Ikat salur peranakan

Alhamdulillah..

Masa Hari Terbuka Desa dulu ada sorg Muslimat stud Medic yang minta tolong carikan fatwa tentang hukum ikat salur peranakn bagi wanita...

saya dah pun tanya Ustaz Syakir Pusat Islam,dan kenyataan ustaz betul2 sama dgn apa yg saya baca ni...

Soalan:
SAYA berusia 37 tahun dan mempunyai enam cahaya mata. Ketika hamil anak bongsu, doktor menasihati saya tidak mengandung lagi kerana bimbangkan kesihatan diri iaitu tahap gula dalam darah yang tinggi setiap kali hamil. Doktor mencadangkan salur peranakan saya diikat bagi mengelak hamil. Apakah kaedah ini dibolehkan Islam bagi mengelak kehamilan.

Ina,
Rawang, Selangor.

Jawapan:
Persidangan Ulama ke-8 (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan), 22 November 1973 memutuskan bahawa menggalakkan amalan perancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab tertentu diharuskan. Pada Persidangan Ke-12 (20 Februari 1977) memutuskan perancang keluarga mengandungi tiga bahagian iaitu:

# Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya haram.

# Mencegah beranak atau mengehadkan bilangan anak haram melainkan dengan sebab yang diharuskan syarak bagi individu.

# Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara selain di atas adalah harus.

Sebaik-baiknya puan mendapatkan pandangan pakar perubatan Muslim untuk menentukan keputusan berhubung mengikat salur peranakan.

Perkara itu merujuk penyataan harus melakukan pencegahan dan mengehad bilangan anak atas sebab yang diharuskan oleh syarak terhadap individu.



lanjut?? click sini

Cik yang nak lanjut lagi,saya sarankan hubungi Majlis Fatwa Kelantan secara surat rasmi..
Saya agak Insya Allah ia akan dilayan...

No comments:

Followers