Istiqamah.

Istiqamahlah dengan sesuatu amalan walau sedikit. kita boleh berkorban apa sahaja untuk manusia, tapi untuk Allah banyak mana kita korbankan.

 1. kita korban masa dengan manusia yang meminta sesuatu pertolongan, yang takde manfaat pun untuk kita; dengan Allah, minta sedikit je masa, untuk solat secara jemaah, berzikir.tak sampai berapa minit je.lalu dia menjanjikan dengan janji yang tidak munasabah. Janji Allah bukan seperti janji seorang YB yang mahu beliau diundi. Bukan pula bakal YB yang mahu undi dari kasihan orang. Janji Allah adalah janji yang benar. dan pasti akan berlaku.

 2. kita korbankan duit supaya orang2 tertentu percayakan kita atau dengan itu hati dia dapat kita jaga. dan tentunya duit tu taklah seringgit dua.; dengan Allah, seringgit yang kita beri untuk agama Allah, 10 x akan dapat kembali. Rm1 yang kita beri ketika di jalan Allah, 70x ganjaran kembali ke kita. wahai manusia, apa lagi yang kita mahu. ibarat seorang pekedai, beri kita rm2, lalu dengan itu kita beli gula. dia ambil duit rm2, bagi gula dan chipsmore sebungkus. bahkan pemebrian ALlah luas lagi!

 3. kita korbankan tenaga untuk tunaikan permintaan orang2 tertentu. letih dan penat bukan satu alasan asal orang yang tersebut berpuas hati, atau hati kita berpuas hati. ; sejauh mana kita gunakan tenaga kita, suara kita untuk Allah? kita cuma perlu berjalan ke tempat yang Allah suka (masjid) dan solat beberapa rakaat. setiap langkah dikira sedekah tanpa perlu mengeluarkan modal.

 Asal cinta, maka segalanya boleh berlaku. percayalah!

 Seorang penyair farsi bermadah;

"Didapati begitu aneh sekolah cinta,
seseorang yang memasuki sekolah ini,
tidak lagi mendapat cuti"

 Wallahua'lam.

Nasihat Pagi

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dapat nasihat baru pagi ni
1. sangka baik dengan semua, pandang kebaikan, lupakan keburukan mereka.
2. suatu yang mungkin berlaku, jika kita sangka buruk ke seseorang, sangkaan tu akan mengenai kita kembali,.
3. cuba sedaya upaya supaya dapat "memaksa" perasaan bersangka baik walaupun sukar.

untuk mengubah seseorang bukan dengan jalan paksaan, bukan desakan, bukan pujuk rayu berlebihan. ubahlah mereka dengan perantaraan perintah Allah.Allah boleh mengubah hati-hati manusia tanpa paksaan, desakan, tanpa pujuk rayu.kekallah berdoa dan berdoa. setiap untuk mereka, ada pula yang mendoakan untukmu. bersangka baik, tutup keaiban, dan jauhi dari menyelidik dosa-dosa mereka. :-)

entry ni berlaku akibat rasa kasih aku kepada seorang sahabat yang diuji. semoga Allah beri kepadanya kekuatan dalam mengatasi ujian Allah. setiap ujian ada jalan keluar, setiap masalah ada penyelesaian.

mungkin ada kalanya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubahnya, sedangkan siapalah kita yang juga bergelumang dosa. hanya Allah yang boleh melakukan sesuatu.

w.a. :P

La Tajassasu

Suatu hari Akmal merasa kurang senang dengan perubahan yang berlaku kepada rumet beliau. Lantas cuba diselidiki atas bawah kiri kanan. "Mana tahu aku boleh nasihatkan dia nanti" bisik hatinya. Puas dicuba pelbagai cara, hack FB tak jadi, ekor dari belakang, tak mampu sebab takde masa. Lantas, satu idea terkeluar dari kotak fikirnya yang entah bersih atau tidak. Cek message di fon.

MasyaAllah terkeluarlah segala perkataan dan ayat yang tak sedap didengar, kata-kata yang tak sepatutnya. Akhirnya, rahsia hanya di situ, tanpa apa-apa tindakan susulan pun. TAMAT.

Tentang meneylidik keburukan orang (TAJASSUS), ALlah s.w.t. berfirman;

Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Untuk itu, sama-sama usaha untuk ambil pengajaran ayat;

1. jangan sangka buruk, bersangka baiklah
2. elakkan mencari2 kesalahan orang lain
3. elakkan mengumpat (berkta2 sesuatu yang betul di belakang seseorang, yang tidak disukai)
4. bertaqwalah (ketahuilah Allah melihat dan mendengar)
5. yang dah buat, bertaubat, kerana Allah kasihan melihat kamu berbuat kesilapan.

(Rujuk Tafsir Imam Qurthubi)

Jaga Aib, Jaga Aib Saudara.


Assalamualaikum.

Kadang-kadang ada benda atau perkara yang kita lakukan dan kita pernah lakukan. Dan kita tahu benar ia dosa, sama ada besar atau kecil, atau sekalipun ia perkara makruh yang dipandang buruk agama dan masyarakat.

Untuk itu, beberapa perkara perlu dijaga
1. rahsiakan, kerana aib itu telah dijaga Allah sehingga si pelaku mebuka aibnya sendiri

2. rasa bersalah, dan bertaubat, walaupun ia adalah perkara berulang, semoga ada suatu saat tuhan membantu kita menjauhinya

3. melupakan. ada perkara2 dosa yang merupakan saat manis dalam hidup kita, seperti,

~[dulu aku ponteng jumaat gi bowling], [dulu aku gi "fly" tak kena tangkap] [dulu aku kapel jugak cam korang, tengok sekarang dah jadi alim besar jugak] [sayang, ingat tak dulu masa kita belum kahwin, kita main-main hujan, pastu .dot.dot.dot.]

Elakkan mengingatnya walaupun kepada hanya seorang. Allah telah menutup aib kita, melainkan apabila kita sendiri membukanya. Saya petik satu hadith terkenal tentang ini;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim)..


Dalami agama, supaya tahu mana salah dan mana betul. Tabir Allah sentiasa kekal tertutup melainkan kita sendiri membukanya. Tiada istilah memberitahu aib sendiri kepada orang lain untuk dosa diampun. sejauh mana kita merahsiakan amal-amal baik kita, rahsiakan jua amal buruk kita. Fikir guna wahyu, mungkin kita sendiri tidak faham apakah perintah ini.

Dan, tutuplah aib sahabat dan kenalan, jauhi dari mencari-cari kesilapan dan keburukan. Kerana setiap orang ada keburukan masing-masing, ada kesalahan masing-masing. Sejauh mana kita bertaubat, itu bezanya. Semoga Allah bagi kita taufiq.

Followers