Buat Sahabat


aktiviti LDK


di tepi tasik


perjalanan pulang





sesi ceramah ...


Sahabat.. entah bila kan ketemu lagi ....

Jika aku berkawan kerana pangkat,
Apalah sangat pangkat yang ada,
Paling2 pun MPP..

Jika aku berkawan kerana harta,
takde pula yang kaya sangat,
sampai boleh beli kete merce sebijik ke..

Jika aku berkawan kerana rupa,
errr... ada sape2 yg ngaku hensem x??
kita semua hampir serupa je..

Jika aku berkawan kerana popular,
mungkin akan aku pilih,
pak gud @ mak gud..
(semua kenal)

Jika aku berkawan kerana pandai,
xde sapa2 yg pandai,
sbb kita semua ada potensi yg sama..

Jika aku berkawan kerana baik,
aku tak kawan sapa2..
kita kenal antara kita..

aku berkawan kerana kita saling perlu,
mungkin untuk buat assgmnt,
mungkin untuk study group,
mungkin untuk buat projek,
mungkin untuk persatuan @ sukan,
mungkin untuk sekadar sembang2....

tapi yang pasti kita berkawan ..
kerana it ketentuannya,
walaupun aku dan kau tak mahu,
atau mahu..
suka atau tidak..
ia pasti berlaku..

Buat semua sahabatku.....

p/s: inspirasi selepas tgk gambar2 masa matriks




Muzakarah lagi...

Assalamualaikum …
Memang dunia suatu tempat yang penuh dengan dilemma.. Patutla dari dulu lagi orang Melayu dah ada pepatah sendiri,walaupun keadaan masa tu tak sama dengan keadaan zaman sekarang. Secara akalnya pasti kita memikirkan yang keadaan itu hanya kita sahaja yang pernah lalui,jika tiada yang ingin menceritakan perasaan tentang itu pada kita. Apapun itu bukan perkara yang penting,tapi bagaimana kita mampu buat pilihan sama ada “sanggup mati mak atau rela mengorbankan bapak”. Bila saja ditimpa satu2 dilema,susah betul kita nak jumpa Allah Taala,merayu,menangis2, minta tolong… supaya akhirnya dilemma tu dapat la kita tarik tanpa tumpahkan tepung..(ayat dah makin pelik)

Apa2pun, itulah halnya.. life di university cukup mencabar minda dan rasa. Mahu tidak mahu pasti ada perkara yang tidak dapat tidak menekan jiwa dalam membuat pilihan. Mana tidaknya, secara simboliknya macam memilih antara emak atau bapak. Sengaja diam di tengah pun salah juga. Susah juga nak cari keputusan….

Hal jawatan..Macam2.. Teringat pula satu kisah dari Hayatus Sahabah .. Nabi bersabda( “Tiadalah kebaikan bagi seseorang lelaki yang beriman itu memiliki Imarah(perlantikan sebagai ketua)”) .. walaupun penulis telah menafsirkan hadith ini, Namun dalam kisah tersebut seorang sahabat Ziad bin Harith As-Sodaie telah tersentuh dengan kata2 tersebut dan terus meletakkan jawatan2 yang diberi Nabi kepadanya.



Mengapa takut dengan jawatan?? Bila ada jawatan,terutama di Uni, mesti kena meeting.. sebaik2 meeting bila cukup ahli dari kesemua jantina yang wujud.. baik,sekarang boleh buka satu topic..

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
Istikharah >> Mesyuarat dengan “Yang Ahli” >> Guna keputusan Mesyuarat … >> Solat Hajat

Apa2 pun.. boleh la kita tambahkan amal kita,espeselli bulan ramadhan ni…

Wallahua’lam

H1N1

TARGHIB :

Tidak ada satu pun wabak penyakit melainkan ianya adalah di dalam ketentuan Allah. Allahlah yang mengatur semua ini maka sepatutnya kepada Allahlah kita kembali. Sebagaimana kata Ibrahim a.s ,” Apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan”. Allahlah musabibul asbab yang menjadikan segala sebab. Dan Allah juga telah menentukan bahawa sekiranya manusia melakukan amal ketaatan maka pastinya yang diturunkan oleh Allah swt adalah rahmat ,ketenangan dan keberkatan. Namun sebaliknya jika manusia melakukan amal keburukan maka pastinya yang turun adalah bala, musibah dan kesengsaraan.H1N1 adalah juga sebahagian dari bala musibah dari Allah swt.

Firman Allah swt :
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kamu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar ( dari kesalahan-kesalahan kamu ). Dan kamu tidak dapat melepaskan diri ( dari azab Allah ) di muka bumi. Dan kamu juga tidak memperolehi seorang pun perlindung dan tidak pula seorang penolong selain Allah.” ( Asy-Syura : 30-31 )

Juga Allah swt berfirman :
“ Telah zahir kerosakan ( bencana, gerakgempa, wabak ) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari ( akibat ) perbuatan mereka agar mereka kembali.” ( Ar-Rum : 41 )

Selain itu Ibn Umar r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :
“Wahai puak Muhajiran, terdapat lima perkara jikalau kamu babitkan diri kamu di dalamnya maka bala bencana akan menimpai kamu. Sesuatu masyarakat yang mana perzinahan merata akan terdedah kepada wabak dan penyakit-penyakit yang baharu dan yang belum pernah didengari (diketahui ) sebelumnya……” ( Targhib )

Jelas dari ayat dan hadith di atas, jalan keluar adalah kembali kepada agama. Maksudnya kembali membetulkan amalan umat agar kembali kepada ketaatan kepada Allah swt. Berusaha untuk memperbaiki amalan kita semua dengan bersungguh-sungguh juga berusaha untuk mengajak orang lain untuk memperbaiki amalan mereka. Amalan yang jelas bagi menghindari H1N1 ini adalah amalan memakmurkan masjid.

Ini disabitkan dari hadith Nabi saw, dari Anas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesunggugnya Allah swt apabila menurunkan PENYAKIT dari langit ke atas ahli bumi dipalingkan dari mereka( penyakit tersebut ) sekiranya masjid dimakmurkan.”
( Riwayat Ibn Asakir )

Untuk ini kita perlu kembali kepada kaedah asal iaitu kembali memakmurkan masjid dan surau yang terdapat di tempat kita dengan amal-amal masjid, dengan melaksanakan anjuran Nabi saw dan amalan yang telah pun dilaksanakan oleh umat awal (sahabat ra.hum) ini perlu digembeling oleh kita bersama. Nusrahlah jemaah yang datang di tempat kita serta kita sendiri keluar beberapa hari untuk berada dibeberapa masjid dan surau dengan amalan memakmurkan masjdi. Yakinlah dengan cara begini Insyaallah musibah ini akan dapat dihindari pada diri, keluarga ,masyarakat dan negara kita amnya. Dalam pada itu kaedah yang ditentukan oleh pakar-pakar perubatan juga jangan kita tinggalkan sebagai jalan berusaha dan mencegah.

Wallahu’alam

Followers