Alhamdulillah,…
Berlansung juga ijtimak penuh sejarah,perhimpunan umat Islam selama 3 hari antara yg terbesar di Malaysia(mungkin perhimpunan umat Islam semasa penamaan calon lagi ramai,atau semasa sambutan kemerdekaan,heh) …
Alhamdulillah,segala pujian hanya milik Allah semata.
Nak cerita pasal ijtimak??
Kenalah cerita dari awal.from the time we start our journey,kan! Baru feeling,heh.
Kami bertolak after maghrib,betul-betul lepas salam dan doa,dari Masjid Pusat Islam,dalam 8.30 malam. Sebelum kami memulakan perjalanan,kami lantik seorang Amir. Peranan Amir?? Belajar sendiri…
Jalan yang kami ambil,jalan ke Ipoh,melalui Cameron Highland.. dalam perjalanan,kami singgah di Gua Musang untuk qasar Isyak,dan makan malam. Di atas gunung,hamper dengan simpang ke Cameron,kami dapat lihat kebun2 sayur yang disinari lampu tungsten,cantik…..
Dalam perjalanan menuruni kawasan tanah tinggi ke arah Ipoh,kami tersangkut dengan kabus.so terpaksalah driver perlahankan kereta. Dalam perjalanan,cara kami nak hilangkan ngantuk driver dengan muzakarah dakwah,dan bercerita pengalaman masing-masing..
Tak boleh tidur,sebab seronok nak ke ijtimak,tak sabar2…. Heh.
Sampai kami di RnR Tapah,kami singgah dan minum sekejap,hilangkan penat driver memandu,dan passenger menunggu sampai,(heh). Alhamdulillah,tiba kami di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, kami Solat Subuh dan berkemas diri.Almaklum walaupun ijtimak di Malaysia baru kali pertama,kedatangannya memang dijangkakan...
(lebih 200 000 orang; Utusan)
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
Kami parking kereta di kawasan parking litar Sepang sebelum dihantar dengan kenderaan shuttle ke tapak ijtimak,tak jauh dari Litar Sepang.
Driver khidmat shuttle(free) karkuzari(laporan,cerita) 4 bulan sebelum ijtimak berlansung,terdapat ‘Jemaah Tiar’ yang buat usaha di kalangan penduduk tempatan agar mereka bersedia dengan kehadiran ratusan ribu umat Islam,dengan pelbagai telatah dan kerenah sendiri. Ambil hati penduduk tempatan dan secara tidak lansung,berdakwah kepada mereka. Hasilnya,dikatakan masjid kuarters KLIA berdekatan dengan tapak ijtimak,penuh dengan orang tempatan yang menunaikan solat di masjid,masya Allah.. tak percaya??dua tiga bulan nanti ziarahlah ke masjid tu.....
Kami sampai lebih kurang pukul 8,dan disambut Istiqbal (penyambut tetamu) dengan rasa senang hati. Sebenarnya setipa khemah ada khidmat (petugas sukarela) yang ditugaskan menyambut tetamu,bhg makanan,air,tandas,dan sekuriti. Selain khidmat bekalan letrik dan kebersihan...
Apa yang ada di ijtimak?? Kita tunggu Siri 2
No comments:
Post a Comment