Alhamdulillah.
"Ya Allah ishlahkan agamaku yang padanya pemelihara semua urusanku, dan ishlahkan duniaku yang padanya kehidupanku, dan ishlahkan akhiratku yang padanya daku kembali"
Doa Nabi SAW mohon taqwa dan kejayaan dunia akhirat [Shahih Muslim] ~ Mukhtasar Hizbul A'zam (Ahad #13)
Maaf kepada semua yang letak link ke blog ni di blog masing-masing. Mungkin dengan izin Allah saya tak dapat update blog ni secepat mungkin. Antara alasannya,
>internet slow, tak dapat nak edit templet blog
>blog perlu berehat seketika atas alasan-alasan tertentu
>menumpukan perhatian kepada perkara lain.
Entahlah cadangnya blog ni nak dijadikan islamik sepenuhnya (????) , eh maksudnya ayat-ayat quran hadith nabi dan sebagainya, tak seperti "blog sampah" yang mula memenuhi ruang bloggers. Sampai sekarang makin banyak blog-blog picisan yang boleh tukar fikir kita dan tukar gaya kita. Bak kata seorang sahabat dekat, "Anda adalah apa yang anda baca". hakikatnya kita mudah dipengaruhi pembacaan. Saya pernah habiskan beberapa novel ketika sekolah rendah, tapi bila masuk ke alam menengah, bercampur dengan suasana padang, court futsal, dan raket serta stick hoki, jauh sangat dari suasana membaca. Cuma yang jelas, bila kuat main futsal, kuat jugalah study maths., tak caya? trylah. Pendek kata bila saya baca novel, yang terjadi saya lebih khayal dengan aap yang saya baca dalam novel. Berapa ramai penulis novel-novel cinta yang terlalu over tindakan walaupun ia tidak real. Akhirnya yang merealisasikan ialah pembaca jugalah. Kesimpulannya memang cadangan awal blog ni untuk islamik sepenuhnya, tapi apakan daya, tak mampu melawan arus nafsu dan keinginan dunia.
Jadi mungkin entry-entry selepas ini juga akan seperti itu. Tidaklah terlalu atau keterlaluan.
Ada beberapa tajuk yang saya nak tulis, tapi entah hanya dalam angan-angan. Mungkin lepas ni bila ada idea boleh terus ditulis. Boleh kita kongsi sama-sama. Kadang-kadang pendapat ni kena kongsi baru ada solution kan? Syok sendiri.
Sibuk sana sini pasal politik. Di blog sepanjang tahun ada. Cuma baru-baru ni di FB main kuat. Entah agaknya GE dah nak dekat kot. (kat sini GE refer to nama Mesin Xray,hehe). Semua nak kuasa. Kalau kembali Al-Quran danhadith, tak perlu dah election tu. baiki umat, maka urusan Allah akan baiki. Sekarang bukan lagi masa Daulah Khilafah, tapi Daulah A'la Minhaj Nabiy. Daulah atas nama dakwah, macam zaman Nabi. Full Stop...
Lagi, kalaulah ada yang nak tulis tentang ujian lelaki surau kepada perempuan tudung labuh, dan ujian perempuan tudung labuh ke lelaki surau, mungkin ramai yang nak kongsi. Suatu minggu lepas2, masa saya dalam kereta seorang sahabat, terlihat susuk seorang wanita dari jauh berpakaian hitam full, cuma tak pakai purdah. "terlihat" maknanya tak sengaja. (p/s: lihat wanita secara sengaja tanpa keperluan, dosa, walaupun wanita tu ditutup dari atas sampai ke bawah). Oleh kerana mata sahabat di sebelah ni terlalu sensitif, perasan lah pulak die ke saya yang "terpandang" tersebut. Alahaiii, segan jugaklah bila die kata... "Anta tengok apa? budak tudung labuh tu ke, haha..biasalaah ujian karkun.Misti tengok perempuan seksi tak rasa best kan..hehe.. pandai syaitan tipu!" Aku diam entah mungkin sebagai tanda setuju.heh. Ujian ..Ujian..
Dah, nampak macam sekarang ni dah makin sikit nak mengupdate blog. Dalam ber-blog, ada juga tatasusila. Lelaki dan perempuan tak bertemu, tapi kalau ayat komen "sempoi" sangat atau terlalu "manja" mungkin akan buat si pemunya blog terkesima atau fikir bukan-bukan. jadi, berjaga2. Syaitan punya jarum ada 13, jom tanya ustazah..hehe..
5 comments:
Salaam.
Muhasabah diri mmg wajar setiap ketika.
Biasanya klu syok melakukan sesuatu sekalipun zahirnya kebaikan, akan ada jarum syaitan atau bahagian nafsu tumpang sekaki.
Ketika itu kita perlu berhenti sejenak dan pegang kendali hati.
Muhasabah akan mengembalikan niat ke relnya, insyaAllah.
Jazakallahukhair Ustaz.
Berkat bila ustaz datang komen nih.
semoga ustaz dapat tegur jika ada apa2 yang saya keterlaluan sama ada dalam penulisan atau komen2.
saya ni lemah juga.
doakan saya.
niat juga nak ziarah ustaz jika ada kelapangan.
atas kelemahan diri, sy juga tidak mampu nak menjadikan blog saya islamik sepenuhnya...
tuan doakan sy ye... agar jadi lebih baik dan bertambah baik..
Abg Fuad~ heh, Islamik sepenuhnya tu ayat saya saja. sebenarnya ada pendapat masing2. maafkan saya jika definisi "islamik sepenuhnya" fahaman saya silap. saya pun tak tahu islamik sepenuhnya macam mana.
heh.rasanya blog abg fuad dah "islamik sepenuhnya" dah...
doakan saya juga.
Lakukan atas kehendakmu sendiri selagi tidak bertentangan dengan islam.
Post a Comment