Bangunlah, dan Berilah Azam II

Fadhilat Ilmu dan Orang2 Berilmu

Allah menyatakan,

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

(niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.)

bermaksud, jangan berfikir jika salah seorang dari kamu memberiruang kepada saudaranya, atau bangun bila diminta berbuat demikian, akan memusnahkan hak dan kehormatannya. bahkan Allah menjanjikan ia akan meningkatkan keutamaannya dan darjat dengan Allah dan Allah yang Maha Tinggi tidak akan menghilangkan pahala amalannya. Sebaliknya Allah akan menganugerahkan dia (mereka) ganjaran di kehidupan ini dan di Akhirat. Sungguh mereka yang merendah diri dengan perintah Tuhannya, maka Allah akan meningkatkan darjatnya dan menjadikannya terkenal (di dunia atau/dan akhirat) kerana akhlak baiknya.

Pernyataan Allah Taala,

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

(niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.)

bermaksud, sungguh, Allah Maha Mengetahui akan sesiapa yang layak dengan ganjaran ini, dan siapa pula yang tidak layak.

Imam Ahmad meriwayatkan yang Abu At-Tufayl `Amir bin Wathilah berkata yang Nafi` bin `Abdul--Harith bertemu `Umar bin Al-Khattab di sebuah kawasan di `Usfan. `Umar melantik Abu At-Tufayl menjadi gabenor Makkah. `Umar bertanya kepadanya, "Siapakah yang akan kamu lantik menjadi timbalan untuk mentadbir lembah ini(yakni Makkah) '' `Amir menjawab, "Aku melantikIbn Abza, seorang hamba yang sudah bebas, sebagai timbalanku (pembantu).'' `Umar berkata, "Kamu lantik seorang hamba sebagai gabernor di masa ketiadaan kamu?'' Dioa menjawab, "WahaiAMirul Mukminin! Dia menghafal kitab Allah dan ada pengetahuan tentang undag2 (Islam) dan perwarisan , di samping punya kebolehan dalam mengadili (mahkamah).'' `Umar berkata, "Sudah tentu, Nabi telah bersabda,

«إِنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهذَا الْكِتَابِ قَوْمًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِين»

(Sungguh, Allah meninggikan darjat sebahagian manusia,dan merendahkan pula sebahagian yang lain kerana kitab ini(Al-Quran))'' Muslim telah meriwayatkan hadith ini.


Entry pun Ada 3in1?




Alhamdulillah.

Assalamualaikum sahabat seiman, seagama, sebahasa, atau sekurang2nya sedunia. Dalam kekalutan meniti hari-hari penuh runsing dan jiwa yang mudah kacau ni terasa nak menulis (baca : menaip). Ada beberapa perkara yang aku fikir perlu ditulis buat tatapan pengunjung blog. Dalam keadaan baju yang belum sempat dibasuh, tilam terletak di lantai unt
uk menikmati rasa kipas syiling semaksimum mungkin, dan bilik yang agak membuatkan rumet rasa rimas, aku mula menukil...

Kadang-kadang apa yang kita fikir, sebaliknya pula berlaku

1.Bayan Markas oleh Jemaah Mesir

Alhamdulillah,syukur sangat2 sebab diizinkan ALlah untuk hadhir markas dan dengar bayan maghrib jemaah Mesir. Mutarjim Ustaz Khairul Anuar,
bayan dimulakan dengan ayat-ayat Al-Quiran berkaitan kekuasaan dan rahim Allah. Memang syok dengar. Benda dah dengar berkali2,sejak mula dikenalkan dengan usaha tabligh,ayat sama je. Cuma perasaan berbeza. Kebesaran2 Allah disebut satu persatu berdalil Al-Quran.

Kemudian masuk bab Mas'uliyyat (tanggungjawab). Dakwah sebenarnya tanggungjawab seorang muslim dan mukmin. Ia hadiah dari Allah buat akhirul ummah. banyak lah lagi.. Ni kes tak rakam dan tak salin,so tak dapat nak memandai2.

Wajib ada sesi taskil. Tang ni beliau(pembayan) berdiri dan mintak azam. Mula2 setahun. Kemudian IPB,kemudian jalan kaki 2 bulan. Di sini kami dikhabarkan sekarang lebih 60 jemaah jalan kaki di Mesir. Hosni Mubarak dah kene down, so jemaah lebih mudah buat kerja.Jalan kaki meredhakan kemarahan Allah. Jamaatul aqdam katanya. Wajah bersih beliau sambil jari telunjuk dan jari tengah denagn isyarat berjalan. Seronok Omar Salad Elmi hari tu,heh.

INILAH YANG BERLAKU APABILA KERJA DIBERI PADA ORANG YANG SEPATUTNYA.

Mereka akanb bersungguh2 dalam melaksanakan takaza2 agama, mirip2 sahabat yang majoritinya Arab menyahut seruan Nabi saw. Maka siapa lagi yang lebih sempurna kerjanya melainkan manusia2 yang sudah ada bakanya.

Bayan berakhir dengan targhib 5 amal masjid. Pentingnya amal masjid dan kesannya bila dapat dilakukan denagn tertib. Dalam bayan sesi taskil nampak sangat pak Arab ni respect orang India dan Pakistan.Kemunginan1.dia dah bese keluar IPB,2. kesan ikram ulaamk Nizamuddin kat rang 2 Arab yang pergi mana2 pun akan dilayan sebaik mungkin.... (teringat karkuzari kerabat Saudi keluar 40H)
2. Kisah Jhor USMKK

Alhamdulillah, terasa ingin sangat berkongsi rasa suka bila jhor kami di kampus berlansung dalam keadaan yang baik. Sebenarnya beberapa hari lepas aku didatangi rasa risau yang amat sangat. Dalam keadaan kurangnya khususi dek kesibukan beban sebagai pelajar, kesibukan amal2 infiradi, tanggungjawab sebagai seorang sahabat, dan kurangnya
yang dapat taufiq untuk beri masa, maka usaha sebelum jhor agak jauh dari sasaran optimum. Yang mampu kulakukan hanya doa dan terus berdoa. Bagiku biar tak sanggup memujuk manusia agar jangan lupa memujuk Tuhan.

Tapi alhamdulillah berkat amalan taklim dan doa yang Allah terima dari manusia2 yang ikhlas, kami dapat usahakan untuk jumpa seramai mungkin dihari2 terakhir sebelum jhor. Dari bilik ke bilik.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan kalau bilangan yang hadhir jhor adalah ramai,sebab tu yang perlu terjadi, bagi aku it's a must. Cuma membandingkan usaha kami dan bilang2 langkah yang mampu kami tapak sepanjang minggu belakangan buat aku sedikit risau dan tak senang. Usaha peringkat halkah dan markas, jemputan semuanya dibuat dengan sebaik mungkin. Cuma di bahagian jemputan kurang mampu dibuat sebaiknya.

Kehadiran Prof Omar (USM) bagi bayan ~ keluar masthurat di Kelantan tambah menggamatkan suasana Jhor yang memang sedia panas. Alhamdulilah berkat usaha dan doa semua yang berusaha dan berdoa, maka Allah zahirkan bayan yang cukup menarik. Tentang usaha kenabian, dan ia adalah tanggungjawab. Nak taip satu2 isinya mungkin perlu di entry lain. Apa2pun isi semuanya sama,cuma pembayan,suasana, dan orang yang mendengarnya saja yang berbeza.

Alhamdulillah atas pilihan Allah beberapa 1st yr yang azam lemah dapat dikuatkan,yang baru 1st tyme duyduk bayan fikir mula berjinak2, dan yang denagr bayan dapat ditaskil ke markas. InsyaALlah minggu berikutnya kami khuruj 1 hari. Doakan...

~lupa nak bentang takaza Dr Adnan (syura kelate) pesan ,sebab dia tak dapat hadhir Jhor

3.Kisah Abang Sufiyan (Abang Pyan) nikah ~dan aku juga

Alhamdulillah Jumaat 18/3/2011 abang sefikir seusaha aku nih dijodohkan ngan Maisarah bte Nik Naziman. Dua beradik dari pihak perempuan kahwin serentak,cuma lelakinya lain,mdan akad nikah dibuat tarikh berbeza. Tak habis lagi bayang2 abg Saiful (menusuk hati) nikah di Kedah, hangta terbawa ke pernikahan Abang Pyan. Cuma tak dapat hadhir kerana selisih denagn tarikh Jhor. Tahniah buat pasangan. Tahniah juga Prof Nik sebab dapat menantu dua2 ex-student USM, dan kedua2nya karkun tip-top markas,hehe. Majlis jamuan ringkas je, kos tak banyak mungkin. btw,sempat jumpa wanita2 berpurdah (sek2 ninja kata junior aku)
..hehe,funny...Kalau ada aku upload, tapi tak dapek la plak,hehe. Moga zaujah aku satu hari nanti diberi taufiq .


Aku pernah dipesan seorang abang yang aku respect,katanya anak karkun ni tak semestiunya dapat bantu kita buat kerja. Pilih yang solehah, biar bukan anak karkun pun. Tapi oklah sebab pengantin perempuan dan lelalki diatur orang tengah. Bukan niat tapi sudah tertulis. InsyaALlah dua sayap sudah terbina,boleh terbang jauh2.

Terkedu jugak bila sentuh bab anak karkun atau tidak,sebab terbaca di sebuah blog kawan lama (ni muslimat) tentang artikel akhawat kene pilih ikhwah (kes usrah la niiii). Setahu aku dalam usaha dakwah tabligh ia tak berlaku, bila isteri taat,fikrah apapun si suami, isteri kene ikut. That's one of the reason usaha banyak tertumpu kepada lelaki, dan perempuan usahanya terjaga. Kes ni dah jadi pada seorang usatzah yang suaminya diberi taufiq untuk wat usaha masthurat.. jaga2lah ye muslimat!

Juga dalam title yang sama, aku tergamam bila ditanya seorang lecturer karkun (jumpa di markas)

Dia: anta dah kahwin?
Aku: belum
Dia: anta nak tengok calon?
Aku: (errrkkkk,tergamam. Dah la satu kes baru nak reda) maaf doktor, saya nak habis belajar dulu, IPB dulu (nak je tambah kene ada keje best2, gaji besar, kete besar, baru boleh berbini kan?hehe)
Dia: tengok je,taknak ke?
Aku: takpelah doktor
Dia:okaylah,InsyaALlah.

~~~TAMAT Perbualan~~~

Adeih,sepanjang jalan aku fikir mende ni je. Kalau ada sapa2 nak bagi pandangan bernas sila komen ya. Aku perlukannya. Aku tahu kene cakap InsyaAllah atau boleh je, tapi sebab sesuatu... aku tak mampu cakap. Nak istikharah pun tak sempat kan,hehe. kalau anda (lelaki) dalam kasut aku,anda akan tahu. Last2 aku tulis kat blog. Rasanya dia tak baca blog nih,heh. Btw kalaunada tawaran lagi, mungkin akan cakap YES,hehe. Seronok jadi lelaki.... Alhamdulillah.

Bak kata Saidina Ali, "yang ditaqdirkan buatmu adalah terbaik untukmu" . Banyak hadith semaksud dalam Muntakhab Ahadith bab Kalimah Tayyibah. sila rujuk2 ya!

Sekadar ni karkuzari yang amat2lah teringin diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Niat asal tak mahu dipublish, tapi apakan daya seornok publish2 nih... :-)

Wallahualam.Wassalam.


Bangunlah, dan Berilah Azam


Alhamdulillah.

Assalamualaikum.


يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(Al Mujaadila- 11)

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Alhamdulillah. Assalamualaikum. Protokol biasa, setiap entry disertai dengan Alhamdulillah, dan sedikit ayat Al-Quran dan hadith. Semoga yang menulis ni tidakterlepas dari pengampunan Allah kiranya ada kesalahan dalam setiap yang ditaip. Dan InsyaAllah tersemat dalam hati bahawa apa yang ditaip pasti akan disoal. Sebelum apa2, baik diterangkan bahawa si pemilik blog bukan manusia sempurna. Hanya Allah tahu siapa diri ni. Cuma teringin punya blog yang andai
tidak mampu beri petunjuk buat orang lain,cukuplah sekadar peringatan dan nasihat buat diri yang dhaif ini.

Ayat di atas diberi oleh encik Huszaimi, sefikir, seagama, dan sesesese lagi, melalui saluran ym. berikut adalah tafsir diambil dan diterjemah secara bebas dari Salafiy DB. Mohon dibetulkan jika ada kesilaapn dalam penterjemahan. Sila rujuk dengan mendownload sendiri salafiy DB. Jazakallahukhair.



Adab-adab Dalam Majlis Ilmu

Allah mengajar hamba2nya adab-adab yang baik danmemerintah mereka (kita) untuk bersikap baik antara satu dengan yang lain apabila duduk dalam sesuatu majlis,

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ

(Wahai orang2 yang beriman! apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis",)

فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.) Dan lagi, ganjaran akan diberikan berdasarkan jenis tindakan. Dalam sebuah hadith, Nabi saw bersabda,

«مَنْ بَنَىىِللهِ مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة»

(Sesiapa yang membina sebuah masjid untuk Allah, Allah membina baginya sebuah istana dalam syurga.) Dalam sebuah lagi hadith yang lain, Nabi saw bersabda,

«وَمَنْ يَسَّرَ عَلى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْاخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه»

(Dia yang membantu kesusahan seseorang yang dilanda musibah,maka Allah akan membantunya dalam musibah2 dalam kehidupannya dan kehidupan akhirat. Dan sungguh,Allah pasti membantu hambaNya selagi hambaNya itu membantu saudaranya.) Banyak lagi hadith semaksud dengan hadith tadi. Inilah tujuan mengapa Allah azza wajall menyebut,

فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.)

Qatadah telah menyebut, "Ayat ini diturunkan tentang perhimounan/perkumpulan manusia di sesuatu tempat di mana nama Allah disebut/diingati. Apabila seseorang datang untuk menyertai majlis Nabi saw, sebahagian sahabat akan mengelak untuk memberi ruang kepada yang baru datang,supaya mereka tidak kehilangan tempat. Namun Allah telah memerintahkan mereka untuk memberi ruang (melapangkan) dan memberi ruang supaya setiap mereka dapat ruang masing2.''

Tentang ini Imam Ahmad dan Imam Ash-Shafi`i telah menitipkan `Abdullah bin `Umar berkata yang Rasulullah saw bersabda,

«لَا يُقِمِ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ فَيَجْلِسَ فِيهِ، وَلَكِنْ تَفَسَّحُوا وَتَوَسَّعُوا»

(Seseorang tidak perlu mengubah seseorang dari tempatnya dan duduk pula di tempat dia tadi,sebaliknya berlapabng2lah dan beri ruang.)Hadith ini diriwayatkan dalam dua kitab sahih.

Imam Ahmad meriwayatkan yang Abu Hurayrah berkata Nabi saw bersabda,

«لَا يُقِمِ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ ثُمَّ يَجْلِسُ فِيهِ، وَلَكِنِ افْسَحُوا يَفْسَحِ اللهُ لَكُم»

(Seorang lelaki tidak sepatutnya mengeluarkan seseorang dari tempatnya lalu duduk pula di tempat itu. Sebaliknya lapangkanlah (majlis) dan beri ruang, Allah akan memberi ruang buatmu.) Imam Ahmad juga meriwayatkan hadith ini dengan lafaz:

«لَا يَقُومُ الرَّجُلُ لِلرَّجُلِ مِنْ مَجْلِسِهِ، وَلَكِنِ افْسَحُوا يَفْسَحِ اللهُ لَكُم»

(Seorang lelaki tidak harus meninggalkan tempatnya untuk orang lain, sebaliknya lapangkan dan beri ruang, kemudian Allah akan memberi kamu ruang)''

Telah diriwayatkan bahawa Ibn `Abbas, Al-Hasan Al-Basri dan lain2 telah berkata:

إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى الْمَجَـلِسِ فَافْسَحُواْ يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ

(Apabila dikatakan kepada kamu untuk memberi ruang dalam perhimpunan, maka berilah ruang. Allah akan memberi kamu ruang.) bermaksuid perhimpunan dalam jihad,

dan seterusnya ayat,

وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ

(ADan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah,) bermaksud, "Bangun untuk berjihad.''

Qatadah berkata

وَإِذَا قِيلَ انشُزُواْ فَانشُزُواْ

(Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah,) bermaksud, "Apabila kamu diseru untuk apa-apa jenis amal kebaikan,maka berilah tanda keazaman/respond"

Kata saya~~~

Ayat ini menerangkan dua perkara.

  1. Sahabat duduk rapat2 dan sedekat mungkin denagn Rasulullah dalam majlis Nabi saw. Ia diaplikasikan dalam semua majlis mengingati Allah terutama bayan di mana2 markas. Namun dalam keghairahan mereka menelaah sabdaan Nabi kadang2 sehingga ada adab yang perlu dibetulkan melalui ayat Allah ini supaya membri ruag kepada yang baru sampai. Bayangkan bagaimana majlis taklim dan tausyiah waktu hidup Nabi saw.
  2. Ayat memberi penerangan kepada kita tentang harusnya untuk berdiri sebagai tanda azam apabila diseru kepada sesuatu kebaikan. Ia diaplikasikan di setiap bayan. Kadang2 ada yang malas nak berdiri semata2 low-profile dan sebagainya, namun ayat adalah sebaliknya apa yang difikirkan. Tersebut dalam kisah sahabat, jika ada pekerjaa agama yang dibentangkan kepada sahabat2, maka yang sedia untuk menyambutnya akan bediri dan menzahirkan niatnya.Lepas ni bolehlah beri untuk bagi nama masa tasykil ya!

InsyaAllah sambungan....

Followers