Pagi ni sempat lagi menaip,lepas menunggu beberapa lama untuk kereta datang minta dicuci. Buat yang berada di USMKK (pelajar-staff) boleh la singgah ke parking depan BHEPP (generally known as HEP) untuk car wash. Seronok juga, walaupun rasanya tak pernah mencuci kereta, atau mungkin lama sangat. Beberapa hari ni agak leka membaca blog, sejak akaun-akaun FB di-deactivate (sebelum ni ada 2 akaun,heh). Antaranya blog zackzukhairi dengan kartun2 comel beliau.
TAKZIAH buat sahabat, Saiful Adli yang baru saja kehilangan ayahnya setelah berhari2 terlantar di Hospital Kota Bharu. Maklumat diperolehi daripada Syahmi tapi kami tak dapat hadhir majlis pengkebumian memandang cuaca mendung berarak dan aktiviti cuci kereta yang tak dapat nak ditinggalkan. Apa2pun InsyaAllah moga2 roh bahagia dan sejahtera. Malam tadi adalah malam Jumaat. Semuanya adalah pilihan Allah; samalah kita berdoa semoga Allah masukkan kita dalam golongan manusia yang memperolehi Husnul Khotimah.
Mungkin ucapan takziah sekadar "menyemak" kotak message di telefon bimbit atau menambah duka dan lara di hati yang merasainya, tapi bagi saya ia agak penting menandakan kita "cakna" dengan sahabat2 terdekat. Maaf buat Saiful kerana tak dapat hadir solat jenazah, InsyaAllah buat solat ghaib di sini.
Buat yang tercari-cari perkara mengenai jenazah baru, saya sambungkan di sini tulisan dari SalafiDB untuk mana2 yang jarang membelek perisian tersebut ~ heh. Moga bermanfaat.
Tulisan ini hanya ringkasan dan tidak memuat dalil-dalil semua permasalahan secara terperinci. Maka barangsiapa di antara pembaca yang ingin mengetahui dalil-dalil setiap pembahasan dipersilahkan membaca kitab aslinya "Ahkaamul Janaaiz wa Bid'ihaa" karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah ~
VII Tanda2 Husnul Khotimah
Telah sah penjelasan dari Nabi صلی الله عليه وسلم baginda menyebutkan beberapa tanda Husnul Khatimah (Pengakhiran Yang Baik). Jika seseorang meninggal dunia dengan mengalami salah satu di antara tanda2 itu makaitu merupakan khabar gembira.
- Mengucapkan syahadat di saat meninggal dunia
- Mati dengan berkeringat di dahi
- Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat
- Mati syahid di medan Jihad
- Mati terkena penyakit Thauun
- Mati terkena penyakit perut
- Mati tenggelam (lemas)
- Mati terkena reruntuhan
- Matinya seorang wanita hamil kerana janinnya
- Mati kerana sakit paru-paru
- Mati membela agama atau diri
- Mati ketika membela harta yang dirompak
- Mati ketika di Jalan Allah
- Mati dalam suatu amalan Soleh
- Mati terbakar
Wallahualam.
2 comments:
al-Fatihah,
semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh. amin
Moga2 kita dapat mati masa keluar jalan Allah,
target dapat syahid kategori 1,11, 13,14. InsyaAllah
Post a Comment