Ilmu, Sedikit Ulasan




Assalamualaikum…
Perkongsian Ilmu.. beberapa hari lepas,ana ada bersembang berisi dengan sorang senior, pasal sesuatu. Hmmm,hot juga lah.Bagi ana pendapat dia tu tak berapa kena,dan hujah pun berakhir dengan
“kita dah ada Ilmu,so mesti nak kongsi kan?”
Dengan rasa rendah diri dan semangat ikram yang tinggi,cubalah ana bersabar,dan terus berbual tanpa sebarang tanda tidak puas hati.Walaupun ‘eyes cannot lie’,tapi mungkin dia tak dapat baca kot,wallahua’lam.

Point ceritanya disini,banyak manusia dah salah anggap dengan ilmu yang ada di dada masingg-masing. Ana selalu muzakarah dengan beberapa orang lama,dan ada juga beberapa orang yang tak berapa lama. Mereka semua berpegang pada prinsip ilmu yang sama,
“Ilmu adalah bagaimana kita dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk”
“Ilmu masail ialah ilmu yang dapat menentukan sah-batal amal melalui kaedah fiqh atau kaedah sufi(that’s why ada yang makruh pada pandangan kaedah fiqh,tapi haram pada ahli sufi)”
“Ilmu fadhail ialah ilmu yang mana kita dapat tahu janji-janji baik dan buruk melalui sesuatu amal”
“Ilmu ialah bagaimana kita dapat menyelamatkan diri dari azab dunia,azab kubur,dan azab akhirat”
“Ilmu yang bermanfaat ialah Ilmu yang dapat membawa ketakutan kepada azab Allah,dan dapat membawa ketaatan kepada Rabb”
Dan yang paling best,
“Ilmu dipelajari untuk mengetahui sah-batal amal sendiri,dan bukan membatalkan amal orang lain(@menyalahkan amalann atau ilmu pada orang lain)”

Actually,pada pendapat ana, ada ilmu yang boleh disampaikan,dan ada pula yang mesti disimpan dan hanya diajar pada golongan tertentu sahaja. Contohnya Fizik ke,Kimia ke, Biologi ke,sume ni ada manfaat dan tak mengira suku kaumdan tempat,sume dapat belajar.

Tapi ada sesetengah ilmu yang hanya dapt diperturunkan pada golongan yang sesuai,seperti ilmu batin,ilmu hakikat, dan sewaktu dengannya. Ada Ilmu seperti ni yang disebut Ulama sebagai Ilmu Ladunni,yang mana hanya diketahui oleh golongan dipilih Allah sahaja. Ada juga ilmu seperti Khilaf ulama yang tak berapa sesuai untuk kita bincangkan di khalayak umum.
So,sama-sama kita usaha bagaimana dada kita dapat dipenuhi dengan Ilmu yang dapt memberi manfaat kita di dunia dan akhirat.

Ringkasan kisah Kehausan Ibnu Abbas Terhadap Ilmu Pengetahuan

Dalam suatu kisah dari kisah-kisah sahabat ada disebut oleh Ibnu Abbas(Abdullah bin Abbas R.A.)

Kisah ni tentang Ibnu Abbas yang rajin mencari Ilmu.Bila wafat sahaja Nabi SAW, Ibnu Abbas segera tasykil sahabatnya untuk cari Ilmu dari sahabat-sahabat R.Anhum.kemudian sahabat Ibnu Abbas jawab, “siapa yang akan dengar Ilmu dari engkau selagi ada sahabat (yang lain)”.
Dengan semangat yang berkobar-kobar akibat pancungan tersebut,mulalah Ibnu Abbas mencari Ilmu dengan gigih. Sehingga diceritakan beliau, “sekiranya aku dapati ada sahabat yang tidur ketika aku ke rumahnya,maka aku akan membentangkan serbanku dan duduk di hadapan rumahnya,sehingga badanku diliputi debu,dan menunggu mereka bangun”
Habis......


Peraturan menuntut Ilmu:
Sabda nabi:
“Bersaksilah kamu dengan sebenar-benar merendah diri dan hormatilah kamu kepada orang yang kau terima Ilmu pengetahuan daripadanya”
Mujahid berkata:
“Seorang penuntut yang merasa bangga atau malu tidak akan memperoleh keuntungan yang banyak”
Ali (r.a) berkata:
“Daku adalah hamba kepada orang yang mengajarku walaupun satu ayat.Atas kemahuan dialah untuk menjualku atau membebaskan daku”
Yahya bin Kathir(r.a) berkata
“Pengetahuan dan kemewahan tidak dapat ditukar-ganti dari satu tangan ke satu tangan”
Imam Shafii(rah) berkata:
“Seorang penuntut yang hanya mempelajari dengan tidak bersungguh-sungguh dan yang tidak bersyukur,tidak akan mendapat kejayaan. Sebaliknya seorang penuntut yang merendah diri dan tidak pula berbangga kerapkali akan mencapi matlamatnya”
Sumber: Fadhail A’amal:Kisah-kisah sahabat

jom Amal Solat Dhuha...
Wallahua’lam....
Wasalam

No comments:

Followers