Majlis Memperingati Pengorbanan Para Rasul


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum…
Alhamdulillah, Allah dengan rahmat dan kasih sayangnya masih memilih ana sebagai ahli majlis memperingati pengorbanan junjungan besar Nabi SAW. Betapa pemurah Allah memilih hamba berdosa untuk duduk mendengar peringatan buat para Dai’ Ilallah, beserta rasa takzim yang amat sangat dengan peluang untuk duduk bersama dengan dai’e yang sedang berkorban harta,diri dan masa dalam perjalanan menuju Allah.

Apa yang paling menarik semalam ialah Bayan targhib (semangat) yang disampaikan oleh syura Malaysia. Bermula dengan memberi peringatan tentang pentingnya rasa syukur dengan rahmat Allah,dan limpah kurnia rahmat atas anugerah dipilih untuk menjadi Umat akhir zaman (Kata beliau “siapa umat?? Saya dan kamu semua adalah Umat Rasul SAW).

Kemudian beliau menyambung dengan kata-kata bahawa segala yang diciptakan Allah atas muka bumi punya manfaat yang tersendiri. Contohnya seekor ular berbisa diciptakan atas muka bumi ada manfaat sendiri. Kata beliau, atas sebab ular ni lah kita dapat menghirup udara yang segar dan nyaman. Kalaulah Allah tak cipta ular berbisa,mungkin kita tak dapat hidup atas muka bumi. Agak memeningkan,kata-kata yang lahir dari seorang yang mungkin tak ada ilmu sains. Tapi ikut logik, ular akan guna komponen-komponen dalam udara untuk proses protein @ racun berbisa tu.. mungkin la kot... =)

Beliau juga ada memetik kata-kata Maulana Ilyas rah. Kepada Maulana Yusuf rah . Kata Maulana Ilyas,Buat usaha betul-betul(sungguh-sungguh) ,maka ia akan jadi betul-betul(berkesan), jika buat main-main(sambil lewa),maka ia akan jadi main-main(tidak berkesan). Maulana Yusuf rah. Juga mengaitkan adab pada amalan seperti wudhuk pada solat. Seorang yang tiada wudhuk apabila bersoalt,maka solatnya tidak diterima. Begitu juga adab dalam dakwah harus sepadu seperti wudhuk pada solat-solat kita. Oleh itu laksanakan adab seperti yang disuruh.

Akhir sekali, atas nama tasykil maut,beliau mengatakan
“jika kita tidak kerja di tempat yang sepatutnya,maka kita akan kerja di tempat yang tak sepatutnya. Jika kita tidak korban di tempat yang sepatutnya,maka kita akan korban di tempat yang tak sepatutnya. Jika kita tidak mati di tempat yang sepatutnya,maka kita akan mati di tempat yang sepatutnya..” wallahua’lam.

Pagi pula ada ketemu dan kesempatan makan setalam dengan student tahfiz . Dia dari France,Masya Allah,Allah beri agama beserta dakwah Ilallah simultaneously,macam para sahabat...

2 comments:

Anonymous said...

salam..syukran..teruskan mem"blog"

Ismi Ijmi said...

jazakillah.. sudi ziarah,ajaklah kawan2,baru meriah,hehe..

Followers