Sungguh menghairankan dengan posting beberapa blog akhir2 ini yang giat menyalahkan Jabatan Agama dalam kes seorang YB bukan muslim yang memberi ucapan di sebuah masjid/surau baru2 ini. Apapun itulah resam manusia, apa2 yang "berlaga angin" itu yang diambil sebagai phak yang disokong. Yang Pro-K tentunya bersetuju dengan keputusan Jabatan, manakala yang Pro-P tentu menentang. Tiada yang bijak mengambil langkah menyiasat dan bersangka lebih adil dalam hal ini.
Di mana keadilan kita dalam berfikir?
Setiap orang pasti tahu mana patut diletakkan selipar, dan mana patut disimpan kopiah (
Tetapi bila melibatkan puak sendiri dan kaum sendiri pasti pertimbangan akal diambil sebagai sumber hukum kedua. (Kes ini khusus dalam hal2 semasa).
Disini saya ingin memetik tulisan Dr MAZA dan komen beliau yang sederhana dalam hal ini. Dan seterusnya kesimpulan yang boleh diambil;
Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
Oleh: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Sumber: http://drmaza.com/home/?p=1218
Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;
1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w.
~(ulasan saya; adakah kita yakin YB Teo masuk masjid atas maksud mengenali Islam,.. sekiranya YA, maka logik akal banyak lagi cara boleh dibuat selain memberi ucapan dalam masjid. Jika sekadar dia adalah seorang YB,maka dia diberi keizinan memberi ucapan,maka pertimbangan adalah silap ~ berdasarkan pernyataan Dr Asri #1. Banyak lagi tempat yang lebih molek untuk beliau beri ucapan selain berdekatan tempat Imam. )
2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.
~(ulasan saya; 2. secara dasar, Jabatan Agama harus bebas dari pengaruh politik. Sekiranya kita bersangka baik dengan jabatan, maka beberapa kesimpulan boleh diambil
*mesyuarat telah diadakan dikalangan orang yang ahli,jadi menghukum mereka secara dasar pernyataan tanpa bertanya dahulu adalah kesilapan besar
*hujah ini mungkin boleh diterima pakai ~ berdasarkan mazhab syafi'e, menurut pedapat Imam Nawawi, orang kafir boleh masuk mana2 masjid selain masjidil haram,tetapi dengan kebenaran orang Islam. dan sekiranya masjid tersebut di bawah seliaan jabatan,maka "statement" larangan mereka kepada YB Teo adalah tepat. )
3. Bukan muslim, bahkan muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.
~(ulasan saya; 3. sekiranya kita manusia yang jujur,maka teliti dahulu apa yang diucapkan oleh YB Teo,sama ada terdapat sebarang kaitan politik. Sekiranya wujud, maka muhasabah diri bagi setiap penuduh amat digalakkan (terutama bulan ramadhan ni) )
4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.
~(ulasan saya; 4. untuk pernyataan #4, no comment. sekadar mengingatkan, bukan semua orang di jabatan agama berfahaman pro-****.)
Wallahua'lam. tidak mempertahankan siapa2,cuma saya amat bersetuju dengan Dr Asri yang tida berpandangan berat kepada mana2 pihak,sebaliknya membuatkan kita berfikir dan bijak memberi putusan yang adil.
Janganlah kerana seorang yang kufur (
Mohon komen sekiranya silap. Muzakarah InsyaAllah.
Wassalam.