Hujjatul Wida'






Info Khutbah Wida':

Tidak ramai yang mengetahui bahawa khutbah wida' ini sebenarnya ialah kata rangsangan dan pujukan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam kepada jamaah di Arafah supaya mereka khuruj fi sabilillah berda'wah ke nege
ri-negeri yang jauh;

Mereka langsung tak ragu-ragu nak tinggalkan kelebihan beribadah di Mekah dan di Madinah setelah diberitahu oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam akan besarnya kelebihan khuruj fi sabilillah.

hasilnya selepas musim haji yang gemilang pada tahun itu beratus-ratus jamaah telah dapat dikeluarkan; dimana beribu-ribu orang Islam yang khuruj pada tahun itu tak berpeluang lagi mendengar suara Nabi Shallallahu 'alaihiwasalam yang merentap jiwa dan menatap wajah baginda yang bercahaya, kerana apabila mereka pulang Nabi Shallallahu 'alaihiwasalam telah pun wafat pergi bertemu Allah Subhana waTaala.

Tidak sedikit pula yang pergi dan terus tidak kembali.

Mereka inilah sebenarnya orang-orang yang bila dengar khutbah wida' ini, mereka YAKIN dengan kebenarannya, mereka YAKIN dengan kebaikan Islam dan mereka sungguh-sungguh mahu sampaikannya supaya ia dapat dinikmati oleh orang lain juga.

Mereka inilah orang-orang yang sudah membuktikan kecintaan mereka kepada kekasih mereka Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam, dengan perkataan dan dengan perbuatan.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah Subhana waTaala,

apa bukti kita YAKIN dengan khutbah wida' yang sudah kita baca berulang-ulang kali ini? sedangkan kita tak peduli dengan pujukan dan rayuan Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam bila baginda menyuruh kita sampaikan ajaran baginda

apa bukti kita YAKIN dengan agama yang kita anuti ini? sedangkan ia tidak pernah kita sampaikan kepada satu orang pun

apa buktinya bila kita kata kita sayang Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam lebih dari kita sayang ibubapa, anak isteri, diri sendiri, harta dan masa kita? sedangkan satu pun kita tak sanggup korbankan untuk menggembirakan baginda yang tercinta.

Allahu'alam, sama-sama kita dapat fikir dan nilaikan semula kedudukan kita di sisi Allah Subhana waTaala dan Rasul-Nya Shallallahu 'alaihiwasalam.

~~~

Segeralah perbaiki IMAN kita dengan menjalankan suruhan Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasalam buat kerja da'wah Ilallah, segera berAMAL dengan khutbah ini, kerana kita semua akan ditanya mengenainya ketika kita kehausan di tepi telaga Kauthar yang dijaga oleh Baginda

>>> Credit to Alexander Rayyan

Yang menjawab nanti adalah IMAN dan AMALAN kita, bukan LISAN kita.

2 comments:

Norsha said...

jika dihayati betul2 khutbah wida' itu mmg sgt menyentuh hati...

نور توفيقة ادريس said...

Kuatnya keyakinan dyorang..
Tingginya kefahaman dyorang..

.....

Malu dengan diri sendiri.

Followers