Dalam kesibukan
Hehe, sajak sikit,... lama tak bersajak.
Andai kuperlu memilih,
akan kupilih yang cantik namun sederhana,
kekal mendengar kata,
taat perbuatan,lembut pada tutur bicara,
Andai kuharus memilih,
pasti kucari yang mulia,
sopan dan santun penghias rupa,
berjaga dalam akhlaknya.
Andai bisa lagi ku memilih,
akan kudapatkan yang bersungguh dia,
dalam agama, dalam keluarga,
dalam amalan kepada tuhan dan muamalat sesama manusia.
Engkau yang kupilih,
maafkan ku, jika nanti aku ada memaksa,
taatlah aku sebagai seorang penjaga,
maafkan khilafku kerana aku juga manusia,
Engkau yang kupilih,
kuharap tugasanmu guru, penjaga,
kepada anak dan harta,
sebagai penyuntik semngat berjuang di jalannya.
Dia ... entah siapa
ku harap yang setia,
yang benar2 mencinta,
kerana tuhannya,
bertemu semula InsyaAllah di "sana"
Dia,...
bersedia, kerana aku bukan yang biasa kau temui,
tugas, tanggunganku kepada agama,
pekerjaanku untuk hidayat atas keluarga.
Entah siapa,
tangan lembutnya bakal menyejukkan hati seorang suami,
bibir mulusnya bergerak membentuk hati,
seorang anak menjadi wali,
menjadi a'lim yang disegani penduduk akhirat,
andai bisa juga alam duniawi...
-kalau aku nak kawin 4,kene taskil 10 orang supaya kawin 4 jugak, akhirnya selamatlah 44 orang anak dara dari menjadi andartu sekiranya taskil aku berjaya, setujoo???-
~~~ credit untuk Bijan NotaSiku~~~
Kahwin lepas khuruj 4Bulan InsyaAllah
5 comments:
Wah wah wah.
Aku tau hang nak tasykil siapa buat bini.
La la la la.
kikiki...
semapt lagi komen...
takpe aku berundur dari perebutan,hihi...
setujuuu!!
Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..hehe
barakallah,
bukan mudah nak jumpa lelaki berjiwa besar yang sanggup memikul tanggungjawab beristeri empat.
kalau mampu dunia akhirat, silalah dengan hormat
:)
salam,
-aishah-
cik aishah okay ke?
hehe
Post a Comment