Madrasah oh Madrasah

Assalamualaikum.

Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju ke syurga (Shahih Al Jami)

Barang siapa berjalan dari rumahnya untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syorga ( HR Muslim)

Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu ilmu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga (HR Bukhari)

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Alloh sampai dia kembali (Shahih Tirmidzi)

Alhamdulillah. Saya pernah belajar tentang hukum orang yang menafsirkan Al-Quran tanpa ilmu, juga syarat-syarat untuk menafsirkannya. Sebenarnya sekiranya adalah saya kelihatan meenrjemahkan ayat-ayat Al-Quran di pangkal entry, ia bukanlah maksud saya sebenarnya. Untuk keselamatan saya selitkan hadith yang saya copy paste dari internet beserta rujukan, sekiranya ada yang concern dan rajin merujuk. Istighfar moga-moga kerja-kerja yang kita buat dengan rasa senang dan tenang dan rasa bagus tidak membawa kita ke jalan neraka nauzubillah.



Terima kasih abang Azhar jaafar yang sudi buat satu entry

Madrasah oh madrasah.. (n3 jangan yatimkan agama)

yang buat saya teringat suasana madrasah-madrasah dan pondok-pondok di Kelantan.

Sengaja nak siarkan komen saya di entry tersebut di blog ni untuk perkongsian.

saya pernah dengar rakaman ceramah ustaz mutalib maarof tentang ni.
katanya orang lebih suka sedeqah ke masjid2, sampai imam taktau nak buat apa dgn duit,.

tu yang dok pi beli tv, lcd, dsbgnya.kenduri makan tak henti2 kepada org yang dah ada byk makanan kat rumah.

ustaz kata kita kena ubah sikit cara infaq harta dari sedeqah kat masjid kepada sedeqah ke pondok2,madrasah2, dan seangkatan.

imam2 sekarang (dok kg) pun dapat gaji rm8rat, tu blom masjid2 pekan yang melimpah2 tabung masjid, ada lah kot percent kat imam2 masjid.

pondok2 dan madrasah kat kelantan ni kadang2 menyedihkan jugak. rasanya tak sama dgn yang ada di selangor. sampai ada orang kelantan hantar anak2 ke madarasah tahfiz kat selangor yang lebih sempurna keadaan.

masjid2 pulak makin lama makin besar, makin besar, makin cantik, ada tempat masak dsbgnya.. orang yg dtg jemaah2 (khuruj) jugak je yang dapatmanfaat.org tempatan guna brg2 masjid bila ada keraian ja.

so skrg kita kena ubah metod infak, bg kepada yg lebih perlu. idea2 nak besarkan masjid tu sebab masjid tak muat bila raya ja. sebenarnya sunnah bila raya buat kat tanah lapang, macam kat India.

Saya pernah belajar tentang sebaik2 perbelanjaan kuta bahagikan kepada 3. Satu bahagian untuk sedeqah, satu pertiga untuk keperluan, dan satu pertiga simpanan untuk orang meminta2, ini selepas tolak hutang2 yang ada.

Kalaupun tak mampu, amik la satu madrasah angkat, sumbang RM300 ke sebulan, moga2 kalaupun kita takda anak yang tahfiz, Allah tetapkan tempat kita di syurga kerana infak kita tadi.

Moga-moga Allah juga bagi saya taufiq buat macam tu.
Saya tak pasti video ceramah ustaz Mutalib Maarof yang mana satu, yang pasti bukan di madrasah beliau di An-Nadhoh. Saya sangat pasti dia bukan bercakap mewakili madrasahnya (walaupun bukan lah suatu kesalahan) sebab madrasah An-Nahdhoh ada sumber kewangan yang boleh dikatakan tetap. Walaupun saya tak (belum) pernah dengar seruan infak dari Ustaz Kazim Elias, tapi cara beliau menguruskan kewangan madrasah Al-Barakah boleh dikatakan nyata membantu madrasah dan gaji-gaji ustaz yang berkhidmat. Begitu juga madrasah Khairuummah kendalian Ustaz Nik Nazimuddin yang ustaz sendiri turun padang mencari dana demi pendidikan anak-anak ummah!

Bak kata Abg Azhar, pusat-pusat pengajian ni bukanlah tempat anak-anak yang suka meminta sedeqah, tapi keadaan agak mendesak! Jika dibandingkan dengan orang-orang yang belajar dunia, dari sekolah rendah, yuran free (saya dulu RM70 setahun), baju sukan seploh ringgit, masuk sekolah menengah dapat BKP (biasiswa kecil persekutuan), masuk matrik komfem dapat duit, masuk U alhamdulillah dapat scholar JPA. Bak kata orang, kalau nak belajar ada je sumbernya (dengan izin Allah). Saya teringat masa selepas UPSR, ternampak iklan madrasah tahfiz di masjid, dan saya bawa pulang untuk mak. Mak kata yurannya agak tak dapek den nak nolong (bahasa edit).

Kat Kelantan ni, setahu saya di Pondok Pasir tumboh, hanya bayar api dan air, selain yuran tahunan yang lebih rendah dari yuran sekolah rendah biasa. Agak-agak mana mereka bayar gaji ustaz yang beranak-pinak jugak nih. Ada juga pondok-pondok tahfiz kelolaan ustaz-ustaz karkun (baca : tabligh) yang tidak kenakan caj kepada pelajar-pelajar Thai dan anak-anak yatim dan miskin, dan mereka still makan setiap hari. Cuma tengok pakaian ustaz dna keadaan madrasah boleh menangis tanpa sedar (kalau tak biasa).

Keadaan kita pula cuba tengok, dah ada TV biasa nak LCD, dah ada Nokia 3310 nak touchscreen HTC, ada application Al-Quran tapi jangan harap nak habis satu juz sehari , ada mesin basuh manual nak auto, pastu dah hujung minggu hantar dobi lak. Ada P1wimax nak Unifi pulak! (targhib kita = saya).Semuanya jalan-jalan memudahkan kita buat lagho (kalau tak kena cara).

Kita sedap menulis blog, sambil telinga dengar kawan tengok movie Renggo, agak-agak apa yang sahabat-sahabat kita makan di pondok-pondok sekitar Kelantan ni yang kalau ada pun, tak sesedap Nasi Goreng Pattaya yang kita makan malam tadi.

Semoga Allah bagi kita taufiq untuk infakkan sebahagian harta untuk jalan Allah, sebahagian pulak untuk orang yang sedang berada di jalan Allah.

"Allahumma A'inni Ala Zikrika Wa Syukrika Wa husni Ibadatik"

Doa istiqamah.

p/s: doakan saya !
p/ss: hadith2 di atas mengingatkan aku kepada seorang ustaz.

Aku, 40h dan Kuching.(cont.3)

Sayang Sarawak sungainya sempit,
Nakhoda kapal bersusah hati,
Hendakku bawa perahuku sempit,
Hendakku tinggal tak sampai hati....

(Petikan lagu Sri Sarawak, dendangan Ishak Haron 1974)

Ketika aku mula menulis part ke-empat sebagai continuation part-part sebelumnya, hatiku bagai kembali ke negeri bumi kenyalang tu. Seronok sebenarnya bila dapat keluar jalan Allah. Datang dari keluarga yang tidak terlalu di-expose dengan usaha tempatan jemaah, aku ni sebenarnya aku anggap bertuah kerana dipilih Allah untuk menyertai ekspedisi sunnah menjejak tinggalan hidayat di bumi Raja Putih ni. Ya, bukan mudah sebenarnya bila berhadapan dengan hidup, macam2 ragam dan gaya manusia kita kena hadapi. Bukan saja manusia, malah kita sendiri terpaksa berhadapan dengan diri sendiri. Dan tentu ia bukan perkara mudah. Ada saja aral melintang dalam hidup. Yang penting kita kuat dan tak putus asa. Kita tak selamanya kuat, jadi bila kita kuat,gunakan kekuatan sebaiknya untuk pencapaian terbaik kita kita “down”. Tapi dalam keadaan yang macam2 ni pun, bila ingat2 balik memang sedak (sedak = best ~kelate)

Sentiasalah sertakan dalam doa kita, nama-nama tuhan yang maha agung, dalam rayuan dan tangisan. Dia bersama kamu!..

Kembara kami terus ke Surau Darul Iman Kg Semerah Padi. Memang nama kampung ni familiar bagi peminat2 industri filem lama tempatan. Lagu P. Ramlee, ingat tak? Katanya salah seorang orang besar di Sarawak ni suka tema-tema P. Ramlee.(~ketua menteri tak silap). Orang-orang di sini dari macam2 latar belakang. Di surau ni kami diterima baik. Lagi best, budak2 kampung ni memang berjurus la jugak. Cuma pergaulan antara berbagai budaya, perhaps antara Melayu dan Iban nampak macam bawa “sikit” masalah kepada suasana agama. Nak tahu kenalah alami sendiri.

Alhamdulillah kami dapat taskil cash salah seorang pemuda untuk bersama kami 3h. Dia ni mix Melayu Iban. Entah mungkin si ayah tak dapat nak bagi asas agama yang cukup, dia ni lebih kurang kata more to Iban. Tapi hatinya lembut. Mungkin Sarawak tak macam Sabah, where banyak orang asal di-Islamkan secara in-formal oleh ahli-ahli jemaah. Tapi ada juga antara mereka yang terlalu bergaul dengan Iban, menyebabkan keaslian Islam mereka ni macam dah takde. Alhamdulillah si pemuda ni tadi suka dengan amal2 jemaah dan dapat cash.

Kami moved to Masjid Darus Salam, Kg Tanjung Bondong Kota Samarahan. Jauh jugak rasanya bergerak dengan van pelancong ke sana, dalam setengah jam. Ya Allah, suasana kampung tradisional pertama sejak kami ke Kuching ni. Actually Kota Samarahan taklah dekat sangat dengan Kuching, tapi tak silap ia masih dalam jajahan markas Kuching, wallahua’lam. Orangnya masih makan padi kampung alias padi huma/padi bukit. Kami pun merasa menjamah beras baru warna merah ala2 beras nasi dagang yang quite manis berkanji nih. Hj Boserah yang sellau masakkan. Berapa kali je jemaah masak sendiri. Tapi sibuklah kat masjid ni, ramai yang kena jumpa. Banyak lagi rumah2 yang tak dapat cover, lorong2 yang tak sempat dikunjung, orang2 yang susah nak jumpa kat rumah.

Orang di sini ada yang bekerja di Kuching, ada yang bertugas di Unimas, Uitm Kota Samarahan, dan beberapa pusat pengajian lain. Selain tu, ada juga bekerja di jabatan2 kerajaan. Yang nusrah kami pun Hj Boserah, bekerja kerajaan dan seorang lagi tak silap Hj Kamaruddin yang pencen kerajaan jugak. Kampungnya memnag tradisional, tapi dhujung jalan kampung ada pekan Tg Bondong tak silap, dan ada juga tamana2 perumahan yang dibangunkan kerajaan. Macam tu pun ada juga penduduk kawasan ni yang agak jauh beza kehidupan dengan average penduduk Malaysia. Kesian juga tengok, tapi lebih kesian kalau mereka2 ni tak dapat amal agama yang sempurna.

Tuan2 kena datang tengok dan sama-sama usahakan agama di sini. Hakikatnya keadaan di sini buat aku sebak..

Kami ke sebuah masjid di Kota Samarahan. Aku tak berapa ingat nama masjidnya, tapi ia dekat dengan UiTM, Unimas, dan IPG (maktab perguruan), Taman Desa Ilmu. Di sini alhamdulillah usahanya agak meningkat maju. Penduduknya pun kebanyakan orang semenanjung. Not bad kata orang kelantan, hampir 50 ustaz menetap di taman tu. Karkun pun ramai, masyaAllah. Di sini kami usahakan dan target pelajar2 UiTM dan Unimas bersama kami. Ada yang keep in touch sampai sekarang.

Route kami seterusnya ke Kg Siol Kandis. Seorang Syura ber-mahallah di sini. Alhamdulillah usaha hidup dan kami target pelajar sekolah menengah bersama kami. Di sini nampak orang Iban dan Melayu tinggal sekampung. Beza rumah Melayu dan Iban hanya dapat beza bila ada anjing. Cuma secara kasar, rumah orang Melayu lebih berada. Expose tentang agama pun cukup baik,. Alhamdulillah selama 2h kat sini kami dapat nusrah makan secukupnya, sampai hari terakhir, . Ada beberapa kali je masak.

Kami kemudian dihantar ke Kampung Pulo Hilir. Juga sebuah kampung tradisi, tepi sungai sarawak. Dekat dengan Kg panglima Seman dan Kg Gerisik (where ada banyak kedai-kedai kek lapis kat situ, ~~kek lapis takleh makan sebab guna minyak Ghee,wallahua'lam)... Seberang sungai tu ada banyak hotel yang tak berapa pasti nama apa. Kampung ni cukup padat, ramai penduduk, remaja, orang dewasa. Dan alhamdulillah Allah hantar ustaz untuk buat usaha di situ. Tengok keadaan agama secara seluruhnya kawasan tu agak kurang, khususnya wanita-wanita. Mungkin ala-ala perempuan semnanjung zaman 70-an yang belum kenal tudung macam sekarang.

Kami seterusnya move ke sebuah masjid yang letaknya dekat dengan sungai, Tabuan Lot. Ada juga antara penduduk kampung tu yang still buat rumah di pinggir sungai. Katanya orang situ takde tanah. Wallahua'lam. Usaha kat situ memang agak payah sikit, mungkin sebab ramai sangat dan penempatan padat. Lagi satu surau2 sini dekat-dekat dan payah nak taskil untuk bayan (Allah bagi payah) sebab kadang-kadang mereka cakap, mereka gi masjid yang lain. Takpelah sangka baik.heh. Dari segi dunianya memang sedih juga, tapi alhamdulillah, dalam keadaan begitu usaha agama hidup, taklim dapat berjalan. Orang tempatan terima baik. Kami sepakat setuju bila bercerita tentang ni, orang Sarawak “belum” tiba bulan penuh, hehe. Takdelah gurau2 je tu.

Hari-hari dalam khuruj kian menemu hujungnya. Kalaupun ada masalah masa 10 hari pertama, semua solve dengan mudah nak last2 ni. Tapi yelah bak kata orang, dalam 40h, setiap seploh hari ada ujian masing-masing. Kalau tak rasa pun, kemungkinan ada tapi tak sedar. 10h last lah nak main2 fon, 10h last dah berat nak khidmat dan sebagainya. Doakan saya dan kita semua diberi kekuatan untuk hadapi apa-apa ujian. Hakikatnya masa khuruj ni hanyalah latihan. Kehidupan sebenar kami bila balik nanti. Sebab tu seronok masa khruj. Mujahadah untuk beramal dikurangkan seminimum mungkin. Suasana agam dihidupkan seoptimum mungkin. Tula pasal leh kata kerugian bagi orang yang belum pernah merasa keluar jalan Allah ni,(bagi lelaki khususnya) .

Route akhir kami di Surau Nurul Hidayah, Kg Cemerlang. Dekat ja ngan Airport. Memang dengarnya surau ni jadi tempat transit untuk jemaah-jemaah baru sampai dan jemaah yang nak pulang/tangguh. Memang pilu dan sedih juga sebab tak dapat gunakan sebaiknya khuruj kali ni. Sifat manusia kan suka menyesal. Tapi menyesal di dunia insyaAllah ada manfaat, tapi menyesal di akhirat tiada gunanya!

Rumah2 orang di sini macam taman, walaupun namanya kampung. Yelah dengarnya ratus ribu juga sebuah. Pereka rumah pun bukan calang-calang orang. Semua rumah di sini sama je, jadi agak payah nak bezakan mana rumah Islam dan Iban. Rahaba pun takde. Tapi alhamdulillah salah seorang ahli jemaah tahu beza rumah islam dan sebaliknya. Rumah orang Islam ada lampu raya (lampu bulat-bulat warna warni, yang sellaunya dipasang di masjid-masjid tempat kita). Alhamdulillah it works, memang tu je beza orang Islam dan bukan Islam.

Jemaah yang solat di masjid tak ramai. Karkun pun sedang keluar dengarnya. Status orang di sini agak berada. Jadi begitulah usaha yang kami mampu buat selama 2 – 3 hari di sana.

Overall, memang setiap tempat yang aku pernah khuruj, rasa sangat payah nak tinggal. Betul sangat macam lagu Sayang Sarawak. Tapi hakikatnya hidup haurs diteruskan. Perjuangan belum selesai katanya. Harapan aku moga Allah sebarkan hidayat atas kerja yang kami masih belajar-belajar buat ni. Kata orang, masa jadi pelajar best, kalau salah, ada yang betulkan. Tapi masa bekerja di tempat sebenar (mahala) lebih susah sebenarnya, adeih, payah nak cakap. Hanya Allah yang tahu. Yang pasti karkuzari baru-baru ni,Maulana Saad ada warn jemaah Malaysia, lebih kurang, Jika tuan-tuan tak ikut nasihat kami dengan sempurna, kami tak bertanggungjawab atas tuan-tuan. Ia berat dan ia amanah. Semoga Allah beri saya dan tuan-tuan hidayat.

Tulisan,kisah, novel, semuanya boleh direka-cipta, tapi perasaan dan kesan dari khuruj ni hanya yang pernah mengalami saja akan menghargai. Ia anugerah teragung Allah buat hamba-hamba yang inginkan redahnya. Ia lebih ebrnilai dari jutaan kali dunia. Ia lebih nikmat dari segala yang wujud. Semoga tuan-tuan jua Thabat (kekal) atas jalan ini hendaknya. Doakan saya juga.

Baru-baru ni taskil ke Sabah dan Sarawak, masa mesyuarat markas Dusun raja, minggu lepas. InsyaAllah malam ni azam ke sana lagi sebab ada karkuzari sambungan nasihat-nasihat Maulana-Maulana Nizamuddin kepada pekerja-pekerja agama seluruh alam.

Minggu lepas hanya lepas satu tajuk, tentang khuruj 3h dan usaha masturat, tu pun dekat sejam punya karkuzari. Saya azam untuk beli mp3 buat-buat rakam ceramah/bayan/karkuzari. Apa syor tuan-tuan?

p/s: entry kali ni dah diperam dekat seminggu sebab cari kood menulis formal. Semoga Allah dengan limpah kurnianya mengampunkan saya dan tuan-tuan. (jom sama-sama amiiin)

Followers