Perhimpunan Rahmat III
Pesan Maulana Saad
Walaupun ana tak dapat hadir lebih awal untuk dengar pesanan Maulana Saad,tapi dari pukul 8pg ana hadir sampai ke 11pg tasykil,banyak sangat nasihat2 dalam dakwah yg jika tidak diamalkan boleh bawa kerugian.
Kenapa sampai pukul 11pg? lamanya.. ??
Actually ana x penah sampai Masjid Banglawali,Nizamuddin,New Delhi lg,tp dgr cerita disana ‘main bayan’ (bayan rasmi) adalh bayan subuh,jadi x hairan bayan subuh masa ijtimak pun lebih kurg sama.
Antum leh la cek di blog lain2 utk bandingkan,tp ni point2 bayan Maulana Saad yg ana sempat catat dalam perisai dan pedang daie yg ana bawa masa bayan…
• Maulana beritahu tanda2 taqwa ialah badan org tersebut tidak akan terima benda2 yg haram untuk diproses sbg makanan.sebab apa?? Makanan asbab baiknya ibadat,dan ibadat adalah jalan membaiki iman..
• Beliau pesan supaya buat sesuatu amalan dengan ilmu,muamalat,ibadat,dan segala amalan agama haruslah dengan ilmu..oleh itu kehendak Allah dapat disempurnakan dengan cara nabi.
Untuk itu,harus ada keyakinan atas Ilmu Allah supaya dapat kejayaan dan kebahagiaan.
Sebab utama umat hari ini jahil ialah kerana tiada keyakinan bahawa dengan terhadap ilmu2 agama,dapat hidup dgn sempurna.
• Taraf Ilmu dalam agama Islam adalah seperti Iman dan solat. Umat hari ini tidak merasa pentingnya ilmu dan tidak yakin dengan ilmu agama dapat kejayaan,sebaliknya lebih yakin dengan ilmu dunia.Salah faham kita hari ini ialah anggap semua pengetahuan sebagai ilmu,dan menyamakan ilmu dengan segala pengetahuan.
• Ilmu di sisi Allah Taala ialah : pengetahuan yang dengan ia,dapat kenal Allah Taala,dan tahu kehendak2 Allah.Ilmu ialah,1. Kenal Allah,2. Kenal Rasulullah,3. Kenal agama (kehendak2 Allah).Selain pengetahuan itu,kemahiran (faal),orang kafir juga memilikinya.
• Ilmu yang dituntut ialah ilmu yang dapat digunakan untuk jawab soalan2 dalam kubur. 1. Perintah2 Allah,2. Sunnah Nabi.Hari ini umat merasa cukup dengan ilmu dunia,hingga tidak lagi mencari ilmu akhirat.
Sambungan…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment