Assalamualaikum
Persoalan aqidah merupakan suatu yang pelik dan kadang-kadang tidak sesuai dipersoalkan oleh orang yang belum bergelar a’lim atau mufti.Oleh itu suatu yang bahaya jika kita sengaja membawa persoalan ini kepada masyarakat umum yang rata-rata tidak lagi mengkaji agama yang sepenuhnya.bukanlah ingin mengatakan masyarakat kita jahil,tetapi adalah suatu yang bahaya jika kita bermain dengan persoalan aqidah.
Berikut adalah petikan yang dipetik dari sebuah laman web;
_____________________________________________________________________________________
“Umumnya, kita dibahagikan kepada beberapa golongan sama ada kita adalah mujtahid, muqallid atau kita mengambil sikap ihtiyyat. Oleh kerana bukan semua orang mampu menjadi seorang mujtahid, maka kita mengambil peranan sebagi muqallid. Maka sebagai muqallid yang mengikut mujtahid, maka mujtahid ada yang memberi fatwa yang pelbagai. Antaranya, wajib samak jika bersentuhan atau terpegang dengan khinzir dalam keadaan basah bersentuhan yang kering atau sebaliknya.
Hal, ini termasuk dalam persoalan asas bagaimana kita mengambil hukum dalam agama kita. Hanya ‘mujtahid’ yang layak membuat penafsiran kepada AL Quran dan Hadis, itu sikap yang kita sendiri ambil dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas sikap kita ini. Apakah kita cukup ilmu dan syarat menjadi mujtahid dan mufassirin sekali gus?. Apakah sekadar membaca beberapa buku agama dan mengikuti satu dua ulama’ lantas memberikan otoriti kepada kita untuk menjadi seorang otoritas memberikan fatwa?. Apakah kita diwahyukan secara langsung dengan Al Quran lantas membuatkan kita faham segalanya dengan maksud dan tafsir Al Quran?.
seorang ulama’ yang ingin MENTAFSIR alqur’an itu, hendaklah terlebih dahulu memahami ilmu2 alat yang melayakkan mereka utk mentafsir seperti ilmu LUGHAH yakni NAHU , SARF, BALAGHAH, MANTIQ serta mahir dan faham dengan mendalam tentang ilmu2 asas seperti TASAWUF, TAUHID dan FIQH..tidaklah semudah itu hendak mengambil sesuatu hukum dari alqur’an dengan keterangan ayat zahir semata2..walaupun ayat tersebut nampak ‘mudah’..
sebab apa?
sebab ayat alQuran ini adalah diturunkan kepada sayyidina Muhammad dalam bahasa arab..dan bahasa syurga itu juga bahasa arab, maka secara senangnya, nilai seni bahasa arab ini amatlah tinggi sasteranya itu sehingga digunakan sebagai bahasa pertuturan di syurga kelak..
oleh itu, sastera yang tinggi ini, takkan boleh difaham begitu sahaja…sedangkan sastera bahasa melayu pun terkial2 kita hendak faham, inikan pula sastera bahasa syurga..
baik..
..dalam ayat tentang khinzir itu, adalah ayat yang termasuk dalam bab USLUB AL-HIKAM..dan bab USLUB AL-HIKAM ini adalah merupakan satu daripada bab2 di dalam ilmu MA’ANI..manakala ilmu MA’ANI ini pula adalah satu daripada bab2 terkandung di dalam ilmu BALAGHAH….dan tidaklah seseorang itu dapat memahami ilmu BALAGHAH melainkan wajib keatasnya terlebih dahulu mempelajari ilmu NAHU dan SARF mengikut disiplin pembelajaran ilmu lughah… dan kesemua ilmu ini, adalah dinamakan ILMU LUGHATUL ‘ARABIYYAH (BAHASA ARAB)…
..mengapa Allah menjelaskan kepada manusia dengan dengan ayat yang berbentuk USLUB AL-HIKAM? jawapannya kerana ALLAH TA’ALA ITU TERAMATLAH LEMAH LEMBUT DAN SOPAN SANTUN (AL-HALIIM) TERHADAP HAMBA2NYA, HATTA KETIKA MENYERU FIR’AUN MELALUI NABINYA SAYYIDINA MUSA A.S…
USLUB HIKAM ITU APA?
tak dapat dibicarakan di laman ini, kerana ilmu itu perlukan guru yang berkelayakan untuk mengajarnya..
..secara ringkasnya, anda perlu mempelajari ilmu BAHASA ARAB..
..kalau tidak.., kepala anda akan dipenuhi dengan kecelaruan2 dan kerunsingan hati terhadap perkara2 yang mana perkara2 ini adalah pintu bagi syaitan laknatullah hendak menyesatkan dan mewaswaskan saudara…
“tidak semua persoalan itu didapati jawapannya dengan “haram”"syirik”"bid’ah”"wajib”… tetapi ada jawapan yang didapati dengan kerendahan hati dan taqwa kepada Allah..”
______________________________________________________________________________
Ini pula artikel yang diambil (copy paste) dari sebuah lagi laman web,dimana banyak memberi penerangan kepada ajaran wahabi,salafi dan ASW. Moga-moga beri manfaat kepada saya dan para pembaca.
_____________________________________________________________________________________
2- Apakah aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah ?
Pertamanya perlu diketahui bahawa kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.
Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah
al-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
“Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”.
(Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)
Hadith Nabi tersebut menunjukkan bahawa Allah sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma‘ para ulama yang telah pun dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
“Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.
Source: http://takaza.blogspot.com/
_____________________________________________________________________________________
Kesimpulannya,janganlah kita menyangka sesuatu itu betul,tanpa merujuk kepada ijmak ulama.Marilah kita sama kembali kepada ASW yang sebenar,bukan Ahli Fikiran wal Pengalaman. Janganlah kitta menyusahkan orang Islam untuk memahami Islam dengan pendapat-pendapat persendirian kita. Beradalah dalam jemaah,kerana disitu ada keberkatan dan nusrah(pertolongan).Islam itu suatu yang mudah,dan tiada yang mudahkan melainkan yang dimudahkan Allah, dan Allah tidak menyusahkan suatu hamba melainkan yang mampu bagi dia(hamba itu)
Wallahu’alam...
No comments:
Post a Comment