Assalamualaikum.
Semalam Alhamdulillah diizin Allah hadhir ke majlis Halaqah Ilmiah; salah satu program di Masjid Murni,USMKK. Dengan tajuk "Aku Dibius Cinta" bukan satu tarikan pada saya, tapi untuk meraikan kedatangan orang alim ke kampus dan menghormatinya, maka paksa2 la diri ke sana.
Alhamdulillah ustaz* tak berapa sentuh soal cinta sebaliknya lebih bersifat ilmiah, dan minat la saya mendengarnya. Ada la conteng-conteng sikit di buku nota untuk rujukan kemudian hari.
Tapi yang lebih terkesan dengan sebuah cerita di akhir-akhir ketika ustaz nak menamatkan kuliah.
InsyaAllah cerita ni akan ditulis semula sebaik mungkin, tapi janganlah anggap ni authentic sebab ia bersumber dari mulut ke tangan. Nak tau lagi usaha cari sendiri dan try tanya mana-mana ustaz,kemudian minta saya edit entry ni ya! Thanx in advance....
Kisah Perkahwinan Anak Perempuan Said bin Musayyab.
Said bin Al-Musayyib adalah salah seorang perawi hadith yang masyhur. Beliau amat dikenali di zamannya, sehingga khalifah ketika itu juga amat mengenalinya. Ditaqdirkan Allah, si-perawi ini dikurniakan seorang puteri.
Khalifah ketika itu lantas meminang puteri Said untuk dikahwinkan dengan putera khalifah. Maka Said bin Al-Musayyib pun meminta khalifah untuk memberi jawapan pada masa ketika tertentu yang akan datang.
Maka Saad bin Al-Musayyib pun melakukan Solat Istikharah untuk memohon petunjuk. Sela masa tertentu, maka si-perawi ini mendapat alamat bahawa bakal suami kepada puterinya bukanlah putera sang khalifah,sebaliknya adalah salah seorang murid yang miskin yang sering datang ke kuliah-kuliah agama Saad Al-Musayyib.
Lantas esoknya Saad bin Al-Musayyib pun mencari-mencari muridnya itu dalam majlisnya. Dengan izin Allah muridnya itu tidak hadhir hampir seminggu. Saad lantas bertemu muridnya itu dan bertanya alasan menghilangnya murid tersebut hari-hari sebelumnya. Murid menjawab dia kematian baru kematian isteri dan terpaksa menyempurnakan pengkafanan dan pengebumian isterinya itu tanpa bantuan kerana kemiskinannya.
Entah mengapa tanpa diketahui muridnya itu, Saad menawarkan puterinya untuk dikahwinkan dengan muridnya itu. Murid itu terkejut dan tergamam kerana umum mengetahui puteri gurunya itu sudah dipinang khalifah untuk puteranya. Maka apalah dia dibanding seorang putera khalifah. Maka dia balik dalam kebingungan dan menanggap ia sekadar gurauan.
Esoknya si-guru bertanya kesediaan si-murid untuk berkahwin pada hari itu. Maka dengan rasa pelik dan nada bergurau ia menjawab yang ia sudah bersedia. Saad lantas menikahkan beserta ijab dan qabul,maka sah-lah perkahwinan tersebut. Murid tersebut mula bertambah kebingungan kerana masih menganggap ia sekadar gurauan.
Pulang dia ke rumah sambil berfikir-fikir yang ia telah menerima nikah tersebut dan perkahwinan itu adalah sah, maka ia lebih bertambah bingung. Saad pula pelik mengapa si-murid tidak mengambil anaknya untuk dibawa pulang.
Petang menjelma, Saad bin Al-Musayyib membawa puterinya ke rumah muridnya. Murid itu mula malu manakala ibu si-murid pula berdebar-debar. Ini kerana umum mengetahui pinangan si-khalifah. Sambil ibu si-murid melayan tetamunya itu, Saad meminta supaya muridnya mengumumkan perkahwinan tersebut di atas bumbung rumah supaya tidak timbul fitnah.
Selesai, si-murid mula bertanya mengapa Saad mengahwinkan anaknya itu dengannya. Saad menjawab,
puteriku itu dididik dengan penuh teliti, dengan ajaran agama yang sempurna. sekiranya aku mengahwinkan dia dengan putera khalifah, maka pastinya pakaian suaminya dibasuh dayang-dayang, makanan dimasak dayang-dayang dan yang berkhidmat dengannya ialah dayang-dayang, maka di manakah ruang anakku berkhidmat dengan suaminya?
aku kahwinkan denganmu supaya dia boleh berkhidmat kepadamu, memasak, membasuh, mengemas rumah. supaya lebih banyak masa untukmu beribadah, lebih banyak masamu untuk mengkaji agama,maka anakku untukmuE.N.D.
p/s: cerita ni buat aku terpegun.... Selamat membaca...
p/s: dengan sikit edit,.. authentication is needed.
9 comments:
fuh, dasyat la tn...
doakan sy ye..
InsyaAllah...
sama2,hehe
suri rumah.......................
november zulu
sejarah menyebut kisah isteri2 yang mulia tugas mereka di rumah.
Aishah,Mashitah, Asmah isteri Firaun, Fathimah Az-Zahra,
maka jika ingin jadi seorang muslimah secara optimum, bercita2 lah jadi suri rumah...
seperti berjayanya harimau dalam citer madagascar bila masuk hutan,dok kat bandar w/pon femes tetap nampak tak sesuai..
:-)
nak kawen...haaha
nak kawen dah ke?
Wahhh.
Serius nice!
Thanks for sharing.
Sharing is caring.
Caring is loving.
Ha ha ha.
haha, nice kan..
memang time ustaz citer aku tak pandang lain,
sebab citer cambest.
nak tgk video kat wall FB aku.
"maka jika ingin jadi seorang muslimah secara optimum, bercita2 lah jadi suri rumah..."
kadang orang memandang rendah pada mereka yang bercita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa...
Post a Comment