Adab Berhari Raya


ALhamdulillah, selamat kita selesaikan sebulan berpuasa. Hari raya yang menjelang mesti menjadi sebab kesukaan ramai orang, dan kesedihan sesetengah orang. Antara yang perlu dibimbangkan ialah sukarnya seseorang untuk menjaga adab tatasusila semasa berkunjung atau dikunjungi,khususnya keluarga terdekat. Di sini terdapat beberapa adab yang perlu diusahakan supaya Hari Raya dapat dijadikan alat untuk pengampunan dosa, bukan gelanggang maksiat tanpa sedar.

Adab~Menjaga Mata

Mata sebenarnya diciptakan oleh Allah Taala untuk engkau dapat melihat segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat melihat dengan matamu akan keajaiban ciptaan langit dan bumi,supaya engkau dapat mengambil iktibar daripadanya , maka peliharalah matamu dari empat perkara;

  1. melihat perempuan yang bukann mahram
  2. melihat gambar-gambar yang lucah yang membangkitkan syahwat
  3. melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
  4. melihat keaiban orang lain
Adab~ Menjaga Perut

Maka hendaklah engkau menjaga perutmu daripada memakan yang haram dan yang shubhah dan berusahalah untuk mencari makanan yang halal dan apabila engkau telah mendapatkannya maka hendaklah engkau merasa cukup dengan memakannya dan hendaklah engkau berhenti sebelum kenyang kerana perut yang kenyang itu mengeraskan hati dan menumpulkan akal dan memberatkan anggota daripada berbuat ibadah dan mencari ilmu bahkan perut yang kenyang itu akan menguatkan syahwat dan membantu tentera syaitan.

Kenyang dengan yang halal adalah punca segala kejahatan maka betapa pula kenyang dengan yang haram? Oleh itu mencari makanan yang halal adalah wajib atas setiap orang Islam dan berbuat ibadah atau mencari Ilmu dengan memakan makanan yang haram adalah seperti membuat sesuatu binaan di atas longgokan sampah.

Apabila engkau merasa cukup dalam setahun dengan hanya memakai sehelai baju yang kasar dan merasa cukup dalam sehari semalam dengan dua potong roti daripada tepung yang kasar dan engkau mampu meninggalkan kelazatan gulai maka pasti maka pasti makanan yag halal cukup bagimu. Harta yang halal itu sebenarnya banyak. Dan engkau tidak dituntut memeriksa sampai kepada perkara2 yang kecil bahkan memadalah bagimu bahwa engkau menghindari apa-apa yang telah engkau kenal pasti bahawa harta itu adalah haram atau engkau sangka bahawa ia adalah haram dengan bukti-bukti yang nyata yang telah sabit daripada harta tersebut.

Sumber~ Bidayah Hidayah

No comments:

Followers