Kenangan Tahun 2

Dulu masih ingat lagi masa tahun kedua pengajian. Biasanya pelajar tahun 2 yang tak aktif aktiviti desa (kolej) tak layak tinggal di asrama kerana kekangan penginapan. Tahun kedua pengajianlah aku terpaksa menyewa di luar.

Memandangkan ketika itu rate rumah sewa di sekitar Kubang Kerian dah tinggi, dengan adanya Mydin Mall dan segala kedai shopping, fast food, dan sebagainya, kaka terpaksalah aku terima kenyataan perlu bayar sewa sekitar RM180. Kalau sebelum tu datang ke kelas berjalan kaki dari desa(kolej) ke sekolah(fakulti), bila di luar dah kena beli basikal.

Bilik berkongsi, katil double deck, dan meja belajar, agak selesa tapi sukar sikit menyesuaikan diri pada awalnya. Kemudahan tak sama seperti ketika tinggal dalam asrama desa. Tak juga dapat terlalu lama berkumpul dengan kawan2 kerana faktor masa dan jarak. Makan pun perlu ke kedai "harga student" yang jaraknya lebih 1km, agak jauh juga.

Kebetulan housemate juga senior-senior yang sebahagiannya kenal rapat dan boleh bercampur. Tidaklah terasa kesunyian dan kekurangan sangat jika berada luar kawasan universiti.

Kebetulan itu jugalah, betul-betul di belakang rumah kami, ada sebuah masjid bukan diri jumaat, Masjid Mardhiah, Kg Padang Demit. Boleh kata biasanya akan kedengaran azan dari masjid dengan sound yang kuat dan kami akan ke masjid sama ada melalui pintu depan atau pintu belakang dengan berjalan kaki.

Yang menariknya, setiap subuh kami dikejutkan dengan azan subuh. Alhamdulillah peluang yang baik untuk jaga solat subuh. Biasanya setelah selesai subuh, almarhum Ustaz Mad Iraq akan membaca quran seayat demi seayat, kemudian beliau akan menterjemahkan ayat-ayat tersebut. Ada kalanya beliau akan tafsirkan ayatcayat tersebut jika perlu penerangan lanjut. Ada kalanya juga beliau akan beri nasihat sebelum doa setelah bacaan dan terjemahan selesai.

Kesempatan inilah aku cuba untuk gunakan sebaiknya supaya ada sedikit bekalan ilmu yang aku peroleh sekurang-kurangnya.

Kebetulan selepas solat subuh, ada pula pengajian tajwid. Aku lihat ramai juga orang-orang yang mengelilingi Ustaz Md Iraq untuk mengaji tajwid. Beberapa hari aku cuba untuk join halkah tajwid mereka. Mungkin kerana hampir kesemua mereka berumur, dan aku nampak muda lagi, aku pun agak segan untuk bertanya atau meminta untuk sertai mereka.

Ada seorang ustaz yang juga mengajar tajwid di satu bahagian lain di masjid tersebut. Pelajarnya hanya seorang, kadang-kadang dua, kadang-kadang tiga. Ada kalanya tiada seorangpun pelajarnya yang datang untuk mengaji.

Bersambung...

Followers