nice to think


Anakku adalah seorang baby. Namanya nu'man. Niknem pun nu'man. Ceritanya nu'man ni suka tengok warna terang. Lampu,benda warna oren/merah/kuning dan sewaktu, dia akan cuba capai. Kalau boleh capai dia makan. Tengok keadaan tu tiba2 nk ckp kat dia. Tapi die tak faham. So typelah kat sini kot bermanfaat.
1. Ada benda yg kita tak boleh tgk tp cukup baik bg kita. Kerana kita tak nampak maka kita takkan ada usaha nak capai.
2. Ada benda yg kita nampak tp tak mampu capai. Mampu tgk je.
3. Ada benda yg kita boleh capai, tp tak boleh "makan".
4. Ada benda yg kita dah capai dan boleh " makan"
5. Tapi sebenarnya nu'man banyak bnda yg takde kaler,kita tak usahakan die pun,tapi kita selalu dpt "makan".
Tu je.
*frasa "makan" di atas tu pelbagai meaning bergantung kpd pemahaman pembaca...

Share ap yg korg fhm

Awan Kelabu


Di balik awan kelabu,
Tertahan sinar terang,
Angin mengorak kepulan,
Tapi cahayanya,
Tak ketemu.

Terzahir garis terang,
Mencahaya alam kelam.
Indahnya tak kepalang.
Jelas jalan kusam,
Jelas lorong hitam.

Indahnya walau segaris,
Bahagia jiwa walau sehelai nipis😉

Hujan Rindu

Dalam titis hujan,
Renyai membasah,
Sayup dingin angin malam,
Bunyian air menimpa atap,
Lelampu jalan menyuluh.
Pungguk merindu munculnya rembang bulan,
Dan pepohon melambai senyum saat rebahnya awan.

Cerita jiwa tak serupa suara keadaan,
Tak berbahasa tiada rujukan,
Tiada erti dalam kamus semasa,
Tiada rupa nak dibayang,
Tiada jisim nak disentuh.

Sekadar satu rasa tanpa nilai apa2...
Tanpa maksud yg boleh dibicara,
Tanpa suara yg boleh didengar,
Dan bahasa yg difaham maknanya.
Menyinggah di dada luas saujana,
Sebentar,sementara.
Menumbuh dgn siraman rindu dn cinta,
Mati dgn benci dn dendam.

Malam

Damai malam membisikkan kata rindu,
Angin sepoi mengusap jiwa cinta,
Maaf andai jiwa berbicara,
Tak bijak menyimpan rasa,
Menutup rindu .

Tidurlah syg,
Damailah jiwamu sedamai malam ini,
Biar rahsia ini dimilik malam dan angin,
Biar mereka terus berbicara akan indahnya
 Cukuplah ini sbg sejarah bertakhta.

Followers