Hujan Rindu

Dalam titis hujan,
Renyai membasah,
Sayup dingin angin malam,
Bunyian air menimpa atap,
Lelampu jalan menyuluh.
Pungguk merindu munculnya rembang bulan,
Dan pepohon melambai senyum saat rebahnya awan.

Cerita jiwa tak serupa suara keadaan,
Tak berbahasa tiada rujukan,
Tiada erti dalam kamus semasa,
Tiada rupa nak dibayang,
Tiada jisim nak disentuh.

Sekadar satu rasa tanpa nilai apa2...
Tanpa maksud yg boleh dibicara,
Tanpa suara yg boleh didengar,
Dan bahasa yg difaham maknanya.
Menyinggah di dada luas saujana,
Sebentar,sementara.
Menumbuh dgn siraman rindu dn cinta,
Mati dgn benci dn dendam.

No comments:

Followers