Assalamualaikum
Ada yang emosi bila disebut tentang jemaah. Ada pula yang marah atau tak puas hati dengan jemaah lain. Ada pula yang mengambil sikap endah tak endah dengan ada atau tidaknya kumpulan atau jemaah itu sendiri. Mengambil langkah yang selamat, ikutlah Alquran dan Assunnah.
Tujuan adanya Alquran dan Assunnah bukan untuk mengaku “aku sahaja yang betul,orang lain semua salah” atau “kami dah buat yang paling betul,bukan macam yang lain”, dan macam-macam lagi. Tujuan agama Islam adalah membetulkan akhlak manusia,bukan untuk mencari kesalahan manusia.
Kembali kepada asal,mengikut Alquran dan Assunnah yang sahih,maka kita sedang mngikut tunjuk ajar Nabi, apabila mengikut nabi,maka kita sedang menuju Rahmat Tuhan dan Ampunan-Nya.
Lihat pula Jemaah. Solat jemaah juga jemaah,jemaah musafir pun jemaah,jemaah yang sedang menuntut Ilmu secara berkumpulan juga kita boleh gelar sebagai jemaah,jeemaah zikir,jemaah haji,ect.ect. Jika menggunakan akal yang waras, maka fikiran ana jemaah ialah mana-mana kumpulan yang berkumpul secara zahir, bukan sekadar fikiran.
Maka apabila disebut dalam hadith tentang keluar dari jemaah,maka yang penulis fahami ialah terkeluar dari amalan-amalan yang dilakukan secara berjemaah,an disebut kembali kepada jemaah apabila kembali mengamalkan apa yang diamalkan secara berjemaah. Analogi seorang yang solat berjemaah,apabila terbatal wudhuk,maka dia perlu keluar dari jemaah. Apabila kembali dalam jemaah tersebut,maka disebut kembali sebagai ahli jemaah.
Dalam kalangan sahabat pada masa hidupnya nabi,tiada sebarang jemaah yang memiliki sebarang nama,kerana setiap mereka sedar bahawa setiap umat islam ialah umat nabi,maka walaupun berbeza pendapat,tidak menghalang berada dalam solat ‘berjamaah 5 waktu sehari semalam’,berzikir,membaca Al-quran oleh sebahagian dan sebahagian lain mendengarnya,dan sbgnya.
Hairan bila cuba menyebut tentang segelintir manusia yang mengelak dari bersama dalam satu-satu jemaah amal,takut terpaksa mengisi borang keahlian. Ada pula yang terpaksa berhati-hati memilih bakal pasangan supaya tidak terkeluar dari fikrah ‘jemaah’. Oh,malang nasib umat ini,terpaksa berhati-hati sekiranya tergelincir ke jemaah lain semata-mata satu amal agama!
Di sudut yang lain ada yang mengusahakan untuk dibentuk satu jemaah lain,menggabungkan kesemua ‘jemaah’(???). sebenarnya usaha itu kelihatan menggabungkan kesemua jemaah(???). oh,keliru.....keliru.... Yang bakal difahami oleh sesetengah orang ialah membentuk sebuah lagi ‘jemaah’. Oleh yang demikian proses tersebut kelihatan mustahil. Tiada yang mahu mengorbankan ‘jemaah’ masing-masing,lalu mendaftar ke ‘jemaah’ baru. Sedangkan berada dalam majlis amal agama ahli tidak ber’jemaah’ sudah dianggap keluar jemaah sendiri,atau menyokonng sesuatu jemaah lain,inikan pula mengisi borang keahlian!
Bolehkah kita menggelarkan satu kelompok masyarakat yang melakukan perbuatan yang hampir serupa,atau betul-betul serupa, dari segi agama mahupun keduniaan,tetapi berada di tempat yang lain-lain,lalu terus digelar jemaah???Hairan bila ada sekelompok manusia yang cuba lari dari memasuki mana-mana ‘jemaah’ serupa itu,tetapi melakukan amalan yang kelihatan serupa,maka digelar sebuah jemaah baru. Sungguh menghairankan!!!
Maka hasilnya disini,jemaah ialah sekelompok manusia yang berkumpul berfikir lalu melakukan perkara yang sama. Namun terpenting apabila menyebut perkataan dakwah,maka yang logik apabila berpandukan Alquran dan Assunnah yang sahih.
Kesimpulannya, ikutlah kehendak hati. Bukan pilih jemaah,tapi pilihlah Alquran dan Assunnah yang sahih.Islam itu mulia dan dimuliakan oleh zat yang paling mulia. Islam itu tinggi dan ditinggikan bagi sesiapa yang meninggikan Islam. Maka berhati-hatilah kepada sesiapa yang mengaku berada dalam jemaah yang mengaku sebagai jemaah,tetapi sekadar jamaah bayangan.
No comments:
Post a Comment