datang untuk menyertai majlis Nabi saw, sebahagian sahabat akan mengelak untuk memberi ruang kepada yang baru datang,supaya mereka tidak kehilangan tempat. Namun Allah telah memerintahkan mereka untuk memberi ruang (melapangkan) dan memberi ruang supaya setiap mereka dapat ruang masing2.''

Tentang ini Imam Ahmad dan Imam Ash-Shafi`i telah menitipkan `Abdullah bin `Umar berkata yang Rasulullah saw bersabda,

«لَا يُقِمِ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ فَيَجْلِسَ فِيهِ، وَلَكِنْ تَفَسَّحُوا وَتَوَسَّعُوا»

(Seseorang tidak perlu mengubah seseorang dari tempatnya dan duduk pula di tempat dia tadi,sebaliknya berlapabng2lah dan beri ruang.)Hadith ini diriwayatkan dalam dua kitab sahih.

Imam Ahmad meriwayatkan yang Abu Hurayrah berkata Nabi saw bersabda,

«لَا يُقِمِ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ ثُمَّ يَجْلِسُ فِيهِ، وَلَكِنِ افْسَحُوا يَفْسَحِ اللهُ لَكُم»

(Seorang lelaki tidak sepatutnya mengeluarkan seseorang dari tempatnya lalu duduk pula di tempat itu. Sebaliknya lapangkanlah (majlis) dan beri ruang, Allah akan memberi ruang buatmu.) Imam Ahmad juga meriwayatkan hadith ini dengan lafaz:

«لَا يَقُومُ الرَّجُلُ لِلرَّجُلِ مِنْ مَجْلِسِهِ، وَلَكِنِ افْسَحُوا يَفْسَحِ اللهُ لَكُم»

(Seorang lelaki tidak harus meninggalkan tempatnya untuk orang lain, sebaliknya lapangkan dan beri ruang, kemudian Allah akan memberi kamu ruang)''

Telah diriwayatkan bahawa Ibn `Abbas, Al-Hasan Al-Basri dan lain2 telah berkata:

إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(Apabila dikatakan kepada kamu untuk memberi ruang dalam perhimpunan, maka berilah ruang. Allah akan memberi kamu ruang.) bermaksuid perhimpunan dalam jihad,

dan seterusnya ayat,

وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ

(ADan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah,) bermaksud, "Bangun untuk berjihad.''

Qatadah berkata

وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ

(Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah,) bermaksud, "Apabila kamu diseru untuk apa-apa jenis amal kebaikan,maka berilah tanda keazaman/respond"

Kata saya~~~

Ayat ini menerangkan dua perkara.

  1. Sahabat duduk rapat2 dan sedekat mungkin denagn Rasulullah dalam majlis Nabi saw. Ia diaplikasikan dalam semua majlis mengingati Allah terutama bayan di mana2 markas. Namun dalam keghairahan mereka menelaah sabdaan Nabi kadang2 sehingga ada adab yang perlu dibetulkan melalui ayat Allah ini supaya membri ruag kepada yang baru sampai. Bayangkan bagaimana majlis taklim dan tausyiah waktu hidup Nabi saw.
  2. Ayat memberi penerangan kepada kita tentang harusnya untuk berdiri sebagai tanda azam apabila diseru kepada sesuatu kebaikan. Ia diaplikasikan di setiap bayan. Kadang2 ada yang malas nak berdiri semata2 low-profile dan sebagainya, namun ayat adalah sebaliknya apa yang difikirkan. Tersebut dalam kisah sahabat, jika ada pekerjaa agama yang dibentangkan kepada sahabat2, maka yang sedia untuk menyambutnya akan bediri dan menzahirkan niatnya.Lepas ni bolehlah beri untuk bagi nama masa tasykil ya!

InsyaAllah sambungan....

6 comments:

Norsha said...

Alhamdulillah.......dapat satu ilmu baru hari ini.......
nice sharing.......betullah talib, kita buat blog bukan
utk tunjukkan kita terer, tapi kita nk share dgn org lain
sesuatu yg baik yg boleh bg manfaat kat semua org. Nak ckp di dunia
nyata, mungkin tk kuat mana, so bila tulis blog ada org baca,
moga2 sapa yg baca dpt manfaat, yg tulis pun dapat amal, yer dok?

Bijen M. said...

Betul tu kak Norsha.
Betul!
Ke ke ke!

Husaini said...

masya Allah..
dah lame sy jumpe ayat nih..
tp tafsir dan kupasan die x sempat nk cari lagi..
jazakallah atas perkongsian...
=)

Peluncur Islam said...

subhanallah

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum

Kak Norsha: tq sebab sudi beri pernyataan yang agak panjang lebar.

Bijen: kat India nanti jangan curi2 gi CC ye,heh

Husaini: yup, SalafyDB banyak membantu. InsyaALlah authenticate. cuma xtau die amik tafsir apa. Ada mention nama Imam Qatadah kan

Peluncur Islam: tq kepada En Huszaimi,hehe

Wafi said...

insyaAllah..

Followers