Apa Hukum Baca Paper?

Assalamualaikum

Di samping mencopy-paste artikel untuk memperbanyak artikel islamiy di laman maya, saya juga suka menaip atas beberapa tajuk yang boleh dijadikan perkongsian.

Dalam usaha jemaah,banyak yang ditegur. Sebenarnya apa yang ditegur itu sendiri ada rasionalnya,walaupun ada yang berselisih pendapat. Ada seorang sahabat yang menyatakan bahawa menulis di blog sekadar merugikan masa dan menyonsang dari cara dakwah sebenar,malah mudah terperangkap dalam banyak kesalahan. Dan saya amat menyokongnya.Tapi kadang-kadang emosi melanyak rasional,... dan itu semua dah maklum. Jadi saya sedang berusaha untuk membaiki kelemahan ini. Apapun blog ini InsyaAllah akan dikurangkan mencarut ke"mengarutannya".

Merujuk kepada post entry Apa Yang Haram ada satu janji yang InsyaAllah akan diusahakan. Moga-moga bermanfaat.

"1.Lama dulu, ada seorang sahabat sampaikan dari kawannya, dari Maulana Saad Kadhalavi,
Maulana meminta kepada yang buat usaha agama, supaya elakkan baca surat khabar."

Nasihat untuk saya dan anda,.. (saya juga mengakuinya,.)dan nasihat ini InsyaAllah Allah beri hidayah taufiq kepada penulis untuk amal sebagaimana diperintahkan.

Bagi yang biasa dengan usaha jemaah, tentu ada yang keras dalam hal paper (surat khabar). Khususnya keluar 40h dan sebagainya, tiada sumber paper di masjid. Kes ini exclude masjid-masjid yang ada sponsor Berita Harian dari Gov. . Jadi bila tangguh dari tugas khuruj, dah kurang nafsu untuk menyelak paper berbanding menyentuh Al-Quran (InsyaAllah).

Ini point untuk kita fikir mulai hari ini untuk at least kurangkan pembacaan paper. Mungkin ada antaranya soalan untuk difikirkan;

1. Dalam paper ada berita yang tidak kekal; hari ini berita lain,esok berita lain. Jadi apa rasional tahu berita hari ini? adakah ia dapat membantu meningkatkan ekonomi umat (fikir dunia) atau menyelamatkan diri dari azab kubur dan akhirat? Bila tahu satu berita (contohnya artis bercerai~) mulalah mengumpat tanpa sedar

2. Paper menghidangkan kita kerosakan-kerosakan umat. Mungkin ini ada manfaat, tapi sejauh mana? Contoh; kalau kita test/exam dapat fail markah teruk, suka tak nak tengok markah depan bilik lecture. (selalunya kita dah tau markah snediri masa jawab soalan lagi...)

3. Dan ini paling penting. Setiap selakan mungkin ada iklan-iklan dan gambarnya gambar wanita-wanita terbuka sana sini. kalau tak sana-sini pun, mungkin tidak sempurna tutupan auratnya. Ingatlah wahai pemuda dan sekalian lelaki, setipa wanita bukan mahram adalah fitnah,walaupun mereka menutup sempurna(rujukan)

4. Ada banyak fitnah yang sekiranya kita terbaca, kita mungkin akan "tersebar" dan tanpa sedar kita mungkin "terfitnah" orang tanpa kita sedar.Cukuplah sebelum ni, moga-moga Allah beri saya kesedaran akan hal besar ni.

Rujuklah ulama-ulama tentang besarnya dosa lagha (point #1 & #2),dosa melihat aurat bukan mahram (#3) dan dosa umpat dan fitnah (#4).

Mungkin tak sedar, tapi inilah hakikatnya. Banyak lagi cara untuk hilangkan boring atau mengambil tahu keadaan semasa yang ada kaitan dengan kita.Saya bukanlah "syadid' sangat tentang ini,cuma apa yang termampu,cuba elakkan sebaiknya.

Wallahua'lam. Moga bermanfaat.

3 comments:

sayyidah nafisah said...

Assalamualaikom wr wb,
Alhamdulillah,jarang baca paper, kalau terdesak pun utk analisis atau kaji shj.Paper bukan sumber utama bcaan, tambah2 akhbar Pro kerajaan.Senak d buatnya.

Ismi Ijmi said...

memang dah lama tak baca paper,.tapi kadang-kadang muka depan menarik mata melirik sekejap.

Munir Kangsari said...

Bagi yang berminat dan penguasaan bahasa Inggeris agak bagus boleh bertukar ke bacaan alternatif macam The Majlis.

Boleh e-mail ke muftis@themajlis.net untuk mengetahui lebih lanjut cara langganan.

Followers