Catatan Ramadhan



Nota ringkas buat rujukan sendiri

Perkara-perkara yang membatalkan puasa;

1. Menahan nafsu syahwat dengan menanggung lapar dan dahaga. Melanggarnya dengan sengaja adalah membatalkan puasa.

2. Menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Melakukannya adalah membatalkan puasa.

Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, selain itu WAJIB juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak. Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

copy-pasted ~

Ikhtisar komen Ustaz Zaharuddin (klik) berkenaan perkara membetalkan puasa dari hal perkara furu'

1.1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Ulasan; Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Ulasan;Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Namun berjaga2 dalam hal -ini lebih dituntut.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Ulasan: Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Ulasan: Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Walaubagaimanapun, kajian doktor mendapati hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Majlis Fiqh Antarabangsa memberi fatwa batal puasa.

Namun ia masih dalam perbincangan,kerana inhaler untuk asthma bukan digunakan untuk menghilangkan lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Ulasan: Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226).

Suntikan makanan(glukos ect.) juga difatwakan demikian atas alasan kesihatan dan bukan tujuan menghilangkan lapar.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Ulasan: Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Ulasan: Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan.

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa :

Ulasan: Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama. Kecuali orang muda atau tidak dapat menahan nafsu. "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Al-Qardhawi,Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

9) Wanita tamat haid

Ulasan: Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas.

"Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Ulasan: Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Ulasan: Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

12) Menelan air liur dan kahak

Ulasan: Kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi

Ulasan: Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Ulasan: Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Kesimpulannya: sama-samalah kita menjaga amal puasa sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Yang terbaik supaya setiap dari kita berusaha sebaiknya untuk memperbanyakkan amal-amal sunat

PUASA YANG SEMPURNA

BACAAN AL-QURAN SIANG DAN MALAM

SOLAT TERAWIKH YANG SEMPURNA

ZIKIR2 YANG DIANJURKAN

Doakan saya mendapat manfaat dari entry kali ini, di samping dapat menggunakan peluang Ramadhan ini sebaiknya.

Wallahua'lam





No comments:

Followers