Politik Sunnah, Demokrasi Fitnah?

Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Beberapa minggu lalu semasa cuti semester, jumpa dengan seorang cikgu/imam masjid/orang kuat PAS di kampung. Sambil bersembang2 entah antara penting dan tidak, ada antaranya berkisar politik. Pernah ke Ceramah Tok Guru (refer to ceramah hari Jumaat di Kota Bharu,yang antara yang bagi tausyiah Tok Guru, aku pun jawab, "Alhamdulillah, ada juga sekali sekala...", jawabku jujur. Cerita tentang itu dan ini dan ke satu topik, ada soalan yang sangat sukar untuk aku jawab, "dah daftar ( mengundi) ke belum?". Adeih, entah apa yang patut aku jawab entahlah. Aku memang niat taknak mendaftar.

Pernah sekali aku ajukan soalan tentang kerajaan Islam, Ustaz Zainal Setapak,kalau terbaca post nih, (rasanya dia memangbtak buka internet,sibuk dengan madrasah). Katanya kerajaan adalah janji, dan bukan sesuatu yang patut diperjuangkan habis-habisan. Suatu hari nanti ALlah tetap kan beri kerajaan, pada siapa? pada mereka yang yakin denga kejayaan dalam sunnah Nabi,mereka yan g giat dalam dakwah. Tambah ustaz, mengundi tu tak wajib (walaupun Ustaz Azhar Idrus kata wajib,heh) melainkan kerajaan yang memerintah wajibkannya,maka ketika tu jadi wajib. Jadi aku yang agak fanatik dengan pendapat ustaz2 dalam "tabligh" ni memang takde niat juga nak daftar. Wallahua'lam, mungkin suatu hari aku memangkah juga kot... Tapi kalau wajib memangkah,yang aku pilih hijau jugalah kot... Yang pasti aku tak daftar lagi,...hehe

Di sini di-copy-paste artikel Ustaz Al-Alorstari tentang pendapat ustaz2 Tabligh tentang dakwah, dan ia disertakan dengan hujahan ilmiah ulamak2, silalah baca kenapa aku tak daftar lagi...

aku rasa entry ni ada kaitan juga dengan pilihanraya kampus, tapi yang tu wajib dan tak perlu daftar, :-)



Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.

Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

11 comments:

Menusuk Hati said...

Assalamualaikum...betul,tak kira apa,semuanya pun wajib kita hormat dan berlembut...asalkan kita belum diperangi..

Nanti daftar jelah...senang bila org tanya..daftar je,undi pk kemudian..hehe..

best2!(",)b

Anonymous said...

asslamua'laikum...
perkongsian yg menarik. baru je semalam bersoal jawab dengan pemandu teksi o the way ke markaz pasal usaha ni. dia keluarkan jugak persoalan ni. :)

Ustaz Zainal rupa-rupanya popular jugak ye...

Ismi Ijmi said...

assalamualaikum
MN, insyaAllah..tapi rasa cam xxde semangat. tunggu PM umumkan sape2 daftar dapat minyak 2kg kot baru pi,hehe

MF, haah, kalau bncg bab politik, hampir kebanyakn karkun akan jawwab soklan sama. bukan takde yang berpolitik,. di kelantan ketua bahagian PAS pun keluar. apa orang kisah,hehe.

kenal ke Ustaz Zainal?

Ridzuan Ariffin said...
This comment has been removed by the author.
Ridzuan Ariffin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam ziarah..
nukilan yang menarik ..

setuju ,suatu hari nanti Allah akan beri kerajaan ISLAM..tapi adakah kita hanya ingin menjadi penunggu setia tanpa mahu sama-sama berjuang ? alangkah ruginya kita ..

mungkin juga tindakan kita akan melambatkan ISLAM untuk memerintah..astaghfirullah

ingatlah Allah tak akan megubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubahnya..

sampai bila kita ingin melihat ISLAM tanpa kuasa ? bantulah ISLAM untuk MEMERINTAH semula..

ingatlah Allah x pernah tanya hasilnya, mungkin bukan generasi kita ISLAM MEMERINTAH, mungkin juga generasi anak cucu kita, tapi itu bukan persoalannya,
persoalannya berapa banyak USAHA kita untuk membantu ISLAM agar bangkit dan MEMERINTAH semula?


just nak share link "Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah " di http://saifulislam/1964

seeru ala barakatillah

imakubex said...

Assalamualaikum,

Pertamanya, izinkanlah saya untuk menulis dalam bahasa penjajah. Lebih mudah dan cepat untuk saya menulis.

Now, down to business. What is being done here is, in essence, a straw man argument. There is this conception of democracy that has been made to appear so weak that it's weaknesses is so obvious and therefore the arguments against it strong. That is unfair to the discussion.

The so-called democracy that we use now is essentially a liberal parliamentary representative democracy. That phrase has 4 words, 2 of which is not present at all in the discussion. Hence, it is important to understand all of them in order to understand the entire system. The ideal, therefore, is based on liberalism, which stipulates certain conceptions of freedom (usually freedom as autonomy) in the political sense. By that definition of freedom, it is necessary that the members of the political community to exercise their critical faculties in order to be able to make the correct decision (autonomy presupposes relevant information and logical conclusions based on one's positions, after all). That's the ideal. It is also based on the parliament, which is staffed by representatives elected by the people. One of the arguments given by Prof. Robert Dahl for such an institution is because it is impractical for a state that is bigger than about the size of a city state (i.e. around 30 000) to engage directly with governmental issues and therefore, needed a representative body. The justification for the process of democracy to choose their representatives, i.e. the vote is again rooted in the idea of liberalism which assumes that people will be rational in their choices. There are various arguments in the form of the arguments against a 'guardian' class, etc. but those are technicalities more than anything else.

Liberal democracy, then, needs to have institutions as well as a democratic culture in order for it to function properly. One of the central pillars is the doctrine of the separation of power, which stipulates that the legislative, executive and judiciary is kept separated to check and balance each other out. It also requires bodies and methods to engage society (e.g. consultations and referendums) to make people more involved in the decision making process. There is also the role of the media, which should inform society on what matters, civic groups to fight for causes, professional bodies and learned societies to advice government, think tanks to make suggestions of policies etc. etc. etc. All of this, mind you, is within the framework of a liberal democracy. The fact that one does not see them does not mean that they don't exist, nor that they are inefficient.

Having said all that, democracy is not entirely Islamic, as have been pointed out by a lot of scholars and I will not go through them (even though some scholars, e.g. Maududi, have reworked the entire conception of democracy to be Islamic). However, simply because one does not see a way beyond party politics, it does not mean one should neglect the business that is government. People seem to forget that there are 2 houses in the House of Parliament, the Lower House and the Upper House, and only the Lower House is elected. The Upper House serves as a guardian, in some sense, of bad policies and in fact, in the UK now, around 10% of the Lords are distinguished scientists and engineers (which is good for science policies). In order to govern effectively, most, if not all of the institutions of democracy needs to be in good health, and that includes party politics.

That's why it's important to be in the know and be involved in the process, and by that I don't mean just party politics. Be involved in civil societies, in learned societies, with the local leaders, work with your MP - all of these are part of the democratic process and part of the business of government. Don't restrict the definition of liberal democracy just to votes, because that's just not true.

Wallahua'lam

PIANED said...

I LIKE MAULANA Ashraf Ali Thanwi thought,:

Ashraf 'Alī Thānwī argued, using mainly verses of the Quran, that political rule is only a means of instituting Islam in people's lives and not the purpose of life itself. All modern political notions that contradict the Quran and Hadīth would have to be forsaken, and the "pure" political thought reflected in Quranic sources should guide Muslims in organizing and structuring their governments.(wikipedia)

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum,
terima atas komen kalian. harap2 subscribe comment so dapat la jawapan saya ni.

RA; ya, situasi di eklantan memang macam ni. Bukan adik-beradik,woreh waroh tok guru saja. kebanyakan yang buat usaha agama akan tertarik dgn PAS, .mungkin identiti Islam yang kuat, dan pengaruh ulamak dalam parti. ada juga yang tergelincir dari usaha sebab fahaman yang kuat dalam parti. semua pilihan Allah.

Anon 12:16PM; ikutlah pendapat masing2. anda tak boleh paksa saya. bagi saya saya sedang usaha supaya saya dekat dengan Allah, dan orang lain deekat juga.. InsyaAllah. bila ddekat dengan Allah, maka mahu beelajar syariat, bila belajar syariat mahu laksana syariat. di mekah sahabat2 memang berkeras nak berperang dgn kafirin, dan addakan kerajaan Islam, tapi Nabi tahu mana prioriti. berikan saya masa buat artikel sendiri

imakubex: sincerely saya takde masa nak baca pjg sgt. better awak make it short. student byk continuous assessment. ada byk nota lgi perlu dibaca

PIANED: saya pembaca tulisan syeikh mujaddid Mulana Ashraf Ali Thanvi. tulisan yang sangat terperinci. Moga Allah berikan darjat yang tinggi kepda syeikh. Allah.. Allah.. Allah.. mazzhabnya Hanafi, tapi cukup detail keterangannya fikahnya, .. mohon kongsi2 PDF kitab terjemahan English beliau kalau ada. zerrysus@gmail.com .. setakat ni saya ada beberapa antaranya Furu Ul Imaan, .. tapi bab politik takde lagi.
jazakallahukhair...

imakubex said...

Yes, and I'm not a student? Knowledge in these matters is not attained by not reading.

tuan blog said...

haaa,yelah imakubex. dah baca.
walaupun tak faham semua
bab2 english ni payah nak faham 100%. kalau kita belajar agama, kita mudah faham term english berkaitan agama. belajar politik pun macam tu. saya pelajar fizix,jrg terdedah bahasa politik2. tapi oklah faham sikit,hehe (jujur sungguh ayat)

those system came from greek civil. then west make it as modern system, they wrote in their books, n practic those law and reg into their political system.

in islam there is no such argument that we cannot involve in liberal democracy, but to indeedly involve into it might cause some religious activities for those "tablighis" will not going well.

Greek and Islam is too far different, but yet doesnt meant that to follow it as a sin, since it is still folowing the syariat.

political parties is not as what the theories says. it led to hypocracy,salah guna kuasa, dan perpecahan. by this some people think it just as the consequences when following greek policies, western policies, and forget about as the sunnah's shown us.

and yes, this is just my own opinion

Followers