Assalamualaikum
Tadi terbaca blog FakirFikir tentang menulis di blog. Saya memang suka menaip, walaupun kadang2 panjang,kadang2 pendek. Dan ada pulak kadang2 guna ganti diri "aku" dan kadang2 juga "saya" atau "ana".
Mungkin betul kata orang,
nak kenal seseorang, bacalah penulisannya
pernah dengar ke orang kata camni???hehe
Saya pula suka bertukar2 style pakaian. Dan InsyaAllah pakaian sunah kerana Allah terutama ketika solat. Tapi baju ke kelas ikut musim,kadang2 baju t-shirt, kadang2 kemeja berkolar, kadang2 round-neck. Ada plak mood nak pakai baju raihan.
Jadi begitulah kalau perasan tulisan di blog ni bukan yang copy paste maka berubahlah akan ia menurut kemahuan penulisnya. Dulu ada juga bercita2 nak hantar karya2 sajak ke majalah pelajar yang dulu suka beli. Tak ingat tajuk majalah tu, lama dah tak tengok. Sebab Cikgu2 BM komited ajar BM, macam kami ni nak jadi sasterawan,hah apa2lah. Tapi inilah hasilnya, student suka wat blog sebab nak hantar karya ke majalah lambat pulak publish.
Takpelah, trimas FakirFikir sebab bagi idea.
Tapi apa2pun buat sesuatu kena ada matlamat, prinsip.
Kalau terbaca kat side bawah sekali blog ni,
tentang blog ini, tiada apa yang sangat menarik. dibina atas dasar memperingatkan diri kepada tuhan,dan bonus kalau terkesan pada yang lain.
Jadi saya menulis sekadar untuk diri sendiri. Bercakap dengan diri sendiri. Eh,untuk bloggers,kalau saya ada bercakap dengan selain saya, gi la ke blog FakirFikir, best juga luahan dia.
Penghargaan kepada RakanBlog sebab meningkatkan traffic blog ni secara sangat cemerlang. Tidak dilupakan bloggers2 cam Bijen~NotadiSiku, Abang Ziarah76, Hamka~ KeretaMayat dan sahabat Kapten Mukmin . Taktik nak tingkatkan traffic senang je, jadi earliest commenter blog2 famous dan bagi la komen tu best2 ckit, agak2 ramai la yang cari blog kita kat profile (aku tau la sebab aku pun tenet stalker,hihi)
No comments:
Post a Comment