Alhamdulillah kami masih sempat dengar bayan Maulana Saad,selepas bertemu dengan Dr2. di khemah khidmat perubatan. Di khemah perubatan,kami jumpa beberapa Dr...
Alhamdulillah sempat juga cari tempat kosong dan duduk di bahagiann hadapan,walaupun pada masa tu khemah besar yang dikatakan boleh memuatkan 4 ribu org already full.kami duduk di part di mana pentas berada,dan sempat melihat wajah berkat Maulana Saad.
Dikatakan orang M’sia menghormati ulamak tidak seperti orang India/Pakistan menghormati ulama’. Mereka disanjung2 sehingga ‘fana’ dengan seseorang ulama yang famous,cthnya Maulana Saad.
Begitupun,keadaannya semasa ijtimak sangat berbeza,semua yang berada di hadapan pentas dan berdiri di sekeliling khemah pentas adalah orang M’sia,dan of course majority org Melayu. Rapat2 sehingga boleh dikatakan sgt sempit.
Maulana Saad bayan subuh berakhir pada pukul 11 pg,dan byk sugguh nasihat beliau yg boleh diamalkan. Antaranya Maulana menekankan pentingnya ilmu dan kesatuan hati. Pentingnya ilmu untuk mendapatkan kesan amal dan dakwah,dan dalam usaha mendapatkan iman.Kesatuan hati dalam meningkatkan kesefahaman antara satu sama lain.
Maulana juga berpesan agar para ulama turun dalam usaha dakwah suci ini dan bertemu dengan manusia untuk mengembangkan Ilmu..banyak lagi pesanan Maulana yang Insya allah akan dipublish dalam blog ni nnt.
Habis saja setiap bayan pasti ada tasykil.semua yang ada azam untuk khuruj fi sabilillah menytakan kesediaan diri dengan berdiri dan beri nama. Kejayaan sesebuah ijtimak bila ia dapat tarik rahma Allah,sebanyak2 jemaah dapat dikeluarkan di jalan Allah. Inilah usaha tidak static di suatu tempat dan merangkumi alami.
Petangnya Maulana Zubir pula bayan,dalam bentuk puisi. Sedap sungguh bahasa Urdu,bila dilagukan seperti syair.Alhamdulillah,banyak nasihat yang Maulana beri,terutamanya untuk membanyakkan zikir kepada Allah.
Malamnya pula after maghrib Bai Wahab Sab, atau Hj Abdul Wahab, amir Pakistan. Dalam keadaan usia yang lanjut dan badan yang uzur,Bai Wahab still beri banyak nasihat untuk amalkan usaha dakwah dlm kehidupan.
Insya-Allah,banyak lagi cerita2 yg ana nak korg tau pasal ijtimak… tunggu sambungannya.
Wasalam
No comments:
Post a Comment