Minta cadangan/ syor untuk saya hidupkan taklim masjid dan taklim rumah...
Taklim Rumah...
Minta cadangan/ syor untuk saya hidupkan taklim masjid dan taklim rumah...
Jom Belajar Graf
Jangan Tinggal Daku
Alhamdulillah.
Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).
Mungkin hari ni Allah kurniakan taufiq untuk amalan tertentu, semoga dengan amalan-amalan yang baik diterima Allah, jadi teman di alam yang baru, suasana yang baru. Dengan beberapa -janji-janji Allah, semoga dia kekalkan dan bantu untuk tetapkan jiwa selama hidup ni untuk beramal buat persediaan sebelum mati...
Cinta Tuhan.
Tengahari yang damai. Terasa tenang melihat padang yang sergam hijaunya. Teringat Adam, hadith-hadith Nabi saw yang berulang kali menyebut warna itu. Angin setia menyinggah pipi. Hari ini awan menyepi diri, entah ke mana. Matahari tersenyum riang, bermain-main di lapang dunia bersama sang angin. Pohon-pohon melenggang mengikut rentak tari sang angin. Ahhhhh, indah sungguh suasana petang.
Kedamaian zikir sang angin, buat Adam disapa kantuk. Masih ada kerja yang belum di-submit, dikekang matanya dengan daya yang masih ada. “InsyaAllah boleh siap ni”, semangat buat diri. Bagi Adam, kata-kata baik diucapkan di lidah, buat mengental azam. Tahun akhir di universiti bukan suatu perkara main-main. Adam harus tegas dengan diri, dipukul jiwanya dengan motivasi-motivasi agar jiwa tegar melalui dugaan-dugaan merintang.
Yusri masih seperti itu, tersenyum melihat handphone. Kadang-kadang nota di sisinya dibaca dengan suara kuat, teknik belajar katanya. Ya memang hasilnya cukup baik. Yusri kekal di carta teratas saban peperiksaan. Lihat lagak Yusri yang selalu bertuah, Adam teringat Yusri KRU. Heh, lalu tersenyum sendirian.
“Lama Zainab tak online, Adam?”, Yusri bersuara. Adam dan Yusri bukan orang lain lagi, mereka cukup rapat dan kadang-kadang ada rahsia yang mereka kongsi bersama. Susah senang, si Adam lah tempat Yusri meminta bantuan. Bila payah, Yusri lah tempat Adam mengadu.
“Heh, mana kau tahu?”, Adam jawab, nada segan menjawab.
“ Hah, aku tahulah. Berapa lama kau kenal aku Yop? Baru semalam?,hehe. Sabar-sabar. Perempuan memang macam tu”, Yusri menyambung, seakan mengerti situasi Adam dan Zainab.
“ Takdelah.. Okay je, musim exam”,Balas Adam.
Bukan semua rahsia Adam dikongsi dengan Yusri, terutama hal Zainab. Cuma untung Yusri cukup ambil berat hal Adam. Kenal sangat apa-apa yang berlaku dengan rakan sebiliknya itu. Adam kekal di depan laptop, sambil mengedit-edit lembaran kerja tugasan yang perlu di-print dan di-submit ketika hari itu juga, sempat juga Adam buka Google Chrome lalu matanya tajam melihat senarai online di sisi kanan Facebook. Yahoo Mesenger jadi rujukan kedua, kalau-kalau Zainab sedang online. Adam mendengus, melepaskan sisa-sisa karbon dioksida dari ruang peparu, yang tadinya seakan tersumbat mencari jalan bebas. Jantung Adam mendegup perlahan, meraikan datangnya eritrosit berisi oksigen buat bekalan sel-sel di tubuh.
“Hahahahaha, lawak la kau Adam!”, sindir Yusri.
Tempat rehat tepi padang, best angin sepoi-sepoi pantai timur!
Lalu Adam membuka Word 2010, ditaipnya beberapa bait sajak buat pereda hati bujang yang kian bingung mencari jalan tenang.
Hujung sana,
Aku lihat burung-burung berterbang, berkawan.
Riang amat, biar wajah tak menguntum senyum,
Tapi sang burung menyanyi cukup riang.
Teringat aku firman tuhan,sabdaan Nabi junjungan,
~Langit yang tujuh dan Bumi serta sekalian makhluk yanga da padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan dengan memujiNya.akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar , lagi Maha Pengampun. Al-Israa[44]~
Sedang aku masih leka dengan cinta manusia,
Ah,bila pula aku menyentuh tasbih,mengucap kata zikir?
Biar aku begini, kekal Dia membekaliku rezki dari arah yang aku sendiri kagum takjub,
Berehatlah wahai puteri ayahanda,
Carilah cinta tuhan sebaiknya,
Dan itu layak buatku, juga buatmu.
Tuhan merindukan kita.
Pelukan tuhan buat yang berlari kepadanya,
Dia mencintai kita, lebih dari cinta kita.
Dia menyayangi kita, dan selalu cemburu melihat kita melalaikannya.
Wahai tuhan, terimalah kami, dan kekallah kami dalam lindunganMu,
Terimalah cinta kami Ya Rabbi,
....................................................................................
Lalu, jari Adam kaku.
Padang hijau ditenung sepuasnya. Dadanya sebak.
p/s: tiada istilah cinta Islamik!
p/s: Adam tiada kaitan dengan Ustaz Adam,:P
p/s: Doakan saya, exam finale.