Tentang Taqwa

Assalamualaikum

"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(3)

At-Talaq (2-3)

Dalam suasana CC yang agak bising dengan lagu rock,aku menulis....

Kumulakan tulisan beberapa ayat nukil dari terjemahan sebuah kitab suci lagi agung. Entah sedar atau tidak, ayat - ayat dalam Surah ini cukup menenangkan. Pun ia kelihatan seperti ayat-ayat hukum, dari satu sudut lain terlihat janji-janji kasih sayang Allah pada orang yang ditarik asbab rezekinya. Isteri2 dahulu bukan macam sekarang. Kalaupun ada yang diceraikan ramai yuang boleh berdikari dan bekerja mencari rezeki untuk sendiri dan anak2. Wanita2 zaman Rasulullah jauh bezanya.

Allah adalah Rabb yang dengan namanya Ar-Rahman, dengna namanya Ar-Rahim, dengan namanya Ar-Razzaq, dengan namanya Al-Wahhab. Tapi bila seorang hamba kurang sesuatu, kemana tujuan? Demam akan dikaitkan dengan Panadol, Selsema terkait dengan Panadol Soluble, Pening, cari Minyak Angin, nak kemana, terus mencapai kunci kenderaan, panas buka kipas, dahaga mula cari air, takde duit cari ATM, motor habis fuel cari Petrol Stn, ia adalah tindakan "by default" yang barangkali kebanyakan akan buat.

Bila ada yang boleh ubat demam ,pening, selsema hanya dengan doa, ia dianggap ajaib. Boleh damapi ke Mekah tanpa kenderaan adalah magic, guna air biasa isi minyak motor, hanyalah wali2, takde duit, boleh selesaikan masalah yang perlu wang hanya dengan solat hajat dan doa dianggap keramat. Sejauh mana ayat 2 dan 3 Surah At-Talaq ada dalam hati kita?

Merenung kembali sejarah para sahabat, maka banyak perkara yang kita sebut sebagai ganjil. Cuba perhatikan apa yang kita buat hari ini, apa agaknya mereka akan kata?Inilah akidah yang lurus, yang kerana akidah (pegangan) ini, ribuan Nabi diutus kepada manusia untuk memperkenalkan siapa Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahiim, Ar-Ghaffar, Al-Jabbar, Al-Hayy, Al-Qayyum, betulkan salah faham manusia yang semakin sesat. Kerana yakin ini, maka ada yang dapat buat kapal tanpa sebarang panduan sebelumnya, boleh bertutur dengan binatang, membengkokkan besi, bersuara merdu, berada dlaam api tanpa terbakar, dan dalam sirah sahabat, berjalan atas air dan sebagainya. Semua itu puncanya dari yakin yang betul, sempurna sebagai apa yang kerananya para Anbiya diutus.

Hari ini, bukan dengan yakin Allah Ar-Rahman, maka tiada jalan untuk kita berbuat usaha atas dunia, bukan kerana Allah Al-Ghaffar kita berbuat dosa sesuka hati, tapi berbuatlah usaha dunia atas maksud Allah, berkhidmat untuk manusia, berkhidmat untuk agama, berkhidmat untuk makhluk, (Sebaik2 manusia adalah bermanfaat untuk manusia), juga kerana Al-Ghaffar Allah maka penuh harapan dalam hati moga ada ampunna Allah buat hamba yang penuh dosa (Sekalian bani Adam Bersalah, sebaik2 pesalah ialah yang bertaubat). Begitu juga dengan sifat2nya yang lain. Begitulah seringkasnya.

Imam Muda

Ada yang bertanya aku tentang Imam Muda, sama ada aku berminat turut menyertai atau tidak (jika diberi peluang). Dengan sangka baik,aku mengagumi sifat dan sikap bersungguh-sungguh peserta IM, jadi kalau nak turut serta pun, mungkin aku kena belajar lagu2 dan qiraat. Kena belajar ubah cara bercakap agar nampak tidak terlalu bershaaja macam sekarang. Dan lagi, kena lebih bergaya. Pendek kata tak mampulah den nak jadi peserta.

Nafsu

Manusi tercipta dengan satu makhluk yang "wajib" ada bersamanya, menyertai bila ia hidup, Nafsu. Ramai yangkalah, baguslah kalau kita dapat kawal anfsu. Ramai yang menyalahkan nafsu, lupa yang diri sendiri sebenarnya is "The King of Nafsu". Sebenarnya mudah nak kontrol nafsu, dengan izin Allah. Gunakan nafsu untuk agama, kan mudah. Terkejut seoramg sahanat bila aku kata dapat pahala sunat kalau cium, peluk, bergurau2 dengan perempuan. Heh, dengan syarat, perempuan tu isteri yang sah, bukan bakal isteri atau bekas isteri.

Lagi?

Makan, sebenarnya makan ni nafsu, tapi pun dapat pahala atas sebab2 tertentu. Musim cuti2 ni, ramai yang jemput untuk kenduri arwah,kenduri kahwin, dan apa2 kenduri lah. Hadirkan diri adalah hak kepada yang menjemput. Maksudnya dia berhak tuntut di hari pembalasan nanti kaut pahala kita kalau tak dtg pulak, plus3 majlis walimah. Tapi tips penting, kalau dah makan sebelumnya,jangan makan lebih2.

Tidur?Tidur ni kalau berwudhuk, baca ayat2 tertentu, kemudian niat bangun tahajud, semua tahu tu sunnah dan berpahala. Tapi kalau mengantuk sangat? Kemudian tidur, tu pun berpahala.

Masuk pasaraya? haaa, dengan banyakanya asbab2 dosa dan maksiat dalamnya, banyaka kelebihan makhluk tertulis di pek dan tersebut di mulut, ada peluang dapat pahala lagi? InsyaAllah niatkan untuk selesaikan hajat, beli barang2 yang orang pesan dan sebagainya.

Entah mana sepit-selit main internet boleh dapat pahala, tapi InsyaAllah di kala orang guna internet untuk memburukkan orang lain, menaikkan syahwat dan sebagainya, ada pula yang membanyakkan ayat2 menyeru kepada Allah, alangkah baiknya kan?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Taqwa, banyak kes yang memburukkan imej orang yang amal agama dari segi pakaain. Terbaru dalam Metro, ada yang perasan dan ada yang tidak. Tapi sedar aatu tidak, banyak yang mula sangka buruk pada orang yang berkopiah, tudung labuh,serban jubah lengkap, berjanggut,sbgnya. Paling2 pun misti ada terselit di hati, (Ah,sama je pakai kopiah ke tidak).. Istighfar sebanyak2nya. Moga kita diampun tuhan.

Imej? ia bermula dengan niat, menutup aurat lengkap tanpa niat yang lurus kepada ALlah, jalan kepada dosa hati. banyak dosa, maka makin dipakai, makin berdosa, makin hitam hati, makin mudah buat maksiat. Itu deduksi yang mudah. Begitu juga yang bertudung labuhndan sebagainya, . Hakikatnya bukan kerana pakaian itu mereka berbuat dosa, tapi ekrana niat ketika memakai.

Satu lagi, ia berkaitan tentang ujian. Semua manusia sama, ada nafsu, dan akdang2 bila makin kuat usaha kita mendekat Allah, makin besar ujian. Jika persiapan doa dan zikir tidak sempurna sepertinya, dugaan yang sedikit jua boleh merebahkan. Ia juga contoh yang mudah. Semula, hakikatnya bukan pakaian itu, tapi kerana hati itu. Jadi yang belum ber"imej kopiah atau tudung labuh" tapi takut memulakan kerana ada yang tersungkur dalam ujian itu, maka cuba fikir kembali. Kalaulah aku ingin ber"imej" itu,kerana siapakah? Mana yang lebih baik? dengan "imej" itukah,atau tidak? Wallahua'lam.

~~~ Terdengar di Radio Perak,ceramah agama akhir siang,. 630pm,hingga ke jam tujuh. Seorang ustaz menyebut bansingan seorang Manusia dan Malaikat. Kisah bermula dari sebuah ahdith dari Riyadhus Solehin bab Taubat. Tentang seorang yang membunuh 100 orang,kemudian mati di tengah jalan Taubat itu. Dua malaikat (rahmat dan azab) berebut akan roh si mati. (tentang ini, rujuk ustaz, sebagai ringkasan, bila kita mati, roh orang soleh akan dibawa ke langit bertemu ALlah, antara hikmah kita berada di majhlis orang2 SOleh,supaya dikenal amalikat2 langit, mudah roh dibawa ke langit. mitos Nasrani dalam Filem2 mereka ~roh sinagkat ke langit~ ada persamaan di situ,wallahua'lam.) Yang menghakimi adalah seorang malaikat yang diperintah Allah menjadi manusia,tanpa pengetahuan malaikat 2 yang kedua tadi. kata ustaz, nukil dari perkataan ulama, manusia bila bertaqwa, lebih mulia dari malaikat. ~

Tahniah sahabat2 seperjuangan yang sudah bernikah~

Abdul Basit dan Ilyana,
Akhiy Sufiyan (kenduri sebelah lelaki),
Akhiy Aizat dan Ukhti Jazimah,
Akhiy Shaiful.

~~~ Bloggers2 yang bakal bernikah .. Barakallahulakuma..

Followers