Kunjungan ke Seri Kenangan,Pengkalan Chepa

Alhamdulillah ..

Assalamualaikum. Aku (kadang2 lagi best guna perkataan aku) teringat seorang sahabat (Syuwip,takpe die tak baca pun blog,huhu) tentang orang kata pasal Tabligh. Tabligh ni tak kemas owh terasa, kotorkan masjid, tak terlibat politik, lupa hal ehwal semasa, tak masuk pentadbiran, tak pandai jaga family aduih banyaknya,.. Dan yang pernah kene kepala sendiri pulak aku ni tinggal dunia,.. owh, blogging ni dah jadi akhirat kot,hihi.

Untuk muallaf (pinjam ayat NotaDiSiku) Tabligh ni sifat nabi, yang ditag-kan kepada orang2 yang buat tabligh mirip2 cara nabi, sedangkan ramai lagi orang bersifat tabligh yang tidak mengaku dia tabligh hanya bersebab tak ziarah dari rumah-ke-rumah macam "orang tabligh".. Saya kot yang silap faham..

Okay,entry ni sesuai untuk semua golongan,cuma perkara ni perlulah di ambil peduli,pahamkan diri anda siapa tablighiy, berkawan dengan mereka, duduk dalam majlis2 mereka,baru tahu,.. At least sikit2. nanti ada orang cakap bukan2 kita dah ada point dah,at least supaya tak sangka buruk.

Alhamdulillah,kawan ajak ke Rumah Seri Kenangan,Pengkalan Chepa. Rumah orang Tua2, program kawan,.. teringin nak melawat.

Sempat berbual dengan seorang pakcik,Muhammad. Orang Kota Bharu, dan masih ada woreh-waroh. Tapi tinggal di situ atas kerelaan dan taknak menyusahkan anak2 katanya. Dah 8 bulan dia disitu.

Kalau ada masa jalan2 la jumpa orang2 tua,tanya khabar. Sebab hormat orang tua ni berkait iman. Nabi perintahkan kita hormat orang yang lebih tua,... Dan bersama Syuyukh(orang tua) itu ada berkat. Emmm, kembali menggunakan perisian SalafyDB, biarlah salafy pun, asal best dan InsyaAllah authentic. Hayati dan cek dulu sebelum sebarkan.

Wallahua'lam.

Ibnu Umar berkata bahwa Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم bersabda, "Aku bermimpi, aku menggosok gigi dengan siwak, lalu datanglah dua orang yang salah satunya lebih besar (tua) dari yang lain. Aku memberikan siwak itu kepada orang yang lebih muda di antara dua orang itu. Dikatakanlah kepadaku, 'Dahulukanlah yang tua.' Karenanya, aku berikan siwak itu kepada orang yang lebih tua di antara keduanya."(Muttafaq Alaih)



Dari Anas رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Tidaklah seseorang pemuda itu memuliakan seseorang tua kerana usianya, melainkan Allah akan mengira-ngirakan untuknya orang yang akan memuliakannya nanti, jikalau ia telah berusia tua -maksudnya setelah tuanya pasti akan dimuliakan anak-anak yang lebih muda daripadanya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa Hadis ini adalah Hadis gharib.


Dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
"Tidak termasuk golongan kita - ummat Islam - orang yang tidak belas kasihan kepada golongan kecil di antara kita - baik usia atau kedudukannya - serta tidak termasuk golongan kita pula orang yang tidak mengerti kemuliaan yang tua di antara kita."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi. Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih. Dalam riwayat Abu Dawud disebutkan: "hak orang yang tua dari kita."

Wassalam..

6 comments:

FakirFikir said...

Dah singgah. Nice blog.

Din_diet said...

Dari Anas رضي الله عنه, katanya: "Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Tidaklah seseorang pemuda itu memuliakan seseorang tua kerana usianya, melainkan Allah akan mengira-ngirakan untuknya orang yang akan memuliakannya nanti, jikalau ia telah berusia tua -maksudnya setelah tuanya pasti akan dimuliakan anak-anak yang lebih muda daripadanya."

setuju.
teruskan usaha anda :)

Bijen M. said...

Gua rasa macam pernah pergi sana.
Waktu gua dekat PLKN dulu.
Orang tua-tua yang dalam pagar tu asyik minta rokok dengan gua.
He he he.

Ismi Ijmi said...

bawa rokok ke,?

haha kantoii

Bijen M. said...

Zaman cilake dulu.
Ha ha ha.

Ibnu Mutalib said...

zaman jahiliyah je kot..
kuink3..

Followers