Tangkap Gambar Haram

Alhamdulillah...

Assalamualaikum. Kepada semua pelajar IPTA, Salam Imtihan diucapkan. Jangan terkejut blog ni sentiasa di-update,walaupun Tuan Blog dah masuk bulan exam. Hehe antaranya sebabnya saya guna sistem scheduled post dan hanya update dalam 4 atau lima hari saja. Saya ni antara manusia internet stalker dan sangat suka baca blog,tambah pulak Facebook dah rasa macam nothing,.
Facebook tu bukan owned by orang Yahudi ke?wallahua'lam

Antara blog yang suka dilawati ialah Rakan Blog sebab terhimpunnya segala updated list lebih 100 blog islamik ~ atau blog karkun,heh. p/s;tak semestinya. Terbaca di ruang chatroll,

Nov 8 2010, 10:07 AM
pelawat (guest): salam, mesy mesia baru2 ni...ada fikirman timbulan utk memelihara usaha agama, sebab khuruj membawa kamera/hanset yg ada kamera , maksud dia ambil gambar semasa khuruj dan publish di internet..
Hehe,apa masalah dengan gambar? Fikir-fikirkan laaa..

Anda kena faham, ada di kalangan manusia yang berpegang pada pendapat yang syadid, iaitu haram bergambar. Ketika Ijtimak Nilai, Maulana Saad menegur sesetengah yang hadir di dalam majlis tersebut meng-capture gambar beliau ketika bayan.

Pegangan saya, saya tidak berapa suka tangkap2 gambar ni. sebenarnya suka,tapi buat2 tak suka Lillah InsyaAllah . Tapi apa2pun kenalah menghormati orang yang minta bergambar sekali, maka kadang2 wujud jugalah di alam peer-gambar-an,heh

Wallahua'lam.

Sebagai Daie,kenalah tahu benda ni, khususnya semasa khuruj. Jangan kerana terlalu terbuka menyebabkan kita tidak mengira sensitiviti orang lain. Itu belum tentang kes bawa handfon masa khuruj, yang bagi saya sangat2 mengganggu aktiviti Islah diri. faham2 sajalah,kejap2 tengok handfon.

Wallahu Muaffiq. Moga Allah bagi kita kefahaman dan kekuatan beramal.

P/s: tajuk post tu psiko je,heh. taktik:-)
kalau ada ustaz tangkap gambar tu, atau pelajar madrasah ke,pondok ke,. bukanlah berlawanan dengan pendapat Maulana Saad,sebaliknya sifat berjaga2 tu berbeza mengikut keadaan, suasana, amalan, dan ilmu seseorang.
Wallahua'lam.

2 comments:

Bijen M. said...

Private saja gambar.
Letak satu gambar bagi orang kenal takut tersilap orang.
Ha ha ha.
(Antara sebab gua jual kamera)

Ibnu Mutalib said...

hooo,.. dah kenal dah muka.
xpa2 InsyaALlah x silap.

Followers