Aku, 40h dan Kuching.

Alhamdulillah

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:103;1-3)

Alhamdulillah. Masa yang berlalu macam terlalu laju. Agaknya lagi laju dari pesawat yang menghentam WTC suatu ketika dulu, yang sejarahnya ibarat diulang2 kembali media Amrik, malah lagi laju dari pecutan yang perlu dek sebuah spaceship nak melawan graviti. Mungkin kerana andaian2 ni, Einstein menyimpulkan masa dan cahaya. Tiada yang selaju cahaya di dunia sains lening. Fiksyen2 sains mula propa mengatakan bila kita berjaya melepasi kelajuan cahaya, kita mampu kembali ke masa lepas. Teori mengarut, kononnya masa boleh diubah. Macam tengok (baca = dengar) kartun Futurama pulak. Isi penting perenggan ni ialah masa terlalu cepat berjalan. Masa mencemburui kita? kata sesetengah orang.

Pejam celik (ulang 2x), dah hampir 2 bulan aku meninggalkan Tanah Borneo. Macam semalam baru aku berdoa mohon ampun andai ada dosa aku di tanah tu. Kini aku di seberang. Biar ia dekat, tapi bukan tanah yang sama. Ingat juga aku masa berdoa agar jadikan Tanah Broneo saksikan kedatanganku dengan membawa panji dakwah, membawa niat besar meninggikan kalimah Allah,dan keberangkatan ku dari pulau besar itu denagn keredhaan Allah beserta penghuninya. Entry bukan untuk claim jemaah kami jemaah terbaik pernah sampai ke Pulau Borneo, tapi sekadar berkongsi pengalaman andai ada antara pembaca,khususnya lelaki2 ada niat nak berziarah saudara di sana atas maksud dakwah.

Sebenarnya rancangan kami ke Tanah Borneo bukan suatu keputusan mudah. Mesyuarat dan taskil dibuat awal 6 bulan. Tafakut 4 bulan sebelum berangkat. Faktornya, ada antara kami yang sedia untuk khuruj selepas Latihan Industri, dan ada pula yang belum tamat semester. Jadi tarikh diputus dan dihantar ke Sri Petaling. Azamnya ke Bumi Sabah, belajar usaha dari karkun2 Josh di sana, dengarnya. Tapi cukup puas hati bila diputuskan ke Bandar Kuching. Asalkan jauh ke seberang. Aku dah berpesan kepada beberapa ahli jemaah, jika aku mati di sini, tanamkan aku dimana aku mati. Sekadar belajar dari kisah para Nabi, dimakamkan di mana mereka wafat. InsyaAllah diterima Allah.

Tiket taklah berapa mahal sangat, sebab kami beli 2 bulan awal. Masih dalam promotion. Allah belum pilih untuk korban yang besar2 lagi agaknya.

Selesai musyaqqah masing2, kami semua berjanji untuk bertemu semula di Masjid Bandar Baru Sri Petaling. Agak kecewa, apakan daya, beberapa jemaah yang ditaskil dan sudahpun tafakut dan beli tiket, tiba2 menarik diri saat akhir,. Mungkin salah aku tidak mendoakan penerimaan setiap ahli jemaah. Apapun agak sukar sedikit buat orang tempatan kawasan kampus kami merangkap amir sab sementara jemaah yang belum sempurna ni. Aku lupa orang tanggungjawab markas yang bantu kami cukupkan jemaah. Walhasil, jemaah kami terbentuk sempurna dan diputuskan seminggu dalam kawasan markas Sri Petaling, Puncak Alam. Fasa 3. Pernah sampai tak? Kawasan baru, tapi sudah ada usaha sejak beberapa lama. Dengarnya hampir 50 orang lelaki pernah khuruj sekurang2nya 3h. Wallahua'lam.

Selesai taskil seminggu, kami kembali ke markas sehari awal sebelum flite. Persediaan katanya. Adalah ceritanya lagi,macam2. Bak kata seorang jurnalis Nat Geo, "Anda menonton hasil yang siap dan sempurna, tapi sebenarnya di belakang hasil yang sempurna untuk ditonton ada seribu satu kisah kepayahan dan kegagalan dalam menghasilkannya". Samalah macam entry ni, InsyaAllah ceritanya baik2 ajja~ loghat filem melayu lama.

Pendek ceritanya ,dek menunggu flight jam 7.00am,kami dah sampai dan menginap sementara di lobi menunggu Airasia sejak tengah malam lagi,. Adalah ceritanya yang tak berapa best dibaca. Tapi ada moral value:
1 jaga harta anda sebaik mungkin.
2 jaga iman dan amal ketika di lobi. cadangan baca taklim
3 ikut perintah amir sab
4 sentiasa berjalan berteman di airport, dengan kebenaran amir sab.macam2 boleh berlaku
5 pendek kata 4 perkara yang perlu diperbanyakkan sangat la perlu diperbanyakkan, terutama bila 1st tyme di airport (macam saya)

Antara pesan amir sab, sentiasa perbetulkan niat. Kita naik flite bukan untuk seronok2 atau saja suka2, atau bila balik kampung nanti boleh bagitau pada orang kampung "saya dah naik belon (kapal terbang ~ loghat swak)" dan sebagainya. Tapi niatkan hanya kepada Allah. Buat kerja agama Allah dan berkhidmat untuk Allah. Nak keluar jauh2 atas maksud cari redha Allah dsbgnya.

Naik flite 1st tyme agak ketar juga., tapi bak kata salah sorang ahli jemaah, bila keluar jalan Allah, jangan takut mati jalan Allah. InsyaAllah syurga saja balasannya (tolaktambah begitulah katanya). Aku jadi lebih berani sikit. Awan kumulunimbus pun rasanya banyak kena langgar melalui rasa getar2 dan pemerhatian ke luar tingkap. Hatiku mula berzikir.....

~~~~~~~~

part ni, hamba Allah tertidur sebelum sampai ke Airport Kuching. InsyaAllah bila bangun nanti sambung kendian.

p/s: karkuzari belum bermula....

Wassalam



10 comments:

Hidayatullah said...

hari tu saya doa jugak utk pegi sarawak.. tp Allah pilih saya pegi sabah.. kalau nk bce karkuzari 40h sabah br2 nh..silalah ke blog sy.. sian org2 sane..moga dgn asbab penulisan saya Allah bg tuan2 semangat utk pergi ke sana

Norsha said...

berbahagialah anak2 muda yg sentiasa mengorbankan masa utk agama....moga Allah terima pengorbanan anda dan mereka yg melakukannya.......

nam said...

Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah permudahkan. Nnt citer la ttg usaha di sana. :D

Ismi Ijmi said...

Hidayat:

jzkk sudi berkunjung ke blog hamba faqir ilallah nih. Selamat jd kawan FB jugak! nnt baca.

Kak Norsha:

Bukan cikgu norsha ke? xpa2, kakak saya plg tuan umurnya dah 39 thn. anak muda ni kdg2 niatnya lari, perlu org lebih berumur supaya kekal istiqamah.baru sempurna insyaALlah.

Aslinda:

saya rasa lebih mudah guna nama. InsyaAllah. saya tulis atas permintaan Fiq Kofallah. tupun kena rujuk buku mesyuarat kami sepanjang 40h,yang saya bawa bersama. kenangan betul!

Bijen M. said...

Tak sabar nak dengar karkuzari lepas balik Sarawak dekat Sri Petaling.
Yang tang lepak kat mamak tu.
Kah kah kah!

Ismi Ijmi said...

Haaaa, ada la tu nanti.
ada orang belanja makan.
ada org bagi perfume India.
ada org bagi tasbih.
ada org .....
hehe. oklah nnt citer jugak.
sok present case LI.
harap sume doakan!!

nam said...

fiq kofallah? kuar sarawak same2 ker?

Ismi Ijmi said...

eh taklah.

Hr tu Fiq Kofallah equest ana untuk karkuzari di blog.

maaf,sambungan seterusnya agfak ambil masa.

nam said...

ok2. nnt ada masa bru sambung tulis.

:-)

CS said...

salam,
menunggu karkuzari spenuhnya..hmm part naik kpl terbang tu akk fhm..walau bknla 1st tyme, tp sgtlah...Alhamdulillah zikir sgt membantu~

*akk pn sdg memikir utk menulis karkuzari..tp agk lemah utk mengarang skrg ni..rasanya,tggu d org request, if xde, kongsi sj di medium yg lain-

Followers