Kehangatan exam kian terasa.Namun bukanlah penyebab terus senyap sunyi dari mengingatkan akan hal-hal agama,betul tak.Cuma biarlah kita berpada-pada.
Isu baru,tentang Riba. Ana pernah ke sebuah negara jiran di utara Malaysia, dan ana lihat pengamalan agama sangat indah dan sempurna di sana. Yang lelaki,ramai yang berkopiah atau berserban,manakala yang perempuan pula mudah sangat untuk kita lihat mereka berpurdah(part lain of course la lebih baik dan sempurna tutupan auratnya) .
Meskipun pada zahirnya,kehidupan mereka bukanlah semewah kita di Malaysia,malah di sebuah negara minoriti Muslim,namun pengamalan agama sangat kelihatan!!! Bukan setakat pakaian,malah mudah kita lihat Umat Islam di sana solat di stesen keretapi,ataupun di tempat duduk dalam keretapi (dalam keretapi tiada surau).Mungkin mereka mahu membezakan Islam dan Bukan Islam,melalui pakaian. Maka mereka sangat mudah dikenali. Bukankah perempuan disuruh menutup aurat supaya mudah dikenali keislamannya!!!
Itu pengalaman,bandingkan dengan Malaysia. Nak pakai pakaian islam pun malu.Sebab?? takut tak dilayan orang bukan Islam,takut dibeza-bezakan,takut tak diambil bekerja,dan macam-macam takut lagi,(mungkin sebab tu takut pada Allah pun kurang.....kurang).Apa lagi nak laksanakan syiar,tak perlu cerita tentang hukum h***d,sebab mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Ambillah contoh solat di tempat awam.
Mungkin boleh dikira berapa ramai yang pernah solat di tempat terbuka,(cth:padang,tempat hentian bas)sebab? Dah ada surau.Tapi pernah tanya tak berapa ramai manusia yang ‘terpaksa’ tinggalkan solat,sebab tak jumpa surau.Ini bukan perkara mudah,alasan malu,segan,dan sebagainya. Ini yang kita kena perjuangkan!!!(Cuma mengingatkan diri sendiri)
Tadi intro je,hehe.... tapi mungkin isu riba ni boleh dikaitkan dengan suasana umat Islam Msia. Bila dah buat amalan haram,maka keberkatan susah turun. Bukan makanan saja yang haram!!!
Ada sekali radio IKIM.fm siarkan tentang tajuk Riba’. Pernah tak antum terasa yang Riba’ itu haram (dari segi hukum of course benda tu haram!!no khilaf) tapi dari segi perasaan.Ustazah tu bagitau yang bila saja kita simpan dalam akaun konvensional(rujuk yang tahu) maka kita menyumbang kepada yang yang mengusahakannya,walaupun sesen!!belum lagi guna,Firman Allah Taala (kalau tak sesuai,tegur ya!)
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”.Al Baqarah;276
Banyak hadith larangan Riba’: cthnya
From 'Abdallah ibn Hanzalah : The Prophet, , said: "A dirham of riba which a man receives knowingly is worse than committing adultery thirty-six times" (Mishkat al-Masabih, Kitab al-Buyu', Bab al-riba, on the authority of Ahmad and Daraqutni). Bayhaqi has also reported the above hadith in Shu'ab al-iman with the addition that "Hell befits him whose flesh has been nourished by the unlawful."
Ana dah tukar akaun maybank konvensional kepada wadiah(Islamic), dan buka akaun islamic baru untuk bank nasional. Antum bila lagi???Jom kita amal,semoga bukan saja kita tak terima harta,malah tak menyokong walau sesen pun kepada perbankan konvensional yang sah-sah haram.. nak tau lebih lanjut,jom ke
http://www.zaharuddin.net ….
P/s: good luck exam deh,kt semua yang bakal ambil exam ‘imtihan,fiddunya wal akhirah’..Sebab disana soalannya lagi susah nak jawab,tanpa amal.nak study lak,hehe.....
Wasalam.
No comments:
Post a Comment