Kenapa Menengadahkan Tangan ke Langit Ketika Berdoa?

Salah satu ulama Al Azhar, Al Muhaddits Syeikh Ahmad bin Shiddiq Al Ghumari Al Maghribi (1380 H) telah menyebutkan alasan kenapa disyariatkan menengadahkan tangan ke langit saat berdoa. Dalam beliau, Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah (hal.61), beliau mengatakan,
”Jika ada yang mengatakan,’kalau Allah Ta’ala terbebas dari arah, lantas kenapa menengadahkan tangan ke langit saat berdoa?’”









Beliau menjawab pertanyaan itu dengan jawaban Imam At Thurthusi (529 H), ulama Malikiyah dari Iskandariyah, yang termaktub dalam Ithaf As Sadah Al Muttaqin, syarah Ihya Ulum Ad Din (5/34,35). Dalam jawaban itu, At Thurthusi memberikan dua jawaban:

Pertama:

Hal itu berkenaan dengan masalah ubudiyah, seperti menghadap kiblat saat melaksanakan shalat, dan meletakkan kening ke bumi saat sujud, yang juga mensucikan Allah dari tempat, baik itu Ka’bah maupun tempat sujud. Sehingga, seakan-akan langit merupakan kiblat saat berdoa.

Kedua :

Karena langit adalah tempat turunnya rizki, rahmat dan keberkahan, sebagaimana hujan turun dari langit ke bumi. Demikian pula, langit merupakan tempat para malaikat, dimana Allah memutuskan maka perintah itu tertuju kepada mereka, hingga mereka menurunkannya ke penduduk bumi. Ringkasnya, langit adalah tempat pelaksanaan keputusan, maka doa ditujukan ke langit.

Jawaban At Thurtusi di atas sejatinya merujuk kepada jawaban Al Qadhi Ibnu Qurai’ah (367 H), saat ditanya oleh Al Wazir Al Muhallabi (352 H), seorang menteri Baghdad yang amat dekat dengan para ulama. Dimana suatu saat Al Muhallabi menanyakan,

“Saya melihatmu menengadahkan tangan ke langit dan merendahkan kening ke bumi, di mana sebenarnya Dia (Allah Ta’ala)?

Ibnu Qurai’ah menjawab,

”Sesungguhnya kami menengadahkan tangan ke tempat-tempat turunnya rizki. Dan merendahkan kening-kening kami ke tempat berakhirnya jasad-jasad kami. Yang pertama untuk meminta rizki, yang ke dua untuk menghindari keburukan tempat kematian. Tidakkah engkau mendengar firman Allah Ta’ala (yang maknanya),”Dan di langit rizki kalian dan apa-apa yang dijanjikan.”
(Ad Dzariayat: 22). Dan Allah Ta’ala berfirman (yang maknanya),
”Darinya Kami ciptakan kalian, dan padanya Kami kembalikan kalian.”
(Thaha: 55).
_______________________
Dinukil dari Al Manhu Al Mathlubah fi Istihbabi Raf’i Al Yadaini fi Ad Du’a` ba’da As Shalawati Al Maktubah, Maktab Al Mathbu’at Al Islamiyah, cet 2 (2004) dengan tahqiq Syeikh Al Muhaddits Abdu Al Fattah Abu Ghuddah.Sumber : Http://almanar.wordpress.com

(p/s:copy paste tanpa sebarang ubahan)

Arab

Didalam kitab mukhtarul ahadits, disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, Cintailah bangsa arab karena tiga perkara, pertama : karena sesungguhnya aku (Rasulullah SAW) adalah orang arab, kedua : Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa arab, dan ketiga : bahasa penduduk sorga adalah bahasa arab. (HR. Ath Thabrani)..

Sumber majelisrasulullah@ yahoogroups. com , pengirim Muhamad Agus Syafrudin

Alhamdulillah...

Selalunya saya akan memasukkan potongan dan petikan dari Al-Quran dan Hadith di akhir tulisan,tapi kali ini mungkin sedikit berbeza. Hadith di atas diambil dari blog lain (rujuk link) . Dan hadith ini pernah saya baca di sebuah kitab lain.

Tradisi Arab Saudi

Alhamdulillah,denagn taqdir Allah maka keluarlah ucapan dari lidah lembut Rasul SAW yang mulia, liur yang bersih suci menyampaikan kita akan hal ini. Mengapa Arab? Itulah alasan Rasulullah walaupun pada hakikatnya kita tak perlu cari maksud hadith sekiranya kita benar-benar pengikut baginda yang setia. Hadith adalah terjemahan Al-Quran,maka apa perlu lagi diterjemahkan? Saya tidak menafikan perlu ada penerangan dari pakar bahasa Arab untuk memahami maksud sesuatu hadith,namun mungkin bukan semua.Wallahua'lam (pendapat dari manusia jahil)


Cukup setakat itu...

Tahukah kita siapa Arab? Inilah bangsa dari keturunan Nabi SAW dilahirkan. dalam satu hadith baginda lain,baginda berbangga dengan status sebagai penduduk asal Makkah, dan keturunan Quraisy. Style atau trend sekarang terutama yang sedang mengenali Islam untuk melihat budaya dan cara hidup orang Arab, dan sebahagiannya cara ibadah mereka(yang bermazhab lain). Tidak dinafikan kita sanagt mencintai atau sekurang-kurangnya admire pemimpin-pemimpin dakwah ~ Syeikh Hassan Al-Banna, Yusuf Al-Qaradawi, mahupun pemimpin seperti King Abdul Aziz dan tokoh dakwah seperti Maulana Zakaria dan Maulana Ilyas.

Kesemua tokoh di atas dikaitkan dengan Arab,kecuali Maulana Zakaria dan Maulana Ilyas yang berketurunan Arab.

Perlukah kita meniru bulat-bulat cara perlakuan Arab?

Negara-negara Arab

Tidak dinafikan terdapat beberapa kebiasaan orang Arab yang boleh dijadikan contoh tauladan seperti cara mereka melayan tetamu, dan menjaga kehormatan perempuan-perempuan mereka (khusus untuk Saudi). Namun tidaklah semua yang perlu diikut. Antaranya cara bersolat mereka yang agak berbeza atas alasan perbezaan Mazhab. Perkara ini harus diambil peduli oleh setiap kita,sebab ada antara kita yang terlalu yakin dengan amalan orang Arab.

Ada diantara orang Arab yang kurang agamanya,maka kurang pula ilmu mereka.

F. Murray Abraham (he's an Arab)

Kenali Arab,kenali Arab!!

link; http://www.aaiusa.org/arab-americans/23/famous-arab-americans
http://www.adc.org/index.php?id=248

(p/s: jom ambil bahasa Arab,untuk faham lagi tentang Al-Quran)

Wallahua'lam



Resensi cara Berdoa


Alhamdulillah...

Hari ini ana baru lepas satu paper untuk peperiksaan akhir semester ni. Mungkin tak berapa stress sebab paper hari ini subjek elektif,dan hanya 30 MCQ. Apapun di USMKK bila saja MCQ, selalunya berformat 5 soalan dan setiap soalan ada true/false. Negative marking atau pemarkahan negatif akan diberi bagi setiap soalan salah,hanya terdapat di USMKK (rasanya).

Apa-apapun semuanya bersangkut dengan izin Allah dan usaha sendiri,sekiranya sesuatu itu dalam kehendak dan kemahuan Allah,maka pasti terjadi. Seorang ustaz pernah bersyarah di sebuah masjid (Masjid As-Salam Peng. Chepa),kata beliau untuk sesuatu terjadi,maka apabila beradanya akan dua qudrat,qudrat manusia(si pelaku) dan qudrat Allah. Apapun kehendak yang mendatangkan qudrat manusia itu sendiri dari Allah azza wajall, apatah lagi qudrat manusia itu sendiri adalah dari Allah,cuma diizinkan manusia untuk memilikinya sebagai alasan manusia berbuat pilihan sendiri. Ia dalil mengapa manusia dihukum atas dosa-dosanya.

Kepercayaan yang segala sesuatu berlaku kerana kehendak Allah; Dolah buat dosa,kemudian katanya ia kehendak Allah, adalah betul dari segi hakikat, namun jika Allah mahu pasti Dolah akan dihukum atas perbuatan dosanya. Yang demikian berwajib atas kita untuk berdoa sebagai memnuhi kemahuan Allah.

cth;

"Ya Allah,kurniakan aku kekuatan untuk taat perintahMu,jauh dari laranganMu, sedang segala perkara atas kehendakMu"

Intaha,habis cerita.

Berkisah pasal doa, jom kita perbetulkan doa kita. Setakat ni ana dapat beberapa tips untuk perbetulkan cara kita berdoa,mungkin boleh ditambah lagi buat masa akan datang.
  1. Doa dengan penuh rayuan,kerana sedang meminta kepada Al-Aziz
  2. Doa bukan memaksa Allah mengikut kehendak kita. contoh; Ya Allah, kau berilah aku kereta,Ya Allah,kau berilah aku lulus exam...ect..ect..
  3. Doa dengan penuh rasa rendah diri dan tawajuh.
Pada point kedua, seorang ustaz mencadangkan ana untuk baca doa ini (+/-)

"Ya Allah,kurniakan daku apa yang baik bagiku sama ada daku tahu atau tidak,dan jauhkan bagiku perkara yang buruk bagiku sama ada aku tahu atau tidak,sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui"

Wallahua'lam. Jom beramal!

Antara Bekas & Isinya


Alhamdulillah...

Assalamualaikum. Ada orang berkata, apa kaitan luar dan dalam. Adakah baik di luar tak semestinya baik di dalam? Atau buruk di luar tak semestinya buruk di dalam. Bagi saya setiap perkara ada kemungkinan-kemungkinan tersendiri.

  1. Baik di luar dan baik di dalam
  2. Baik di luar dan buruk di dalam
  3. Buruk di luar dan dalam
  4. Buruk di luar dan baik di dalam.
Baik, kalau sesiapa yang pernah ambil Maths Moden mesti faham benda ni, "everything got their own chances". Setiap perkara dalam dunia ada keberangkalian tersendiri. Cuma macam yang kita faham setiap perkara akan bertambah kebarangkalian bila ada terdapat usaha bersamanya. Okay sebagai contoh Dolah ada kebarangkalian dapat A,B,C,D dan E. Tapi kalau Dolah study memanjang,maka kebarangkalian dapat A lebih tinggi. Kalau Dolah sibuk "berblog" maka kebarangkalian dapat C,D @ E adalah lebih tinggi.

Okay,dapat idea tulis entry ni bila tengok kotak susu HL yang penuh tulisan untuk advertise kebaikan produk tersebut. Kotak tu,sangat lah menarik(pada pandangan saya) dan tebal. Kemas buatannya. Susu dalam kotak ni pun ada kebarangkalian basi walaupon dalam kotak yang macam tu. Tapi kebarangkalian untuk tidak basi lebih tinggi. Ada siapa-siapa boleh "confirm" susu yang belum tarikh luput adalah elok semuanya?

Okay,ambil teladan dari betapa terer pengeluar susu jaga susu tu.

Fikir balik tentang perempuan yang ala-ala solehah,bertudung labuh,baju labuh,dan up-grade lagi baju all-black + purdah. Agak-agak semua perempuan yang berpakaian macam ni baik ke? Ikut hukum kebarangkalian,dah tentu tidak! Tapi hakikatnya ibarat susu yang dibungkus kemas,maka isinya pasti akan elok hinggalah ia sepatutnya tak lagi elok (tarikh luput). Sudah tentu ada antara mereka yang sudah basi walaupun berbungkus kemas kerana kesilapan tertentu. Dan sebagai manusia kita tak lari dari kesilapan.

Jadi sesuatu yang amat penting kita kawal ialah luaran/fizikal. Meskipun baik di dalam namun sederhana @ buruk di luar,lama kelamaan keburukan di luar akan mempengaruhi dalaman. Berusahalah sebaik mungkin supaya dengan usaha tersebut moga-moga Allah Azza Wajalla memberi taufiqNya untuk berbuat kebaikan dari luaran dan dalaman.

Wallahua'lam.

Hadith-hadith Nabi

“Bertakwalah pada Allah di mana saja kamu berada,turutilah kejahatan dengan kebaikan,moga-moga ianya terhapus,dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik”.(arba’in an-nawawi).

Rasulullah pernah bersabda" Setiap anak Adam pasti berbuat dosa dan sebaik-baik orang yang pernah berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Kucing yang sakit dan ibunya


Tadi sehabis kelas dan keluar dari lab, aku menuju ke tangga arah motosikal di"park".Penat rasanya, tapi kelas hari ini memang menarik. semua dapat tunjukkan semangat yang membara. Apapun, kelas petang ni memang buat aku penat. Lama tak menggerakkan otot2 nih, tambahan sejak ada motor.

Melangkah separa longlai menuju ke tangga terdekat tempat motorsikalku di letak,namun agak deras. Sejenak aku terdengar bunyi suara kucing menjerit seperti kehilangan anak keadaannya. Namun aku masih sangsi kerana kedengarannya seerti bunyi yang dibuat-buat.

Segera kucari arah bunyi. lantas kudengar pula bunyi suara kedua,dan ia lebih halus dan comel. Oh,baru kuperasan rupanya memang benar sangkaan ku ibu kucing mencari anaknya. Segera ku naik tingkat tiga blok di tangga yang sama mencari arah bunyi si kecil.

Kelihatan kelibat seekor anak kucing berbulu hitam,bernajis di badannya dan tidak terurus, matanya bengkak seakan puas menangis. Lantas kucubit belakang leher si kecil membawanya ke si ibu di "ground floor" . kuletak jauh sedikit agar si ibu yang kelihatan takut-takut tidak diganggu rasa itu untuk mengambil anaknya dari arahku.

Lekas-lekas si ibu menggigit belakang leher si kecil sampai terjatuh-jatuh dek kerana takutkan aku. Aku melangkah jauh ke belakang lagi mengurangkan rasa geun si ibu kepadaku. lantas dibawanya si kecil ke tempat selamat untuk dibelai dan diubati.

Teringat aku akan kucing-kucing kesayangan keluargaku di kampung saat kepulanganku minggu lalu. Si ibu enggan melayan anaknya sementelahan anaknya itu sakit-sakit mata semuanya. Hanya dilayan ketika anak-anaknya itu inginkan susu perut dari puting ibunya.Selain itu enggan pula si ibu melayan memandi menjilat tubuh anak-anaknya empat ekor seperti ibu-ibu kucing yang lain.

Segera aku teringat akan sebuah hadith sering disebut-sebut bila berkata tentang kasih dan rahim Allah

ar-Rahim Allah, yaitu kasih sayang Allah yang bersifat kekal dan abadi akan kita dapatkan nanti di akhirat dan hanya diberikan kepada orang Mukmin, tidak kepada yang lainnya. Dalam hadis riwayat Muslim disebutkan, "Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, di antaranya satu rahmat yang dengannya setiap makhluk saling menyayangi, dengannya pula binatang-bina-tang buas menyayangi anaknya, dan ada rahmat lainnya sebanyak 99 yang diberikan nanti di hari kiamat"

Sahabat-sahabatku, ingatlah sejauh mana kasih sayang si ibu kucing ke anaknya, ibu kita kepada sekalian anak-anaknya, dan sayang sang ayah menyahut permintaan tersayang, kasih sang kekasih kepada yang dikasihi, ketahuilah kalian bahawa kasih Sang Pencipta 99 kali ganda darim itu lagi, andai kalian tahu.

Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Followers