Maher Zain, Kedatangan Anda Dialu-alukan

Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Seperti biasa blog ni masih lagi berkisar tentang permasalahan yang punya banyak pendapat sekiranya bukan copy paste . Sebelum ni banyak post saya berkenaan tajuk2 yang dibincangkan di Voice of Islam VOI (yahoogroup islamy salafy USMKK). Tapi kali ini terselit satu penulisan tentang satu permasalahan yang agak rumit dibincangkan, dan semestinya ada banyak pendapat,bergantung pada pengetahuan dan pengalaman seseorang.

Saya mengunjungi sebuah blog yang saya kenali ketika hangatnya kisah sebuah iklan TV3 memaparkan unsur2 kristian dalam babak2nya, yang setiap update blog tersebut diketahui melalui link di blog ini (lihat bawah kanan). Sebelum itu, bukanlah niat di hati untuk memburuk2kan blog dan penulisnya, sebaliknya sekadar memberi komen yang sedikit panjang lebar tentang entry post tersebut,jadi linknya saya adakan di sini. Tajuk ;

Sukar menerangkan sesuatu perkara kepada orang yang MALAS MEMBACA!

sedikit menjadikan saya curiosity, memandangkan saya sendiri seorang yang malas membaca kecuali beberapa ketika yang perlu. Mungkin ada tips2 tertentu yang boleh dikongsi oleh penulis.

Alangkah terkejut saya apabila yang ada hanyalah entry berkenaan komen tentang satu respon dari seorang pengguna Facebook (Al-Yahudiy) yang sedikit mengguris hati pembeli2 tiket Konsert Maher Zain. Dari itu saya terasa satu keperluan atas beberapa sebab untuk komen entry tersebut,
  1. Ia bukan satu perkara besar sehingga memalukan si pemberi respon di blog (walaupun namanya dipadamkan, mungkin ia masih boleh dikenali oleh sebahagian orang)
  2. Saya juga pengguna FB,cuma saya tidak mengaitkan FB dengan perkara serius,kerana sangat sedikit orang gunakan FB untuk perkara serius,selebihnya hanya untuk meluangkan masa dan cari benda2 lagha.
Jadi tidak semena2 satu komen di-post

"maaf mencelah.

bagi saya dalam beberapa hal dalam agama,kita kena berkeras dengan diri sendiri dan berlembut dengan orang lain.

terasa berani menyebut di sini, terlalu ramai ustaz2 yang menyebut2 tentang hal2 konsert2 ni... dan sebilangan besar mengatakan sama ada haram,makruh atau sia2.

bukan saya nak memperli, tapi sekadar perkongsian,.. entry2 syeikh sebelum ni agak menekan beberapa pihak,termasuk orang lain,tapi dalam hal yang menyukai nafsu berlembut pula.

memang nasyid medium dakwah,tapi untuk yang suka ke konsert lady gaga, atau gig2 metal rock boleh lah. saya ingatkan orang macam syeikh yang suka fatwa2 kan orang ni pun tidak sokong konsert.. hmmm,macam2 jenis orang.

dakwah ni macam2 cara, dan ikut u'ruf dan waqi' setempat. kalau nak wat konsert untuk pelajar pondok atas niat dakwah, saya orang pertama cakap ia menjurus kearah maksiat. kalau nak paksa orang yang biasa duk gi konsert untuk ke majlis2 zikr, macam tak sesuai.

kadang2 saya kesian pada perempuan yang lembut2, tudung labuh,laki2 yang biasa datang masjid,bagi takirah pu ke konsert. sedangkan,apa relevannya?


cik author membandingkan dengan orang2 yang ke konsert2 maksiat,.. sebenarnya ia macam menghalalkan yang haram. saya bagi pencerahan,kalau termampu, minum arak itu haram kan? tapi kalau ada orang buat arak yang tidak memabukkan? halal tak? lain la bagi orang yang memang tak boleh tinggalkan arak, jadi alternatif kene la dia beli arak yang tidak memabukkan dalam perjalanan menuju ke tak minum arak.

kes yang sama bila sebut politik, .. politik demokrasi, rajin baca pengasasnya? tapi sebahagian ulamak mengatakan wajib berpolitik demokrasi berparlimen, atas maslahat sebab tak ada jalan lain untuk ke parlimen(kekuasaan) melainkan demokrasi. politik nabi tiada demokrasi, keputusan mutlak ditangan amir.

jadi yang biasa ke surau, biasa tudung labuh, biasa bagi tazkirah... antum kena fikir balik. tengok balik dia (dalam FB) cakap untuk siapa,kalau bukan untuk yang datang masjid @ surau. yang ke konsert lady gaga entah2 surau dekat rumah pun tak pernah jejak..

wallahua'lam. saya fikir ia serius.

Assalamualaikum"

Saya sangka ia sudah mencukupi,rupanya memang sifat manusia yang suka berkhilaf, maka ada saja komen menyusul. Saya cukup teruja dengan komen seterusnya yang membawa dalil2 yang di-copy-paste- dari internet tentang taqrir (penyaksian nabi tanpa teguran~ salah satu yang boleh dijadikan dalil syar'ie) berkenaan harus bunyi2an. Namun cukup sedih ada pula yang mengambil taqrir ulamak yang lansung pada saya tidak boleh dijadikan dalil syariah yang sah. Berani saya katakan, saya berusaha dan berharap untuk menghormati semua ustaz-ustaz,guru-guru agama, dan ulama-ulama. Cuma bila ada tindakan yang bersalahan dengan pandangan yang diberikan beliau sebelumnya, atau mana-mana ustaz lain,maka perbuatannya perlu diteliti secara berhati2,. Prinsip seorang Islam beramal dengan ilmu, bukan ikut-ikutan. Tanya si pelaku sebelum bertindak mengikutnya.

Saya tidak menyebut dalam komen tentang pengharaman lagu,macam mana nak haram sedangkan saya sendiri seorang pendengar lagu Maher Zain,Zain Bikha, Ahmad Bukhatir dan beberapa penyanyi nasyid English lain. Dalam soal pengharaman yang tidak disebut oleh Al-Quran dan Hadith, maka tiada satu ulama akan berkata secara melulu berdasarkan pendapat sendiri dan kekuatan iman sendirii, sebab tu hukum feqah berubah mengikut zaman,suasana(waqi'), keperluan (maslahat), dan u'ruf setempat. Imam Al-Syafie sendiri ada qaul jadid dan qaul qadim. Apa yang saya sebut berkenaan lemahnya nasyid sebagai hiburan utama dalam Islam,sehingga sesiapa yang menentang nasyid dianggap kufur.

Contoh; Tahun lepas ayah benci mercun, maka tiada siapa yang akan beli mercun. Bulan lepas ayah nampak kami main mercun,tapi dia tunjuk muka marah. Pagi tadi kami selamber dek main mercun depan ayah, tapi muka dia tak nampak marah pun.

dalam contoh di atas, patut ke anak pergi minta ayah belikan mercun? atau kalau ayah tak belikan mercun maka ayah memang tak bertanggungjawab?

Saya rasa analogi di atas cukup ringkas tapi InsyaAllah boleh difahami. Begitu juga lagu-lagu, keharusan dalam lagu bukan bermakna ia kemestian. Ia cuma keringanan dalam agama sebagai pelengkap hidup dan pelayan nafsu ketika bosan berzikir dan beribadah, dan ia Fitrah manusia(ia disebut dalam kitab yang tidak dapat saya sertakan di sini, atas kelemahan saya). Keharusan ulama dalam hal mendengar lagu bukan menyebabkan ia menjadi satu perkara yang penting, sedangkan ia mengikut nafsu pada asasnya.

Tentang keharusan yang disebut dalam hadith ialah lagu2 yang dimainkan ketika walimah, yang ia diharuskan dan bukan disunatkan. Ulama seperti Habib Ali sendiri menyebut perkataan "tidak mengapa" iaitu ia bukan suatu kemestian,tetapi sesiapa yang ungin mengadakannya dipersilakan. Namun cukup menyedihkan bila ada yang memperlekehkan sesiapa yang tidak tahu perkembangan industri nasyid semasa sedangkan ia bukanlah suatu cabang pun dalam syariat,melainkan hanya wadah yang digunakan untuk satu cabang dalam syariat (dakwah). itupun bukanlah utama,kerana ia lebih kepada melayan nafsu ,mendengar.

Saya cukup terkilan apabila ada pula yang menyebut lagu2 sufi dan membandingkannya, sedangkan lagu2 sufi meskipun menggunakan alat-alatan muzik yang diharamkan sesetengah ulamak, ia masih menyebabkan air mata gugur,dan menambah kekhusyukan kepada zikir. Ia tidak terbanding dengan nasyid2 yang ada sekarang. Itupun penggunaan alatan tersebut masih diperbincangkan halal-haramnya (saya pegang hukum harus).


Sekali lagi saya tekankan komen saya bukan untuk semua,cuba lihat pada waqi' setempat dan hikmah dalam dakwah. Sekiranya anda rasa anda seorang yang sudah menikmati indahnya zikir dan bacaan al-quran,maka konsert bukan suatu keperluan. Sekiranya anda sudah bertudung labuh,sopan dalam percakapan, dan segan bergaul dengan bukan mahram, maka datang ke konsert lebih besar fitnahnya. Sekiranya anda ahli tazkirah, pemberi nasihat, naqib2 atau karkun2 strong, apa perlu lagi konsert? Bukankah sekarang ia sudah menjadi hiburan. Dan jangan samakan dakwah dengan hiburan! Perlu diketahui, seorang yang sentiasa istiqamah amalan, maka perlu berjaga2 dalam mencari hiburan yang sopan. Sebaliknya buat yang baru mengenali Islam, maka mungkin lagu2 merupakan dakwah yang sesuai.

Sedarlah wahai muslim, konsert; suatu protokol mendengar muzik ciptaan yahudi. Ia tiada asal dalam Islam. Apa lagi bila menganggu waktu solat, dan tugasan dakwah harian. Sekiranya bosan cukuplah file2 muzik di laptop jadi hiburan pada waktu yang sedikit. Ia bukanlah seruan, tetapi sekadar alternatif bagi yang sangat bosan, download saja nasyid2 dar internet. Syaikh Al-Afasy sendiri berNasyid!

Akhir kalam, bukan saya menegah membeli tiket untuk konsert tersebut,kerana ia masih dalam garis harus kalangan ulama (sebahagian). Yang sudah itu teruskan,kerana membazir itu jauh lebih dibenci dari perkara makruh. Cuma imbangkan entry kali ini dengan ilmu di dada anda. Biarlah konsert nasyid menjadi alternatif kepada gig2 metal rock dan konsert2 Lady Gaga dan Inul, daripada menjadi alternatif kepada tazkirah2,zikir2, dan bacaan2 Al-quran.

Wallahua'lam. Moga Allah beri saya keampunan dan kekuatan beramal.

p/s; saya peminat Maher Zain
p/s; saya juga download lagu dari internet 4shared

No comments:

Followers