salahkah ke aku?? muhasabah untuk baiki diri

Letih rasanya hari ini. Dari selesaikan masalah pendaftaran,sampailah nak masuk kelas. Finally pulanglah aku menuju ke rumah sewa, dalam 500m camtu.

Nak melayan penat,tidur surau la jawabnya.kupaksa juga kaki mengayuh basikal favourite aku.tinggal tak sampai 100m dari rumah,ternampaklah aku seekor anak kucing yang terbaring ke sisi mati dek dilanggar kenderaan. Bisik hati,entah sapalah yang langgar.yang kucing ni pun satu,dah tau jalan sibuk nak seberang jugak.

Macam nak tarik bangkai tu ke tepi,yelah kot dilanggar tayar motor tak ke pecah tengkoraknya. Alamak,telajak pulak,lagipun jalan sibuk. Hmmmm, takpelah,nanti adalah orang buatkan. Sedangkan taklah jauh sangat,biasalah manusia ada sifat semula jadi, (defensive: suka rasa diri baik walaupun buat salah)

Hmmmm, inilah manusia zaman sekarang(terutama diri yang menaip ni). Bila tang nak buat baik,segera rasa akan ada orang yang akan buat. Tapi bila kita perlukan pertolongan orang,punyalah mengharap…
Manusia2…..
Dalam Al-quran, Allah telah ceritakan kehebatan Nya yang pelik2,tapi last sekali Allah firman yang lebih pelik bila manusia tak percaya yang dia akan dibangkitkan semula(khalqun jadiid). Manusia dengan sifat ego dia,suka sangat rasa diri bagus dan betul. Bila tak buat sesuatu,mula defend diri sendiri, yang pilihan dia untuk tak buat adalah yang terbaik.. wallahu a’lam.

Bak kata pengarah convex ’40,baiki diri sebelum baiki orang,terasa juga kt diri sendiri..

Buat muhasabah………


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Belajarlah cara bersyukur

belajar cara bersyukur dengan nikmat yang ada pada kita.......

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak update blog ni,demi untuk mengekalkan status sbg sebuah blog yang aktif,terasa nak menaip pula..

Alhamdulilah,kadang-kadang kita rasa sesuatu sebagai masalah,tapi pernah tak kita ingat berapa banyak nikmat yang telah Allah beri pada kita.jika kita cuba hitung segala nikmat yang Allah beri pada kita takkan terhitung,apatah lagi untuk membalasnya. Itulah rabbul izzati,dan tiada sesuatu zat pun yang menguasaiNya ,yang dia itu menguasai segala zat.

Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu nikmat yang ada pada orang lain,kita pun nak juga, tapi bila ia dah ada pada kita ada tak kita gunakan ia pada jalan yang baik dan jalan taqwa??


Fikirkan2kan,renung2kan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Re-post~ Masalah.... Masalah ....

Entry ni bertarikh 29/4/2009 .. re-post sekadar untuk dikongsi

Assalamualaikum…

Masalah,masalah…

Apa masalah?? Dan bagaimana cara kita harus menempuh masalah??


Semua orang akan menempuh masalah, dan semua masalah secara normalnya harus diatasi,atau jika tidak kesannya pasti ada. Ibaratnya seperti jalan yang penuh duri, sama ada mencari jalan mengelak duri,atau bergelumang dengan duri bersama pedih dan kesakitan..Hakikatnya,pandai menempuh masalah,atau tidak,sama saja. Taqdir adalah suatu ketetapan,dan berjaya atau tidak kita di sini,bukan bererti perkara yang sama berlaku sepanjang hidup.

Bezanya,
1.Seorang yang bijak mengatasi masalah,maka dia boleh melalui jalan dengan sangat selesa,atau setidak-tidaknya lebih selesa.
2.Seorang yang tak pandai mengatasi masalah,atau lansung tidak merasa masalah sebagai suatu masalah. Manusia seperti ini akan mengalami dua keadaan pula;
i. Tahu ia sebagai suatu masalah,tetapi tidak pandai mengatasi,akan bermasalah besar ketika menempuhi masalah.
ii. Tidak tahu ia suatu masalah,maka tidak merasa lansung perubahan. Hidup lebih tenang berbanding.
Oleh itu, kejayaan lahiriah dinilai pada kejayaan menyelesaikan masalah,atau dapat mengurangkan impak masalah tersebut.Tapi,berapa ramai manusia yang berpuas hati dengan pencapaian dalam menyelesaikan masalah tersebut???


Dalam menjalani kehidupan,setiap manusia pasti akan diuji! Jadi bagaimana kita harus menempuh ujian,?? Adakah sekadar tahu jalan penyelesaian,kemudian ia berakhir dengan menyelesaikan masalah tersebut begitu saja??


Dalam Islam, ujian merupakan lumrah kehidupan.

“Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)”.(Furqan:20)

Allah azzawajalla maha tahu dengan keadaan kita,malah sangat tahu dengan apa yang terjadi dengan kita. Dialah yang Maha Tinggi,Dia juga yang berada paling hampir dengan hamba-hambanya,

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.”(Baqarah;6)

Segala yang berlaku di permukaan bumi dan di atas langit semua atas pengetahuan Allah. Jadi,mengapa kadang-kadang kita diuji??

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”(Ankabut;2)

Jadi,patutlah kita diuji.sedangkan hakikat hamba ialah apabila dia dapat taat dengan tuannya,dan redha dengan ketentuan tuannya,maka Allah Taala lebih-lebih lagi. Mengapa kta diuji?? Banyak la alasannya. Tapi yang paling jelas,jangan ditanya mengapa kita diuji,tapi lansung bersyukur kerana ujian tersebut. Sabarlah,sedangkan Nabi kekasih Allah pun diuji.

Tapi kadang-kadang rasa sedih atau marah pasti ada. Bukan suatu yang terkecuali,kecuali bagi manusia jenis 2)i yang slumber bila mendapat musibah. Tapi suatu keuntungan yang besar bila kita kaitkan masalh dengan kudrat Allah Taala. Semuanya yang berlaku ada hikmah disebaliknya,hatta seorang yang mencari-cari barang yang hilang pun Allah Taala ampunkan dosa-dosa.

Tips bila menghadapi masalah,
1. Banyakkan berzikir,dengan berzikir,hati-hati pasti tenang(zikir)..
Cth; surah Ad-dhuha,Al-Insyirah,zikir biasa, dan doa,
i) surah At-Thalaq
ii) Allahumma inni auzubika...
2. Banyakkan membaca Al-Quran beserta meneliti (tadabbur)maknanya..
3. Duduk di dalam surau sammbil tenangkan diri(iktikaf)..
4. Ketika solah tahajud,zahirkan rasa sedih,serta segala masalah(solah)..
5. Tenang dan sabar,bukan dengan menyatakan kepada semua orang(sabar)..
6. Tanamkan sifat memaafkan .. semua orang pasti melakukan kesilapan,begitu juga kawan-kawan kita. Mereka juga manusia,jadi maafkanlah jika ada yang mengguris perasaan kita(redha)..
7. Kurang bercakap,ia mungkin boleh membantu..
8. Fikirkan mengapa masalah terjadi,mengapa marah,mengapa sedih,kemudian kaitkan dengan kudrat Allah.(think positively,islamic way)(husnuzzan).
Cth; jika kita tidak mampu memiliki sesuatu seperti yyang ada pada orang lain,anggaplah ia suatu rahsia Allah Taala. Mungkin ia suatu yang boleh memberi kesan besar jika kita memilikinya.

Insya Allah ada kesannya,walau sedikit.Moga-moga jadi nasihat buat diri-sendiri,..

p/s: ada probs ckit ngan someone/sometwo/somethree..hehe,tapi sedang belajar sifat sabar...

Followers