Assalamualaikum.
Ni ada satu cerita yang sangat teringin untuk ditransfer-kan dalam bentuk tulisan blog. Ni kisah tentang seorang Ulama Somalia yang diberi Allah agama yang baik,amalan yang MasyaAllah sangat baik.
Dikatakan beliau adalah antara yang menguasai Qiraat Sab'ah (cara bacaan yang tujuh). Beliau amat dikenali dan orang ramai menghormatinya. Ditaqdirkan Allah jirannya adalah seorang yang tidak solat. Setiap hari dia bertemu dengan wajah yang masam dan hati yang geram dengan si jiran kerana sikap jiran itu. Maklum orang ahli surau, ada yang tak selesa dengan keadaan itu.

Antara negara yang masih dalam plan Amerika untuk masuk menyerang.Dasar tutup pintu cam Yaman
Satu ketika dengan izin Allah ada satu jemaah dari Qatar telah datang ke kawasan syeikh tersebut, dan telah melakukan usaha-usaha tabligh di perkampungan syeikh. Syeikh tersebut belum terbuka hati untuk menyertai jemaah dalam amal2 anjuran. Ia berlarutan sehingga ke suatu peristiwa yang menyebabkan Allah telah membuka hati syeikh untuk menerima usaha
.

Somalia digelar "Horn of Africa" kerana kedudukannya di hujung.
Ia berlaku ketika jemaah telah berdakwah ke rumah jirannya. Diketahui jiran itu bukan ahli masjid. Maka bukan suatu yang pelik jika mereka gagal mengajak jiran tersebut. Namun dengan izin Allah,dan kehendaknya jiran syeikh dibukakan hati untuk ke masjid,bersolat lalu menyertai majlis bayan (penerangan) dari jemaah. Syeikh terkesima dengan keadaan itu, kerana dia sudah berjiran bertahun-tahun namun tidak sekali jiran itu terbuka hati ke masjid.
Asbab peristiwa berkat itu, Allah memilih syeikh untuk khuruj bersama jemaah.MasyaAllah.
Kisah tidak berakhir di situ. Ketika syeikh khuruj ke suatu kawana pedalaman Somalia, beliau dan dihantar ke sebuah kampung yang di sana terdapat sebuah masjid. Masjid yang penuh aktiviti keagamaan. Menurut sumber cerita, masjid2 di Somalia adalah keadaannya seperti Masjid Al-Haram. Perkumpulan-perkumpulan manusia mengikut halakah2 ilmiah masing2, dengan kitab masing2. Dikatakan kebanyakan orang Somalia menghabiskan pengajian klitab dengan cara tersebut. Dari sekecil-kecil kita sehinggalah kitab besar-besar seperti Kitab Bukhari.
Syeikh dan jemaah telah jaulah ke kawasan perkampungan tersebut dan mejumpai penduduk kawasan tersebut. Ketika jaulah, tiba di sebuah rumah. In fact,Somalia adalah 100% Muslim,dan 100% Syafie mazhab. Ketika mutakallim bercerita tentang kalimah tauhid dan kepentingannya, entah bagaimana perbualan berlaku sehingga diketahui si yang diziarahi tidak mengetahui ucapan kalimah syahadah.
Kemarahan membuak di hati syeikh. Ketika pulang ke masjid beliau menegur ahli-ahli masjid (dengan antara mereka adalah ulama-ulama yang mengajar hadith). lebih kurang
" Tuan-tuan belajar feqah,hadith bukhari. tahukah tuan-tuan di tempat ini masih ada yang tidak tahu walau untuk mengucap kalimah syahadah?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Moral of the story (more or less)
- Inilah kesan apabila dakwah tidak dijalankan. Walaupun melihat wajah ulamak adalah asbab pengampunan dosa, namun jika dakwah tidak berjalan,jiran seorang ulamak pun tak ke masjid.
- Sehebat-hebat taklim, dakwah rumah ke rumah harus berjalan. Kaki harus bergerak,kerana inilah fungsi taklim. Men-tabligh-kan apa yang dipelajari.
Wallahua'lam. Ulama tersebut femes dan masih hidup sampai sekarang. Namanya dirahsiakan atas sebab2 privasi. Moga ada mafaatnya. Wassalam.




