Krisis Desa Damai

Satu kisah yang saya nak kongsikan dengan rakan-rakan seperjuangan.

Beberapa tahun lalu, kampung itu aman damai. Setiap orang kampung menikmati ketenangan yang tercipta. semua orang rasa gembira dengan keadaan ini. Yang tua dan yang muda, bersama menghirup bau-bau damai desa yang tercinta.

Tiba-tiba, satu jemaah tabligh telah datang ke kampung dalam misi tiga hari. Namun bermula hari pertama, jemaah telah mengejutkan orang kampung dengan suasana yang sangat mencemaskan. Ketenangan kampung bagai disimbah air badai. Tsunami yang membunuh jiwa-jiwa damai di kampung itu. Sungguh, orang-orang kampung bagai disentap kasar, jiwa seakan dicucuk duri sembilu.

Kisahnya bermula begini. Jemaah tersebut disertai seorang ustaz 80-an umurnya. Ustaz ini sangat particular bab-bab ibadah ini. Dikenali ramai, serta juga menjadi imam masjid di sebuah bandar tidak jauh dari kampung kejadian. Hari pertama, ustaz jemaah ni dah berasa sangsi. Ditenung matahari itu jauh-jauh. Sayup matanya melihat arah bayang. Ada yang tak kena ni. Diambilnya kayu tongkat sakti bekalan sekalian khatib, gunanya penghias tangan pelengkap sunnah hari jumaat itu. Tongkat itu ditegaknya di satu penjuru. Bayangnya diperhati baik-baik. Sah!Kiblat masjid ni salah!

Maka heboh la perkara ini awalnya kepada semua jemaah tabligh ustaz tersebut. Beredar ke seluruh kampung, sehingga sampai ke pengetahuan imam-imam dan pengerusi masjid. Lantas bergegar laksana gempa bumi tanah Jepang jiwa-jiwa orang kampung dek rasa terkejut. Bagaimana jadi begitu? Solat-solat yang dulu bagaimana? Kubur-kubur yang harusnya menghadap kiblat itu bagaimana pula kisahnya? Banyak kerja yang menanti ni.

Kembali kepada kisah para tablighiy. Keputusan mesyuarat dibuat. Kita tak boleh solat di sini! Imamnya guna kiblat salah! Maka jemaah telah bergerak ke masjid kampung sebelah, mudah-mudahan kiblatnya betul. Alhamdulillah kiblat betul. Baki dua hari dalam ekspedisi 3 hari jemaah tabligh dapat disempurnakan. Perkara masjid yang lalu, biarkan mereka urus sendiri kata ahli-ahli jemaah lain. Tapi, bukan di hati sang ustaz. Segera ditemunya imam masjid kampung yang dulunya aman itu. Menunggu pada waktu tertentu seperti diumum radio dan tv, yang matahari itu tepat atas kaabah. Setia menanti, lalu hampir masanya, ditegaknya sebatang tongkat, jua itulah tongkat yang pernah digunanya dulu. penyebab goncang jiwa-jiwa ahli kariah.

>-------------------------------------------------------------< 

Mesyuarat kampung diadakan. Ini kes besar. Banyak konsikuensi berlaku lepasnya jika dibiarkan. Yang mahu kiblat itu kekal, baiklah kita sedang gunakannya. Yang mahu kiblat itu ikut guna yang sebetulnya, tak kurang ramainya. Ini isu besar. Orang kampung seakan berpecah kerananya. Masing-masing mula mengeluarkan buah kilas masing-masing, mahu jadi ustaz express. Satu golongan kata, tiada masalah kiblat ditukar. Ada baiknya tubuh ini tepat menghadap kaabah tika sampai waktunya. Takut disalahkan generasi yang bakal datang pula. Yang satu parti lagi mula mengutip undi, menjaja kempen. Katanya kita dah lama berkiblat begini, baru hari ini jadi salah?

Tidak sampai di situ, sang pengerusi mula bergerak menunai rasa jiwa menggelegak. Pejabat agama daerah, tiada yang lain. Biar mereka buat keputusan. Syukur pengerusi ini punya wawasan luas, jiwa tegar, ketat hatinya. Biar apa orang nak kata ujar hatinya.

Wakil jabatan mufti dijemput. Alat-alat sedia dibawa. Benang dibuat tanda ukur. Sah! Memang betullah kata "ustaz tabligh" tu, bisik hati pengerusi. Tak jauh beza. Cuma satu dengan alat yang diperakui, satu lagi guna matahari dan pengetahuan ilmu falak yang tersebar di radio dan televisyen. Tak banyak beza. Betul sangat!

Terus dicapainya pembaris meter yang dibekal lebih awal. Digarisnya satu garisan, betul-betul menjurus arah yang diukur orang mufti. Lega hatinya. Mulai hari ni, kiblat masjid kampung yang "dulunya" damai itu telah menghala betul ke kaabah. Tempat bersujud sekalian anak-anak Adam yang yakin tuhan itu satu, Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Kampung bergegar lagi. Payah sungguh jiwa-jiwa itu menerimanya. Orang kampung berpecah. Masing-masing enggan mengalah. Berat rasa hati ingin menukar arah yang lama. Yang satu lagi pula berkeras, andai tidak mahu, biar kami solat di lain kariah saja. Selesai. Kalian, teruskan dengan arah yang salah itu, kami berlepas diri! . Kasar ayatnya, tapi begitulah. Pengerusi berada di kumpulan "mahu tukar", para imam yang tiga kesemuanya, dan hampir separuh ahli jemaah masjid berada di kumpulan "mahu kekal" .. Reformasi ! Reformasi! Reformasi! haha.

Akhirnya, keputusan yang berat diterima satu golongan terpaksa dibuat. Kiblat harus ditukar, jabatan mufti harus ditaati. Pihak yang kalah, dan ada kalangannya ahli tetap lima waktu masjid, bertengkar belakang. Cakap-cakap belakang cukup kuat. Yang salah? jemaah tabligh. Mereka salah! kalau mereka tak datang kan senang,orang kampung tak berpecah, saf tak perlu senget, masjid tak rugi ruang. Ini lain jadinya. Syukur kumpulan satu lagi pertahankan jemaah. Allah maha benar, dan ditolongnya orang yang benar.

 >TAMMAT<

note : kisah ini berlaku di kampung saya. anak-anak kampung yang jarang-jarang sekali balik seperti aku tak merasa gempa bumi itu. yang terlihat kesan gegarannya saja. dua-dua pihak ialah orang masjid. dua-dua pihak takde golongan ustaz. aku senyap tiap kali isu itu diulang-ulang. tabligh juga yang disebut. apalah salah tabligh. janggut yang separuh jengkal ini juga diurut buat penenang jiwa tatkala perkataan tabligh dikotori mulut-mulut itu. entah mereka perasan atau tidak aku ni tabligh, dek kerana tak pakai jubah dan serban tiap kali solat. tiada sugi di poket, dan tiada uncang dan celana singkat hehe...

 dan ustaz tu pun aku kenai. orang femes. :D

Tazkirah Pagi

[SEMBANG PAGI] 

1. motor. ada enjin ok, minyak petrol ada , tayar ada bagus, start enjin ja, masuk gear, press, (insyaAllah) akan gerak . lagi press kuat, lagi laju ... tapi semua nampak macam motor, tapi minyak petrol masuk ruang minyak hitam, minyak hitam masuk tempat minyak petrol, motor tadak jalan punya ... 

2. belajar. datang kelas, buat latihan, ulangkaji, datang exam, (insyaAllah) lulus. lagi kuat study, lagi cemerlang... kalau datang exam, tapi pen tak bawa tadak jadi apa2. 

3. agama. waktu solat, tunai solat. puasa tunaikan puasa. pendek kata tunai perkara wajib, InsyaAllah selamat akhirat, dan dunia yang pendek ni dapat keberkatan. lagi baik, solat awal waktu berjemaah di masjid, puasa pulak sempurna dengan taraweh, quran dan zikir, haji buat sungguh2, hidup berkat, akhirat (insyaAllah) masuk syurga tinggi dan mulia... 

memang semua berlaku dengan izin Allah. tapi oleh kerana dunia ni "darul-asbab" atau tempat yang setiap perkara berlaku dengan perantaraan usaha, maka usaha adalah indikator kejayaan. mungkin ada motor bergerak tanpa minyak (dengan izin Allah), tak belajar tapi genius dan tak perlu usaha banyak tapi boleh cemerlang (dengan izin Allah), dan masuk syurga walaupun atas dunia banyak buat jahat (dengan izin Allah) ... 

tapi oleh kerana kita kita faham dengan makan boleh kenyang, dengan minyak petrol baru boleh jalan, dan dengan kebaikan, berbalas kebaikan, maka itu yang kena buat.... 

hakikat iman seseorang yang sepatutnya, --->; saya berusaha, tapi Allah yang tentukan hasilnya (100%). jika yakin kita sebaliknya (saya dapat apa yang saya buat) atau 50-50 maka iman yakin dengan Allah belum sahih. sila betulkan sebelum mati menjelang :D 

>UTAMAKAN YANG UTAMA<

Followers